MK 22

625 58 12
                                    


PULANG dari bertemu Ayman, Nuh membawa diri seketika ke restoran mamak. Sengaja dia tidak terus pulang ke rumah disaat fikirannya masih sedikit bercelaru.

Malas juga mahu berhadapan dengan Kasih yang macam-macam ragam dan perangai. Kadangkala buat dia rasa tak betah dan selesa. Rasa sempit untuk dia bernafas setiap kali berhadapan dengan Kasih.

Minuman yang telah dihantar disedut bagi membasahkan tekak yang kering. Dahinya diurut perlahan. Baru sehari dia bergelar suami, sudah seperti ini dia rasa.

- FLASHBACK -

“KAU Nuh Izuddin kan?”

Terus terbantut langkah Nuh yang hendak ke kantin. Laman wajah gadis yang menegurnya itu direnung sejenak. Serasanya dia tak pernah berurusan dengan gadis ini.

“Ya, saya Nuh. Ada apa ya?”

Gadis itu senyum sinis. Sampul surat berwarna putih terus dicampak ke dada lelaki itu. Pura-pura tak tahu pula. Dia dah masak dengan perangai lelaki seperti lelaki di hadapannya sekarang.

“Dah nyanyuk apa kau tulis dalam tu? Ke kau dah hilang ingatan terkena tiang gol?” Makin sinis gadis itu bertanya. Kedua tangan terus memeluk tubuh sebagai tanda dia tidak bergurau.

“Saya betul-betul tak tahu dan tak faham langsung apa yang awak cakap sekarang ni.” Bengang pula apabila dia dituduh begitu. Dahlah tegur tanpa berkenalan, sekarang macam dah kena serang.

“Aku dah muaklah hadap perangai lelaki macam kau ni yang tahu ambil kesempatan aje.”

Makin berkerut muka Nuh. Dosa apa yang dia dah buat sampai kena serang bertubi-tubi macam ni?

“Ya Tuhan! Apa yang saya dah buat pada awak ni? Kenal awak pun tak. Saya tak pernah berurusan dengan awak pun.”

“Eh mangkuk! Tu surat kau hantar kat aku apa benda? Nak nafikan apa lagi? Masih nak tanya ke? Ada tangan tu kutiplah, baca balik apa kau tulis dalam tu,” dengus gadis itu sambil menjeling tajam ke arah surat yang masih terdampar di atas tanah.

Lambat-lambat Nuh membongkok dan mengutip sampul putih itu. Surat dari dalam dikeluarkan. Aksara-aksara yang bersusun di permukaan kertas itu dibaca penuh teliti. Makin berkerut muka Nuh jadinya.

“Kau dah dapat ingatan kau balik ke? Dah ingat apa kau tulis?” Tetap sinis gadis itu menyoal sebaik melihat muka Nuh yang kian keruh.

“Ni bukan surat daripada sayalah!” Tegas Nuh, membela diri.

“Tak payah nak menipu sangatlah. Aku dah tanya budak-budak kelas kau. Diorang cakap tu tulisan kau. Jadi, kau nak menipu apa lagi?!” Meradang gadis itu mendengar balasan tak bersalah Nuh. Nuh ingat semudah tu dia akan percaya?

Tidak!

“Mengaku ajelah. Jangan risau. Aku takkan bagitahu sesiapa kau suka aku.”

Nak tergelak Nuh dengar. Dia suka gadis sewel di hadapannya ini? Sangat mustahil!

“Awak salah orang. Tulisan tu memang seakan-akan saya, tapi bukan jari saya yang menulis.” Usai kata, Nuh menyambung langkahnya semula.

Namun, pantas gadis itu mengejar. Lengan Nuh dilelar. Terhenti lagi langkah Nuh.

“Aku terima alasan kau, tapi kau kena buktikan yang surat tu bukan surat daripada tulisan kau.”

“Buat apa saya nak buktikan kalau bukan memang bukan saya? Awak kut yang perasan sangat.” Nuh membalas sinis. Tanpa buang masa, dia berlalu.

Disangkakan semuanya telah selesai pada hari itu. Tetapi, rupanya tidak. Untuk sekian kalinya dan hari-hari seterusnya gadis itu mendapat surat kiriman yang sama. Kali kedua gadis itu cuba berkompromi dengan Nuh, tetapi Nuh tidak endahkan gadis itu.

Memori KasihWhere stories live. Discover now