MK 12

545 63 15
                                    

KELIBAT Nuh yang melangkah malas menarik perhatian Tuan Zainuddin dan Puan Fatimah. Jelas wajah kepenatan Nuh terbias di wajah itu. Sekilas Puan Fatimah mengerling suaminya sebelum tumpuan mereka kembali ke arah Nuh yang sedang melangkah masuk ke dalam ruangan dapur.

“Penat hari ni, Nuh?” tegur Puan Fatimah.

Nuh hanya mengukirkan senyuman. Gelas di dalam dulang dicapai dan menuang air kosong. Tekaknya haus. Dah macam bekerja di bawah terik matahari saja dahaganya.

“Sibuk, mama. Tak sempat rehat. Nuh belum sempat makan lagi.” Kerusi di hadapan Puan Fatimah ditarik dan duduk. Air diteguk membasahkan tekak.

“Kesiannya. Macam mana la agaknya nanti isteri kamu ya kalau kamu sibuk macam ni. Sesekali berilah perhatian kat dia sikit.” Puan Fatimah tersenyum simpul.

Berkerut dahi Nuh melihat senyuman Puan Fatimah. Aik, kenapa lain macam aje ni?

“Apa maksud mama ni? Nuh mana ada isteri. Belum terfikir nak kahwin lagi.” Laju saja Nuu menyangkal.

“Tak perlu nak berahsia la, Nuh. Mama dah ceritakan pada abah. Bila nak perginya?” Tiba-tiba Tuan Zainuddin mencelah. Duduknya serta-merta tegak. Teruja mahu menyambut ahli baru ke dalam keluarga mereka.

Nuh terus garu kepala. Belum hilang penatnya, sekarang dia nak kena fikir kiasan mama dengan abahnya pula.

“Tak, tak... sekarang ni Nuh tak faham. Apa maksud mama dengan abah? Bila nak perginya... bila masa Nuh nak pergi? Pergi mana?” Bertalu-talu Nuh menyoal.

“Kasih la, kekasihku kamu kan. Kenapa nak berahsia kalau kamu dengan dia dah serius?” jelas Puan Fatimah.

Nuh terngadah. Bila masa pula dia dengan Kasih dah serius?

“Tak elok berhubungan lama-lama ni, Nuh. Dah layak sangat kalau kamu nak berumah tangga. Umur kamu pun dah nak masuk 30. Dah sesuai jadi suami orang. Lagipun mama kamu kata, Kasih tu baik budaknya. Sejuk mata memandang. Abah setuju aje kalau tu pilihan kamu,” ujar Tuan Zainuddin pula.

Telan liur Nuh mendengar. Mama dengan abah dah salah faham. Dia dengan Kasih tak berhubung. Tak naklah dia beristerikan Kasih Amalin. Mahu terjun bangunan dia nanti akibat tekanan hidup dengan Kasih yang kuat mengada macam ulat bulu.

“Mama, ayah... sebenarnya Nuh dengan Kasih, kami...” Bicara Nuh terus dicantas tanpa sempat menghabiskan ayat.

“Tak apalah, bawa ajelah balik Kasih ke sini dulu. Kenal-kenal dengan abah dan adik-beradik lain. Kalau tak nak bawa balik, biar mama abah aje jumpa keluarga dia. Tak manis berhubung tanpa pengetahuan keluarga ni, Nuh.” Tuan Zainuddin menambah lagi.

“Bukan tu Nuh nak cakap, abah. Dengar dulu Nuh nak cakap.” Nuh terus membulatkan mata, kaget.

“Okey, apa kamu nak cakap.” Puan Fatimah kembali bersuara.

Sebaliknya Nuh berubah kelu. Hanya keluhan yang mampu dilepaskan.

“Haa, tak bercakap pula.” Tuan Zainuddin menggeleng kepala.

“Bawa balik Kasih. Mama nak kenal lebih rapat dengan dia. Jangan lupa ya, Nuh. Jangan tangguh-tangguh. Kamu dah janji kan.”

Nuh teguk liur. Ah, dia terlupa dia ada berjanji dengan mama.

_______

SELESAI menunaikan ibadah wajib bagi umat islam, Nuh bersiap untuk berehat setelah penat bekerja. Mujur hari ini shiftnya waktu siang. Dapatlah dia berehat seketika pada waktu malam pula.

Katil menjadi tumpuannnya. Sesaat, rebahlah dia di atas ranjang yang menjadi tempat beradu untuknya.

Dan secara tidak langsung, terlepas satu keluhan. Berat keluhan itu. Masakan tidak, permintaan dari mama dan abahnya sangat berat untuk dia penuhi. Bawa Kasih berjumpa mama, abah? Dia sendiri pun sebolehnya nak elakkan gadis itu, tetapi mamanya pula bersungguh mahu berjumpa.

Memori KasihWhere stories live. Discover now