🦋❝𝙋𝙖𝙧𝙩 1 ᵕ̈ ೫˚∗:

62 5 168
                                    

This is a new part for you: jyj98_ THEDREAMVERSE

Setelah hampir 3 bulan duduk di rumah dan online class, akhirnya dapat juga pergi ke sekolah dan belajar bersemuka bersama kawan-kawan dan guru-guru.

"Minggu depan dah nak trial sem 1 lah. Aduh aku tak study lagi ni. Lagi-lagi sejarah. Tema 1 pun kelaut macam mana nak hafal tema lain. Yuri, kau dah belajar?"

Rungut seorang gadis bermuka western yang bernama Yoon Chaehyun.

"Ada lah sikit. Aku masih hafal bab 1 lagi" balas gadis berambut hitam yang bernama Park Yuri.

Chaehyun mengangguk tanda faham.

"Jiyu, kau dah baca dah sejarah?" Tanya chaehyun kepada gadis yang bernama jiyu yang duduk di sebelahnya.

Jiyu yang sedang bermain telefonnya dengan cepat menoleh ke sebelah kanannya.

"Aku nak baca tapi mood tak sampai lah. Bila dah rajin nak belajar ada je benda mengganggu. Mak aku suruh kemas rumah lah. Abang aku ajak keluar lah" jawab jiyu dengan muka geram.

"Alah kau, sekarang je cakap tak belajar nanti bila dah trial tengok-tengok pointer kau paling tinggi antara kitaorang. Betul tak Yuri?"

chaehyun membuang muka malas setelah mendengar jawapan jiyu.

"Iya tho. Tau tau je nama dia masuk dalam senarai nama Top 10" Yuri menyokong pernyataan chaehyun.

"Takde maknanya. Otak aku ni kosong. Sumpah kosong. Aku tak faham langsung apa benda yang cikgu ajar dari bab 1 sampai lah bab 10"

Jiyu meyakinkan chaehyun sahabatnya.

"Hmm yelah. Kita percaya je lah dia Yuri oii~"

Chaehyun membalas dengan malas. Dia memang tak percaya langsung jika Jiyu tidak belajar.

"Ada lagi tiga subjek yang kita kena belajar, takkan korang nak hadap sejarah je. Aku tengok buku sejarah pun rasa nak muntah"

Jiyu berkata sambil membuat gaya seperti mahu muntah.

"Nak buat macam mana lagi, cikgu asyik suruh hafal je. Setiap masuk tajuk baru, tak habis-habis baca 10 kali. Pastu nak buat esei"

Yeoreum ikut masuk ke dalam perbualan ketiga-tiga gadis tersebut.

"Tau pun. Takde maknanya kita nak baca 5 ke 10 kali. Buku teks baca 10 kali. Skema jawapan esei 10 kali. Mana satu nak buat?! Bila esei tak siap dia bising-bising pastu kena denda RM1. Duit tu Hyun nak kumpul sebab nak beli makeup"

"Takpelah guys. Aku tau korang boleh. Kawan-kawan aku ni semua nya cerdik-cerdik. So keep FIGHTING guys!"

Yuri memberi semangat kepada tiga kawan yang lebih muda beberapa bulan darinya.

"Yes! We can do it!"

Hyun berkata dengan semangat

KRIINGGG [ loceng berbunyi ]

"Jiyu, jom rehat. Kita pergi koperasi dulu, nanti ramai pulak"

Chaehyun mengajak sahabatnya.

"Yuri rehat jom"

Jiyu sudah berjalan menuju pintu kelas yang berada di belakang.

"Kejap. Tunggu Yeoreum"

Yuri masih berdiri di tempat duduknya kerana menunggu Yeoreum mengemas barangnya.

"Jom tunggu dekat luar"

chaehyun mengajak sambil menarik lengan Jiyu.

Kini, kedua sahabat tersebut sedang menunggu sahabat mereka yang lain di koridor hadapan kelas.

[𝙊𝙂] 𝙏𝙊𝙓𝙄𝘾 𝘾𝙄𝙍𝘾𝙇𝙀Where stories live. Discover now