🦋❝𝙋𝙖𝙧𝙩 43 ᵕ̈ ೫˚∗:

12 3 0
                                    

This is a new part for you: jyj98_ THEDREAMVERSE

"Hmm Hyun nak beli snacks apa eh?"

Gadis tinggi bernama Chaehyun untuk melihat ke arah rak yang dipenuhi dengan keropok pelbagai rasa. Gadis itu membuat posing berfikir sambil melihat semua snacks tersebut.

"Haaa Hyun nak beli super ring lah. Jiyu suka super ring. Nanti boleh makan sama-sama dalam kelas esok kalau mengantuk"

Tangan putih gadis itu terhulur untuk mengambil keropok yang bungkusannya berwarna ungu di rak. Dirinya bernasib baik kerana keropok kegemarannya hanya terisa satu sahaja.

"Eh?"

Chaehyun terkejut ketika satu tangan yang lebih besar dari miliknya terhulur untuk mengambil keropok yang sama. Gadis berwajah western itu dengan pantas menoleh untuk melihat siapa yang berani merebut keropok kegemarannya.

'Kalau pasal makanan, mana boleh kalah!'

"Eo? Y-yoshi oppa"

Chaehyun terkejut melihat lelaki yang bergelar seniornya beberapa bulan yang lalu muncul di hadapannya.

"Eh? Chaehyun rupanya. Maaf, oppa tak tahu Hyun nak keropok tu"

Yoshi dengan segera menarik tangannya kembali.

"Apa yang oppa buat dekat sini?" Tanya Chaehyun.

Yoshi terkekeh mendengar pertanyaan yang lebih muda.

"Sama macam Hyun lah. Oppa datang sini nak beli snacks. Hyun ambil lah keropok tu. Oppa cari yang lain je" ujar Yoshi lembut.

"Jinjjayo?!"

"Hmm. Ambil lah. Btw, Hyun datang seorang ke? Banyaknya beli snacks. Nak buat apa?"

Yoshi melihat ke arah bakul Chaehyun yang sudah dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan ringan.

"Eoh igeo? Hyun saje beli snack untuk makan dengan kawan-kawan dalam kelas nanti kalau mengantuk" balas Chaehyun lalu tersenyum manis.

Yoshi mengangguk tanda faham.

"Kalau macam tu Hyun sambung lah pilih snacks. Maaf menganggu. Bye~"

Setelah melambaikan tangannya, lelaki berambut merah beredar untuk ke rak makanan yang lain sedangkan chaehyun menyambung aktiviti memilih snacksnya yang sempat tertunda tadi.

Setelah selesai memilih snacks yang aman dibawanya esok, gadis tinggi lampai itu dengan segera menghampiri kaunter bayaran untuk membuat pembayaran.

Semasa pekerja kedai serbaneka itu asyik menyemak harga bagi setiap makanan dan minuman tersebut, Chaehyun sibuk mencari dompetnya yang disimpan di dalam poket seluarnya.

"Mana pergi pulak ni. Tadi rasanya ada dalam poket" ucap Chaehyun perlahan.

Sedang sibuk dengan dunia nya sendiri, tanpa dirinya sedari ada seorang lelaki menghampirinya lalu meletakkan satu tin air Coke serta keropok twister di atas meja kaunter.

"Kak saya bayar sekali dengan dia punya"

Chaehyun menghentikan aktiviti mencari dompetnya Setelah mendengar suara seorang yang sangat familiar di telinganya.

"Baik dik"

Gadis itu menoleh untuk melihat sosok yang berdiri di sebelahnya. Mata bulat gadis itu terbeliak apabila melihat sosok Yoshi yang sudah berdiri sambil tersenyum manis ke arahnya.

Chaehyun yang melihat Yoshi mengeluarkan kad kredit dari dompetnya pun dengan segera menahan perbuatannya untuk membayar barang milik gadis itu.

"E-eh oppa, tak payah bayarkan Chaehyun punya. Oppa bayar oppa punya je"

[𝙊𝙂] 𝙏𝙊𝙓𝙄𝘾 𝘾𝙄𝙍𝘾𝙇𝙀Where stories live. Discover now