MK 40

1.1K 85 5
                                    

“ARISSA... Arissa...” Kasih memanggil agak kuat. Liurnya diteguk. Perit kerongkong kerana kekeringan. Ditambah lagi suhu badannya yang semakin panas. Semakin juga buat dia kehausan.

“Arissa...” Kasih memanggil lagi. Punggung dikesot dengan susah payah ke arah pintu. Tapi, digagahi jua. Saat ini bukan masanya dia mempertahankan ego yang ada.

“Arissa....” Kasih mengetuk pintu mengguna kepalanya. Dia benar-benar dahaga. Tak dapat banyak, seteguk pun sudah memadai.

“Ariss...”

“Apahal kau ni? Memekak aje kerja kau!” Daun pintu dikuak dari luar. Sedikit kaget melihat Kasih sudah berada berdekatan pintu.

“Aku dahaga. Tolong bagi aku air,” minta Kasih, dongak pandang Arissa.

Arissa berdecit-decit. Dia terus bertinggung di sebelah Kasih.

“Kau cakap kau nak mati. Kau tak takut mati pun. Jadi sekarang ni aku tengah usaha nak matikan kaulah. Dengan cara perlahan-lahan,” tutur Arissa, lalu tersenyum sinis. Pipi Kasih ditepuk-tepuk kasar.

Kasih telan liur. Mendengar kata 'Mati' daripada Arissa terus buat Kasih meremang. Bibirnya diketap seketika. Beginilah bila kata-katanya berganti menjadi binasa.

“Tapi, bagilah aku minum dulu. Aku dahaga sangat ni. Tolonglah, sikit pun jadilah,” minta Kasih sekali lagi. Runtuh egonya semata-mata mahu seteguk air.

Tanpa sebarang kata, Arissa bangun dan keluar. Seketika kemudian dia kembali bersama sebotol air mineral. Tapi, isinya sudah tidak sampai suku botol.

“Kau dahaga ya?” Penutup air mineral dibuka, lalu airnya dituang ke dalam penutup.

Kasih mengangguk laju. Melihat isi padu air, Kasih sudah lega. Itu sudah cukup.

Dengan kasar, Arissa menyumbat ke mulut Kasih.

“Nah!”

Uhuk! Uhuk!

Kasih tersedak. Tidak sempat airnya melepasi kerongkong, dia sudah tersembur terlebih dahulu. Makin perit kerongkongnya. Matanya sudah berair.

“Cukuplah tu. Kau cakap nak sikit aje tadi kan.” Arissa senyum sinis. Botol air mineral itu terus dilempar keluar dari bangunan usang itu. Puas hatinya melihat Kasih merayu-rayu padanya.

Kasih menggeleng kepala perlahan. Kepalanya didongak semula.

“Aku tak sempat telan pun air tadi.”

“Tu bukan masalah aku. Yang aku tahu aku dah bagi kat kau air.” Arissa berpeluk tubuh. Mahu melihat sejauh mana lagi Kasih sanggup merayu. Seronok pula.

“Tolonglah aku, Arissa. Aku... aku dahaga lagi. Tolonglah bagi aku sikit aje lagi. Aku merayu kat kau.” Air mata Kasih sudah bergenang. Moga-moga Arissa masih bersisa dengan hati perut kemanusiaan.

“Banyak pula cekedak kau kan?” Arissa terus menjerkah.

“Tolonglah aku, Arissa...” Kasih mengesot lebih dekat dengan Arissa.

Ketawa Arissa dibuatnya. Kasih benar-benar kelakar. Sanggup rendahkan ego semata-mata mahu minum.

“Okey, aku akan turuti permintaan kau.” Arissa terus berlalu keluar.

Tak lama kemudian, Arissa kembali dengan sebaldi air. Kasih yang melihat terpegun melihat sebaldi penuh air yang dibawa Arissa.

“Untuk kau. Kau boleh minum sampai puas.” Baldi diletak betul-betul di hadapan Kasih.

Kasih mendongak. “Betul ke ni?”

“Dah biul ke otak kau tu? Dah tak kenal ke tu air? Apa pula tak betulnya? Betullah!” jerkah Arissa lantang. Pantang pula Kasih menyoalnya begitu. Buat darahnya menyirap saja.

Memori KasihWhere stories live. Discover now