🦋❝𝙋𝙖𝙧𝙩 5 ᵕ̈ ೫˚∗:

42 4 187
                                    

This is a new part for you: jyj98_

Kini sesi persekolahan sudah memasuki bulan Mac tahun 2021. Setelah menduduki peperiksaan semesta 1 dan keputusan peperiksaan pun sudah keluar. Semua pelajar tingkatan enam diberi peluang untuk mengulang subjek yang ingin mereka ulang dengan syarat; mereka perlu membayar sebanyak RM50 setiap subjek yang mengulang.

Sekarang mereka akan memasuki level pertengahan untuk tingkatan enam iaitu semesta 2. FYI, semesta 2 memiliki 3 kerja kursus yang perlu pelajar siapkan. Kerja kursus Pengajian Am wajib bagi semua kelas manakala matapelajaran bahasa melayu dan sejarah hanya kelas yang mengambil matapelajaran tersebut sahaja yang terlibat.

Untuk kerja kursus bahasa melayu, pelajar perlu mengarang karangan berformat dan tidak melebihi 600 patah perkataan. Proses mengerjakan kerja kursus tersebut akan berlaku di dalam kelas semasa matapelajaran bahasa melayu. Jumlah kesemua esei yang perlu ditulis oleh pelajar ialah 7 karangan berformat.

Untuk kerja kursus sejarah pula, tema yang akan pelajar buat sebagai penyelidikan mengikut soalan yang KPM keluarkan. Salah satu di antara soalan yang dikeluarkan oleh KK untuk batch sebelumnya ialah penyelidikan mengenai tokoh. Tak kira lah kesihatan, pendidikan, politik or lain-lain.

Boleh jugak buat penyelidikan tentang landskap which is sekolah, hospital dan lain-lain. Tahun yang dipilih untuk kajian dihadkan sehingga tahun 2020. Means korang boleh buat kajian sampai tahun 2020 je. Contoh; sumbangan tokoh korang boleh ambik sumbangan dia sehingga tahun 2020 je.

"Sekarang kita mulakan buat kerja kursus. Saya dah tunjukkan slide minggu lepas. Contoh-contoh KK senior awak. Jadi Saya nak balik ni korang fikir nak buat tajuk apa. Lepastu korang mula buat cadangan penyelidikan. Minggu depan saya nak tengok. Print out. Hantar. Saya taknak soft copy! Susah saya nak tanda nanti. Awak pun susah nak tau mana kesalahan awak. Pastikan tokoh yang awak nak buat tu, tak sama dengan senior. Cari lah cikgu lain. Kalau boleh cikgu sekolah ni pun saya taknak. Faham semua?"

Kristal memandang wajah anak muridnya satu persatu.

"FAHAM!"

Semua menjawab dengan serentak.

"Kalau boleh saya nak siapkan KK ni awal. Banyak benda kita nak kena buat. Saya nak kejar silibus lagi. Jadi kalau saya mintak siapkan CP, awak kena siapkan! Jangan bagi alasan. Saya taknak dengar"

Masa berlalu dengan pantas.

"Semua keluarkan CP draft pertama masing-masing dan hantar dekat depan. Saya nak semak mana yang sempat. Kalau tak sempat harini, esok saya semak. Masa saya semak, awak kena ada sebelah saya jadi senang sikit saya nak semak"

Seperti yang diarahkan, semua pelajar menghantar cadangan penyelidikannya ke meja guru yang terletak di hadapan kelas.

"Semua dah hantar?"

Kristal bertanya sambil tangannya mengira CP yang telah terkumpul di atas meja guru.

"Okay cukup! Sekarang semua buka buku dan buat esei nombor 23 hingga 25. Baca dulu 10 kali baru salin. Jangan kelam kabut buat sebab nak siap. Buat biar ikhlas. Saya suruh tu untuk awak bukan untuk saya. Anggap je esei tu sebagai nota jugak. 2 dalam 1..."

"Jiyu, sini saya semak awak punya dulu"

Kristal memanggil Jiyu, dengan segera jiyu bangun dari duduknya dan menuju ke depan kelas.

Sekarang jiyu sudah berdiri di sebelah Kristal yang sedang duduk. Jari Kristal lincah menelusuri setiap patah perkataan yang tercetak di kertas A4 tersebut. Dahinya berkerut ketika dirinya berasa ada kesalahan ejaan atau tatabahasa. Jiyu hanya diam memantau dari tepi.

[𝙊𝙂] 𝙏𝙊𝙓𝙄𝘾 𝘾𝙄𝙍𝘾𝙇𝙀Where stories live. Discover now