🦋❝𝙋𝙖𝙧𝙩 29 ᵕ̈ ೫˚∗:

25 4 29
                                    

This is a new part for you: jyj98_ THEDREAMVERSE

DI malam hari yang sejuk sehingga menusuk ke tulang, terdapat seorang gadis yang tingginya sekitar 163 cm sedang berjalan di lorong yang masih lagi cerah kerana lampu-lampu jalan dan kedai di sekitar.

Tangan kirinya memegang ais krim yang sudah separuh dimakan oleh gadis itu.

"Nyum~ nyum~ sedapnya aiskrim KitKat ni" ujar gadis tersebut.

Gadis itu atau kita sebut sahaja Yuri berjalan sambil melompat-lompat kecil menandakan dirinya gembira hanya kerana ais krim.

"Eo? Siapa tu? Macam kenal" ucap gadis itu perlahan.

Dua pasang kakinya terhenti untuk membuka langkah seterusnya apabila melihat pemandangan dihadapan. Mata bulatnya menangkap satu sosok tinggi lampai yang sedang duduk di atas kerusi yang terletak di hadapan kedai serbaneka 7ELEVEN.

"Haruto?"

Yuri berucap kepada diri sendiri dengan nada bingung. Kepalanya miring ke kanan melihat sosok haruto yang dirinya fikirkan sejak tadi.

"Apa dia buat dekat sini?"

Gadis berkulit putih itu masih tertanya mengenai Haruto yang sedang duduk seorang diri di kerusi yang terletak di hadapan 7ELEVEN. Wajah lelaki itu terlihat muram, kecewa dan marah menjadi satu.

Kaki Yuri mahu membuka langkah besar mendekati anak remaja tinggi tersebut tetapi si cantik itu masih ragu-ragu kerana takut mengganggu.

"Nak pergi ke tak? Kalau pergi nanti takut ganggu pulak. Hmm~"

"Tapi kalau aku tak pergi, aku tertanya-tanya pulak kenapa dia dekat sini. Cepat Yuri. Fikir! Nak pergi ke tak?"

Setelah mengambil hampir 5 minit untuk berfikir, Yuri membuat keputusan untuk mendekati Haruto setelah dirinya melihat remaja lelaki itu mengeluarkan sebatang rokok dari poket jaketnya.

"WATANABE HARUTO!" Panggil Yuri.

Haruto yang ingin membakar hujung rokoknya pun segera menghentikan aksi tersebut setelah mendengar suara yang sangat familiar memanggilnya.

Kepala lelaki itu menoleh ke kanan untuk melihat sosok yang memanggil nama penuhnya.

"Yuri?" Kata Haruto perlahan.

Yuri sudah berdiri di hadapan Haruto yang memandang nya dengan riak wajah terkejut. Kedua pasang matanya membulat melihat si pujaan hati muncul di waktu yang tidak tepat.

"Apa kau buat dekat sini? Dah malam ni. Kau keluar dengan siapa?" Tanya Haruto bertubi-tubi sambil kepalanya memandang ke kiri dan kanan melihat siapa yang bersama Yuri saat ini.

"Aku yang patut tanya kau, apa kau buat dekat sini? Ini apa ni? Kau merokok?!" Balas Yuri jengkel.

Gadis itu merampas rokok yang terselit di antara jari telunjuk dan hantu Haruto yang panjang dan lentik itu lalu membuangnya ke jalan tar.

"Mana ada" balas Haruto singkat lalu berpaling ke arah lain.

'Dah kantoi tapi taknak mengaku'

Mata Yuri kini memandang setiap sudut wajah Haruto yang duduk di hadapannya ini. Seketika matanya membulat melihat kesan telapak tangan seseorang yang sudah membiru di pipi kanan milik lelaki itu.

Hujung sudut bibir anak tunggal keluarga watanabe itu juga terdapat luka dan darah yang hampir mengering. Tangan kanan mungil Yuri terangkat untuk menyentuh luka yang terdapat di sudut bibirnya.

[𝙊𝙂] 𝙏𝙊𝙓𝙄𝘾 𝘾𝙄𝙍𝘾𝙇𝙀Where stories live. Discover now