🦋❝𝙋𝙖𝙧𝙩 23 ᵕ̈ ೫˚∗:

29 4 12
                                    

This is a new part for you: jyj98_ THEDREAMVERSE

Di minggu ketiga setelah masuk bulan November, semua ahli BPP sedang sibuk menguruskan segala persiapan untuk perlantikan ahli-ahli BPP baru bagi pelajar tingkatan enam rendah.

Memandangkan mereka akan meleta jawatan tidak lama lagi, jadi sudah tiba masanya jawatan mereka diberikan kepada ahli-ahli yang baharu.

Sekarang semua Ahli BPP (senior) sedang berkumpul di dalam bilik khas untuk ahli-ahli BPP. Pelajar senior itu sedang melakukan beberapa kerja yang telah diagihkan kepada mereka.

Jiyu sedang duduk menghadap komputer yang terdapat di dalam bilik tersebut.

Mata kecil gadis itu menatap lurus skrin komputer di hadapannya dan dahinya sesekali berkerut bingung.

"Jiyu, buat apa?"

"Eh mak kau!"

Gadis mungil itu terkejut ketika mendengar suara lembut seseorang dibelakangnya. Jiyu menoleh ke belakang setelah melatah untuk melihat siapa yang menjadi dalang keterkejutannya.

Mata sepet gadis itu menatap Jeongwoo tajam. Sedangkan yang ditatap hanya tersengih tanpa rasa bersalah.

"Suka sangat muncul tiba-tiba!"

"Hehehe maaf~"

"Kerja kau dah siap belum?"

Jiyu bertanya sambil menaip sesuatu di komputer yang terletak di hadapannya.

Jeongwoo mengangguk.

"Hmm~ kau?"

"Lagi sikit"

"Ni semua muka budak-budak yang daftar ke?"

Jiyu mengangguk.

"Boleh tahan ramai jugak calon BPP tahun ni. Sampai tiga belas orang"

Jeongwoo membungkukkan badannya supaya dapat melihat paparan yang terpapar di skrin komputer.

Hidung Jiyu menangkap bau minyak wangi Jeongwoo yang sedang berada di belakangnya membuatkan gadis itu menahan nafasnya.

Jantung gadis mungil itu berdegup kencang.

'Jantung, kalau kau nak bunyi jangan kuat-kuat nanti jeongwoo dengar'

"EKHEM"

"Muka budak-budak ni semua tak boleh buat kerja"

Jiyu berkomentar setelah melihat wajah wajah calon ahli BPP yang baru.

Jeongwoo mengangguk setelah menoleh melihat wajah gadis itu dan membenarkan ucapan Jiyu sebentar tadi.

"Betul. Harap muka je lah yang nampak tak boleh buat kerja tapi sebenarnya boleh"

Jiyu megangkat bahu tidak peduli.

"Kk kau macam mana? Dah siap?"

"Hmm. Dia tengah semak"

"Maklumat haritu semua cukup?"

"Terlebih cukup"

"Baguslah. Sekurang-kurangnya banyak benda yang kau boleh cerita"

Jiyu mengangguk.

[𝙊𝙂] 𝙏𝙊𝙓𝙄𝘾 𝘾𝙄𝙍𝘾𝙇𝙀Where stories live. Discover now