🦋❝𝙋𝙖𝙧𝙩 37 ᵕ̈ ೫˚∗:

20 4 7
                                    

This is a new part for you: jyj98_ THEDREAMVERSE

Hari dimana semua pelajar tingkatan enam sudah tiba. Kesemua pelajar tingkatan enam sangat teruja menunggu majlis graduasi mereka dimulakan.

"Geng enjoy your graduation ceremony today. Have fun~"

Jiyu berucap kepada ketiga sahabatnya sebelum memasuki kereta Junkyu.

"Bye bye jiyu~ kau tunggu surprise dari kitaorang. Jangan lupa tengok live dekat akaun YouTube sekolah" ucap Yuri.

"Hahaha apa benda yang korang nak buat huh?" Balas Jiyu lalu terkekeh kecil.

"Adalah! Jiyu tunggu je nanti" sampuk Chaehyun.

"Jangan tidur pulak! Kau wajib tengok live majlis graduasi tu" paksa Yeoreum.

Jiyu mengangguk.

"Okey-Okey...aku gerak dulu. Baiiii~"

Setelah itu kereta yang dipandu oleh Junkyu meninggalkan sekolah. Ketiga sahabat itu pun ikut meninggalkan sekolah menggunakan satu kereta yang sama.

"Jom kita balik. Eomma aku dah sampai" ajak Yuri.

Yuri, Chaehyun dan Yeoreum pun berjalan menuju ke arah sebuah kereta yang berhenti tak jauh daripada tempat mereka berdiri.

Perjalanan dari sekolah ke rumah Yuri mengambil masa sekitar 20 minit. Jam sudah menunjukkan pukul 12:10 tengah hari. Kini ketiga gadis yang hampir sama tingginya sedang sibuk bersiap-siap untuk majlis graduasi yang akan berlangsung pada pukul 2 petang.

"Yuri kau sini, aku tolong kau touch up muka tu. Takkan kau nak datang majlis graduasi dengan muka pucat macam tu. Orang lain semua lawa-lawa kau pun kena lawa" panggil Yeoreum.

Gadis tinggi itu menarik lengan Yuri lalu memaksanya duduk di kerusi yang berada di meja riasan biliknya.

"Betul tu. Orang lain datang cantik-cantik, Yuri pun mestilah kena cantik jugak bagi Haruto terpukau tengok yeochin dia hehehe"

Chaehyun menyahut sambil tangan kanannya sibuk melukis garis mata menggunakan eyeliner.

"Jangan tebal-tebal eh makeup. Kau makeup bagi nampak natural je" ucap Yuri.

"Iyer. Kau duduk diam-diam" balas Yeoreum.

Ketiga gadis itu mengambil masa setengah jam untuk bersiap.

"Dah siap!" Pekik chaehyun teruja.

"Eh, Yuri mana hamd banner yang kita buat semalam tu? Bawak keluar dua dua cepat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Eh, Yuri mana hamd banner yang kita buat semalam tu? Bawak keluar dua dua cepat. Nanti kita terlupa" kata Yeoreum.

Gadis itu baru teringat mengenai hand banner yang mereka buat khas untuk sahabat mungil mereka iaitu Kim Jiyu. Projek tersebut dibantu oleh beberapa rakan sekelas mereka dan Haruto dan Jeongwoo.

[𝙊𝙂] 𝙏𝙊𝙓𝙄𝘾 𝘾𝙄𝙍𝘾𝙇𝙀Where stories live. Discover now