🦋❝𝙋𝙖𝙧𝙩 44 ᵕ̈ ೫˚∗:

6 3 0
                                    

This is a new part for you: jyj98_

"Aduh nak taknak kita kena buat semantik jugak. Sia sia je kita fikir tajuk laras bahasa kalau kena reject semua"

Chaehyun merungut akibat kesal dengan Kim seongsaengnim kerana menolak tajuk kerja kursus bahasa Melayu mereka. Ini sudah kali ketiga mereka ditolak. Jadi nak taknak mereka perlu menerima tajuk semantik yang sangat susah itu.

Padahal diorang fikir awal-awal tajuk laras bahasa tu sebab nak elak buat tajuk semantik tapi sayangnya tajuk itu memang sudah ditakdirkan kepada kumpulan Jiyu dan rakan-rakannya.

"Penat lah aku asyik kena reject je. Orang lain semua dah mula buat pendahuluan dan yang lain-lain. Kumpulan kita masih stuck dekat tajuk bodoh ni"

Wajah Jiyu terlihat kesal walaupun gadis itu tidak menampilkan apa-apa ekspresi. Sedangkan Kim seongsaengnim yang duduk di meja guru dihadapan kelas tersenyum kecil mendengar rungutan demi rungutan yang keluar dari mulut kedua pelajar perempuan itu.

"Takpe takpe korang jangan marah-marah. Kita buat balik okay? Meh sini kita kumpul untuk bincang tajuk"

Yuri selaku yang lebih tua mengajak kedua gadis yang masih merungut itu serta Yeoreum untuk berkumpul di mejanya.

Kini keempat gadis itu sudah berkumpul di meja Yuri dan Jiyu untuk membincangkan tajuk kerja kursus bagi semesta tiga.

"So kita nak ambil tajuk apa? Dalam tajuk semantik ni banyak benda. Ada makna kata, perubahan makna, dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik" Soal Yeoreum.

"Tak tahu lah. Hyun tak faham lah nak albuat apa benda ni. Haritu Jiyu kata nak kajian melalui novel tapi kita nak kaji apa dalam novel tu?" Tanya Chaehyun balik.

"Bukan kau je pening Hyun. Aku pun pening sekali" balas Yuri lalu menghela nafas.

Sedangkan gadis mungil berambut pendek itu sibuk menyelak setiap muka surat yang terdapat pada buku rujukan bahasa Melayu semesta 3. Mata tajam Jiyu terlihat sangat fokus meneliti setiap kata mencari idea bagi tajuk mereka.

"Aku dah tahu tajuk apa yang kita nak buat!" Heboh Jiyu lalu meletakkan buku yang dipegangnya di atas meja.

"Apa dia?" Tanya tiga gadis lain.

Keenam pasang mata lain kini sudah memberi sepenuhnya perhatian kepada sahabat mungil mereka.

"Apa kata kita buat tajuk Polisemi. Tajuk ni senang sikit sebab kita kena cari perkataan yang sama maksud je" cadang Jiyu.

Gadis itu menatap satu persatu wajah rakan seperjuangannya dengan senyuman lebar.

"Jadi apa benda yang kita kena kaji?" Soal Chaehyun.

"Apa benda pulak polisemi tu?" Tanya Yuri pulak.

"Tak faham lah ji. Cuba terang siapa polisemi ni" jawab Yeoreum.

Jiyu menghela nafas penat.

"Polisemi ni ialah satu kata yang memiliki banyak makna. Aku bagi contoh perkataan 'mentah'. Cuba korang bagitahu aku apa maksud mentah ikut fahaman korang"

"Masih muda?" jawab Chaehyun.

"Okay betul! Yuri? Yeoreum?"

"Ermm tak masak? Betul tak? Ke sama je dengan masih muda?" Balas Yeoreum ragu-ragu.

"Betul lah tu. Masih muda tu untuk buah-buahan. Kalau tak masak pulak untuk makanan" ujar Jiyu.

Yeoreum mengangguk tanda faham.

[𝙊𝙂] 𝙏𝙊𝙓𝙄𝘾 𝘾𝙄𝙍𝘾𝙇𝙀Where stories live. Discover now