🦋❝𝙋𝙖𝙧𝙩 18 ᵕ̈ ೫˚∗:

34 4 48
                                    

This is a new part for you: jyj98_ THEDREAMVERSE

Sekarang, Jiyu dan Yuri sudah berada di dalam panggung wayang dan bersedia untuk menonton movie AVATAR 2.

Mulut jiyu sedari tadi sedang mengunyah sosej cheese yang dibeli nya di 'Candy Bar'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mulut jiyu sedari tadi sedang mengunyah sosej cheese yang dibeli nya di 'Candy Bar'.

"Wei Yuri, aku mengantuk lah. Tadi aku tak tidur langsung. Mama kejut aku pukul 8 sebab nak suruh aku hantar dia pergi butik kejap. Kau tau lah Mama aku macam mana. Sebelum sampai butik, dia ajak aku pusing-pusing dulu. Pergi sarapan lah. Pergi beli bunga lah. Pergi kedai kasut lah. Macam-macam. Pusing punya pusing, pukul 12:30 baru aku hantar dia pergi butik dan terus balik rumah"

"Dekat rumah, aku sibuk siram pokok bunga Mama pulak sebab makcik bedah takde. Lepastu aku lapar aku pergi makan kejap. Masak ramyeon. Pejam celik pejam celik dah nak dekat pukul dua. Kelam kabut aku bersiap"

Yuri yang mendengar rungutan Jiyu hanya menggelengkan kepalanya.

Sedang mereka berdua berborak, tiba-tiba sahaja ada seorang lelaki duduk di sebelah tempat duduk Jiyu.

Jiyu yang sedang menahan rasa mengantuknya sambil bersembang dengan Yuri pun menoleh.

"Eh jiyu? Hai"

Sapa lelaki yang duduk di sebelahnya.

"Park Jeongwoo? Apa kau buat dekat sini?"

Jiyu bertanya hairan.

"Tengok movie lah. Takkan tengok kau pulak" balas Jeongwoo santai.

Jiyu memandang Jeongwoo sinis.

"Haruto pun ada sekali? Hai"

Yuri menyapa Haruto sambil tersenyum manis.

"Hai Yuri. Hai Jiyu. Nampaknya kita berempat memang jodoh lah. Selalu terserempak"

Haruto berucap sambil tersenyum tampan.

"Siapa yang nak berjodoh dengan buaya darat macam kau"

Yuri tertawa mendengar kata-kata yang keluar dari mulut jiyu.

"Yuri kan jodoh aku"

"Langkah mayat aku dulu baru kau boleh try Yuri"

Haruto memuncungkan bibirnya merajuk.

"Geli hanat"

Jeongwoo memukul bibir Haruto.

Setelah 10 minit menonton iklan, akhirnya movie Avatar pun bermula.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[𝙊𝙂] 𝙏𝙊𝙓𝙄𝘾 𝘾𝙄𝙍𝘾𝙇𝙀Where stories live. Discover now