🦋❝𝙋𝙖𝙧𝙩 28 ᵕ̈ ೫˚∗:

25 4 5
                                    

This is a new part for you: jyj98_ THEDREAMVERSE

"Jiyu, Hyun nak tanya Jiyu sesuatu ni"

Chaehyun memandang wajah Jiyu serius sedangkan yang ditatap hanya membalas tatapan sahabatnya santai.

"Apa dia?" Balas Jiyu.

"Hyun dengar cerita yang doyoung kena tukar tokoh sama macam jiyu! Gila betul!" heboh Chaehyun.

"Mana kau tau? Sahih ke tidak info kau ni?" Tanya Jiyu ragu-ragu.

'Mana pulak minah ni tau pasal kes doyoung'

"Mana Hyun tau? Siapa bagitau?" Tanya Yuri pula.

"Hyun tak tau lah korang~ tadi Shuhua yang bagitau Hyun pasal ni. Dia pun tak tau secara keseluruhannya sebab Yedam bagitahu separuh je" jelas Chaehyun dengan riak wajah sedih.

'Balik kejap lagi memang aku tibai musang jadian tu'

"Apa pulak masalah dia dengan doyoung. Sebelum ni dengan Jiyu sekarang dengan Doyoung pulak. Doyoung bukan ke anak kesayangan dia? Haihh macam-macam lah saem ni" kata Yuri hairan.

"Tak tau lah. Agak-agak sebab apa? Hyun nak tau lah~ Apa pendapat jiyu? Dari tadi diam je~" Tanya Chaehyun lalu menatap Jiyu.

"Aku tak tau lah. Tak boleh nak teka sebab apa. Tapi yang pasti mesti sebab tokoh sama dengan senior" balas Jiyu seadanya.

Kedua-dua gadis itu mengangguk mendengar jawapan yang gadis mungil itu berikan.

"Logik jugak" balas Yuri sambil menganggukkan kepalanya tanda faham.

"Minggu lepas dia tak datang tu sebab pergi jumpa tokoh dia lah. Hyun tau pun sebab shu bagitahu tadi" sambung Chaehyun.

"Tunggu lah nanti dia mesti akan perli Doyoung kaw-kaw punya. Dah lama dia tak perli aku nanti nama doyoung pulak naik" ramal Jiyu.

"Ini mesti punya" sokong Yuri.

"Dalam kelas pun dia buat tak nampak je aku. Maybe I'm transparent so she can't see me...But that's okay! I don't care at all " kata Jiyu santai.

"Dia lalu sebelah kau pun memang buat kau macam tak wujud langsung. Aku pelik jugak sebab dia terus skip kau masa dia check esei. Sepatutnya lepas aku kan kau. Lagipun Jiyu duduk belakang aku. Aku ingat dia akan check kau punya tapi dia terus jalan terus ke Junghwan. Aku terkejut gila masa tu" cerita Yuri.

Peristiwa di mana Kristal mengabaikan Jiyu di dalam kelas masih segar dalam ingatan gadis yang lebih tua. Dirinya tidak menyangka bahawa ada seorang guru yang bersifat tidak profesional seperti itu.

"Hyun tau Jiyu salah walaupun kita tak tau kebenaran dia yang mana. Tapi saem tak patut buat macam tu. Dia sebagai seorang guru sepatutnya bersikap profesional dalam kerja dia. Pantang orang nampak salah terus dia blacklist. Macam dalam hidup dia tak pernah buat salah"

Chaehyun merungut mengenai sikap yang tidak profesional Kristal terhadap sahabatnya.

"Betul. Walaupun budak tu pernah buat silap, tapi kau tak perlu lah buat macam tu. Lagi-lagi dia perli dalam kelas. Dia siapa untuk menghukum seseorang? Dia cakap tu macam dia tuhan. Main-main agama pulak. Aku boleh nampak lah yang saem ni, kalau orang buat silap sikit dengan dia memang dia akan terror kau sampai lah habis semesta 3" Sambung Yuri.

"Aku bernafas pun dah salah bagi dia. Aku diam pun salah bagi dia. Kalau dia perli-perli aku dalam kelas, aku pandang je dia. Kalau dia perasan aku pandang dia, mula lah buat macam pandang tempat lain. Kau salah orang lah nak cari pasal. Aku cakap mqcam ni bukan nak acah gangster or buat perangai tapi dia dah melampau sangat"

[𝙊𝙂] 𝙏𝙊𝙓𝙄𝘾 𝘾𝙄𝙍𝘾𝙇𝙀Where stories live. Discover now