🦋❝𝙋𝙖𝙧𝙩 19 ᵕ̈ ೫˚∗:

25 4 27
                                    

This is a new part for you: jyj98_ THEDREAMVERSE

TOK! TOK! TOK!

Bunyi ketukan pintu tersebut menarik perhatian semua pelajar kelas 6A-1(2).

Di luar pintu kelas mereka terdapat dua pelajar lelaki yang sedang berdiri bersebelahan seperti mencari seseorang.

Entah apa tujuan pelajar tersebut mendatangi kelas mereka.

"Kenapa Jake? Cari Chaehyun ke?"

Yedam yang sedang duduk berhadapan dengan mashi pun bertanya.

"WOOOOOOOOO"

Satu kelas bersorak mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Yedam.

"Haah"

Jake mengangguk sambil tersenyum kekok. Jiyu yang sedang berkumpul bersama teman-temannya Jake tak suka.

"Jake panggil kau Hyun"

Yuri membuka suara terlebih dahulu di antara mereka berempat.

"Apa lagi tu"

Chaehyun merungut lalu bangun dari tempat duduknya dan berjalan keluar dari kelas.

"Sweetnya couple goals kitewww"

Junghwan menyakat pasangan tersebut dari dalam kelas.

"Jake nak apa?"

Chaehyun bertanya tanpa basa-basi.

"Nah, awak ambil lah. Saya ada belikan beberapa coklat kegemaran. Makanlah. Saya minta maaf sebab sakitkan hati awak"

Jake menghulurkan satu paper bag berwarna hijau pastel bercorak beruang tersebut kepada Chaehyun dan disambut baik oleh gadis tinggi itu.

"Takpelah Jake. Benda pun dah lepas. Jake tak payah lah fikir pasal tu lagi. Hyun dah maafkan Jake dah pun"

Chaehyun memberi senyuman kepada Jake.

"Baiklah. Kalau macam tu saya pergi dulu. Jangan lupa makan okay? Bye bye"

Jake beredar dari situ bersama Hyunjin di sebelahnya.

"Apa lagi yang dia nak?"

Yeoreum bertanya kepada Chaehyun.

"Jake bagi coklat dekat Hyun"

Chaehyun menyelongkar paper bag tersebut dan menjumpai sekeping surat yang ditulis tangan.

"Eh ada surat"

Chaehyun membuka surat tersebut dan membaca isi kandungan surat itu di dalam hati.

"Surat apa tu?"

Yuri bertanya kerana kepo.

"Jake minta maaf. Dia nak minta peluang kedua"

"Kau terima?"

Setelah lama berdiam diri, Jiyu melontarkan pertanyaaan kepada Chaehyun.

Gadis yang ditanya memandang ketiga sahabatnya dengan ekspresi bingung.

"Hyun tak payah lah terima. Kalau mamat tu buat lagi macam mana?"

Yeoreum melarang Chaehyun menerima Jake kembali dan memberi Jake peluang.

"Ikut lah hati Hyun. Nak terima atau tidak"

Yuri memujuk Chaehyun lembut.

Gadis tinggi itu memandang Jiyu seolah menanyakan pendapat gadis mungil itu.

[𝙊𝙂] 𝙏𝙊𝙓𝙄𝘾 𝘾𝙄𝙍𝘾𝙇𝙀Where stories live. Discover now