MK SC

1.1K 78 15
                                    

Disebabkan ada yg minta Special Chapter,
Saya turuti.. selamat membaca dear🧡

. . . .

SURAT tawaran di atas meja dicapai seraya berlabuh di birai katil. Nuh yang sedang bersandar di kepala katil memandang aneh ke arah Kasih yang sudah tersenyum-senyum ketika mengambil surat itu.

“Baca apa tu, sayang?” Tak dapat Nuh membendung rasa ingin tahunya. Cepat saja dia mengesot ke belakang Kasih.

“Kasih dapat temu duga kerja, albi.” Kasih bersorak kecil. Gembira tidak terkata kerana akhirnya dia tidak lagi perlu membina badan. Bolehlah dia diet sekali.

“Tawaran kerja kat mana?” Dagu Nuh terus diletak ke atas bahu Kasih. Matanya turut membaca surat tawaran yang dipegang Kasih.

“Kat Edris World Studio. Tempat kerja Kasih dulu. Bestnya!” Tangan Nuh yang melilit pinggangnya ditepuk-tepuk gembira.

“Tengok.” Surat daripada tangan Kasih terus diambil dan membaca lebih jelas.

Kasih sudah terkebil-kebil merenung Nuh. Harapnya Nuh setuju.

“Kasih nak kerja ke? Albi masih mampulah nak tanggung Kasih,” tanya Nuh. Tiba-tiba dia rasa tak senang apabila membaca tawaran daripada Edris World Studio.

“Mestilah Kasih nak kerja. Kasih bosan duduk rumah. Albi sibuk kerja. Kalau albi on call, lagi bosan Kasih kat rumah. Kalau Kasih kerja, at least Kasih tak bosan sangat. Boleh la albi.”

Nuh diam sejenak. Kesian pula dia mendengar alasan Kasih. Memang betul itu hakikatnya. Dia sibuk bekerja.

“Tapi, sayang... nanti kalau Kasih kerja lagi kita tak ada berdua. Contoh eh, contoh albi cuti, tapi Kasih kerja. Macam mana? Masa kita akan lebih terhad.”

“Tapi, albi... Kasih bosan duduk rumah. Takkan nak balik lepak dengan mama. Kat sana ada Hud. Albi cemburukan Hud. Nak balik rumah daddy ibu, dah kerap sangat balik sana. Kadang-kadang daddy dengan ibu bukan ada kat rumah pun. Nak keluar dengan kawan-kawan, Kasih mana ada kawan.” Kasih membentangkan lagi alasannya. Dia benar-benar berharap Nuh mengizinkan dia untuk bekerja.

Terkedip-kedip mata Nuh merenung Kasih yang sudah berkaca matanya. Jelas sekali isterinya kebosanan. Lantas dikalihkan kedudukan Kasih menghadapnya. Baru senang nak perhati muka Kasih.

“Kalau boleh albi tak nak Kasih bekerja sebab albi tak nak Kasih penat.”

“Ye ke tu alasan albi? Ke sebab Edris?” Kasih sengaja menduga. Bukannya dia tak tahu tahap cemburu sekarang. Dengan Hud, adik kandung sendiri pun Nuh cemburu. Inikan pula dengan Edris, lagilah Nuh tak dapat mengawal cemburunya.

Nuh teguk liur, lalu tersengih. Nampaknya dia tak mampu menipu Kasih.

“Albi, dengar sini...” Kedua belah tangan Nuh dicapai, lalu dibawa ke bibir. Dia kucup hangat. Wajah kacak Nuh kembali direnung.

“Hati dan cinta Kasih hanya untuk albi Nuh. Walaupun dulu Edris tu pernah sukakan Kasih,  hati Kasih tak pernah tercuit. Kalau Kasih sukakan Edris tu, dah lama rasanya Kasih terima Edris. Tapi, tak. Kasih tak terima. Kasih reject dia walaupun dia datang dua kali dalam hidup Kasih sebagai permulaan. Albi kena tahu dan yakin, hanya albi di carta hati Kasih.” Kasih cuba menyakinkan Nuh.

“Sayang... Edris tu hensem. Albi tergugat.” Tanpa berselindung lagi, Nuh mengaku.

Meletus tawa Kasih. Kedua belah pipi Nuh terus dipautnya.

“Albi ni masih straight kan?”

“Apa benda Kasih ni?” Cemberut terus muka Nuh ditanya begitu.

“Dah tu? Kenapa nak insecure dengan Edris? Albi tak cukup hensem ke? Kalau albi yakin albi hensem, tak perlu nak rasa tergugat sebab Edris bukan persaingan albi. Tak ada siapa pun boleh bersaing dengan albi sebab albi dah sah-sah juaranya.” Menggeleng kepala Kasih dengan tingkah Nuh sekarang.

Memori KasihWhere stories live. Discover now