MK 14

496 61 9
                                    

SEJURUS makan tengahari, Nuh dan Tuan Zainuddin terus bersiap untuk menunai solat jumaat. Kini tinggallah Puan Fatimah dan Kasih berdua.

Usai menunai solat zohor dan menunggu kaum adam pulang dari masjid, Kasih dan Puan Fatimah menghabiskan masa di ruang bacaan sambil berbual.

“Kasih ada berapa adik-beradik?” Puan Fatimah menyelidik semula.

“Kasih anak tunggal. Ibu Kasih tu ibu tiri. Mommy kandung Kasih dah lama meninggal dunia, waktu Kasih kecik lagi. Mommy sakit,” jelas Kasih tanpa dipinta. Bibirnya mengukir senyuman yang sedikit tawar. Tiba-tiba hatinya disapa sayu. Dia rindukan mommy.

Tersentuh Puan Fatimah mendengar suara Kasih yang sedikit perlahan di hujung. Dia mengerti perasaan Kasih yang kehilangan ibu. Siapa saja yang tidak bersedih?

“Maafkan auntie. Sungguh auntie tak tahu. Nuh tak pernah cerita apa-apa,” ucap Puan Fatimah kesal.

“Tak apa, auntie. Kasih okey aje. Lagipun Kasih bersyukur sangat ada ibu sebaik ibu Aliyah tu. Dia tak pernah sisihkan Kasih dan sentiasa jaga Kasih.” Ikhlas Kasih memuji. Teringat kembali bagaimana ibu tirinya itu menjaganya ketika di hospital. Termasuk melayan karenahnya.

Puan Fatimah kembali senyum. Buku yang dipegang terus diletak ke atas meja kopi. Tangan Kasih dicapai dan digenggam erat.

“Kasih jangan rasa terasing dengan auntie ya. Anggap aje auntie seperti ibu kamu. Lagipun auntie tak ada anak perempuan. Bila Nuh bawa balik kamu, auntie suka sangat sebab dah lama auntie nakkan anak perempuan, tapi tak ada rezeki. Mungkin Allah dah tuliskan kamu akan jadi anak perempuan auntie.”

Bergenang air mata Kasih. Kata-kata Puan Fatimah begitu menyentuh dasar hatinya. Lantas genggaman Puan Fatimah dibalas kemas.

“Auntie doakan Kasih dengan Nuh ya. Kasih dah sayangkan Nuh, auntie,” luah Kasih, lalu tertunduk. Rasa malu pula meluah rasa hatinya.

Puan Fatimah tersenyum simpul.

“Memang auntie doakan kamu dengan Nuh. Jangan risau ya. Nuh tu nampak aje macam tu, sebab Nuh bukannya reti layan perempuan. Dulu Nuh tu mana ada nak berkawan dengan budak-budak perempuan ni. Kamu yang pertama Nuh bawa balik jumpa auntie.”

Bibir Kasih terus mengoyak senyuman lebar. Gembira mendengar bicara Puan Fatimah. Itu bererti dia wanita pertama dalam hidup Nuh?

“Kasih tak berapa tahu sangat tentang Nuh, auntie. Kasih baru aje kenal Nuh. Sebenarnya Nuh tu doktor Kasih.”

“Doktor Kasih? Maksudnya?” Dahinya Puan Fatimah sudah berkerut, tidak memahami.

“Beberapa bulan lepas Kasih accident. Impak dari accident tu, Kasih amnesia. Dari situlah Kasih kenal Nuh. Kasih tak kenal sesiapa lagi selain ibu, daddy, Mak Inang, Nuh dan sorang lagi kawan Kasih. Tapi, kawan Kasih tu jarang sangat jenguk Kasih. Tak tahu kenapa,” jelas Kasih. Dia tidak mahu berahsia apa-apa dengan Puan Fatimah. Bukankah kejujuran itu penting dalam perhubungan?

Jadi, dia mahu memulakan hubungannya dengan Nuh dengan bersikap jujur.

“Kesiannya kamu.” Bahu Kasih terus diusap Puan Fatimah. Tumpah kasihan dia mendengar cerita Kasih.

“Tak apalah, auntie. Mungkin semua ujian dari Allah untuk Kasih kan.” Kasih senyum ikhlas. Hari demi hari, dia sudah semakin menerima takdirnya sendiri. Mungkin ada hikmahnya dia mengalami amnesia.

Guruh yang berdentum secara tiba-tiba mengejutkan Puan Fatimah dan Kasih. Bingkas mereka bangun ke jendela. Awan hitam sudah memenuhi kawasan. Sekejap saja suasana berubah seperti sudah senja.

Ketika itu juga Tuan Zainuddin dan Nuh pulang dari menunai solat jumaat. Kepulangan dua beranak itu disambut Kasih di muka pintu. Sengaja mahu melihat jejaka pilihan hatinya pulang dari solat. Mesti bertambah kacak.

Memori KasihWhere stories live. Discover now