🦋❝𝙋𝙖𝙧𝙩 6 ᵕ̈ ೫˚∗:

36 3 77
                                    

This is a new part for you: jyj98_

Waktu bergerak dengan begitu pantas. Tanpa di sedari, sesi persekolahan kini sudah menjejak ke bulan 6. Pelajar tingkatan enam sedang dilanda kesibukan dengan kerja kursus yang perlu disiapkan.

"Hantar badan KK sekarang dekat depan" arah Kristal

Semua pelajar pun mengeluarkan badan KK yang telah mereka cetak dan mengumpul semua badan KK tersebut di atas meja guru kelas.

Kristal mengira semua badan KK yang telah dikumpul. Dahinya berkerut ketika mendapati badan KK tersebut tidak mencukupi. Beliau memeriksa satu persatu nama pelajar yang menghantar.

"Yeoreum, mana badan KK kamu?" Tanya Kristal dengan nada angkuh.

"Saya dah siapkan semalam tapi saya tak print lagi" balas Yeoreum.

"Kenapa tak print lagi? Kamu duduk asrama kan? Budak asrama yang lain boleh print kenapa kamu tak boleh? Masuk harini dah seminggu lebih say bagi masa. Takkan tak boleh siap. Jangan bagi alasan. Haewon, kamu mintak tolong siapa print kan KK kamu?"

"Saya minta tolong shuhua" balas Haewon yang sedang duduk di tempat duduknya.

"Shuhua, Haewon bayar tak dekat kamu bila dia suruh print?" Tanya Kristal lagi.

"Bayar" jawab shuhua.

"Yunjin, macam mana kamu boleh hantar? Kamu duduk asrama jugak kan? Kami minta tolong siapa?"

"Saya minta tolong pada Yedam, cikgu" balas Yunjin

'Kalau boleh satu kelas dia nak tanya, sekali dengan kelas sebelah kalau boleh nak tanya'

"See? Kawan-kawan yang lain pun duduk asrama, boleh je hantar kenapa kamu tak boleh? Tak adil bagi yang lain. Kamu buat pasal mak kamu kan? Takkan tak boleh siapkan. Mak sendiri kot. Lagi senang nak interview daripada kawan-kawan yang buat pasal orang lain. Jiyu, kamu buat pasal cikgu kamu dulu kan?"

Jiyu mengangguk.

"Senang tak nak jumpa dia?" Tanya Kristal lagi dan lagi"

'Banyak tanya betul orang tua ni'

"Senang jugak lah sebab dia dah bersara dari jawatan pengetua" balas Jiyu seadanya.

' Lebih-lebih sape nak layan'

"Tengok? Jangan bagi alasan. Kalau malas macam ni better berhenti je. Result kalau okey takpelah jugak. Ni tak, dah lah 0P pemalas pulak tu. Banyak alasan nya dalam hidup ni. Kerja nak senang je. Usaha taknak. Datang sekolah buat apa? Sibuk nak bergaya sana sini. Ingat ada jantan tengok dia lah tu. Perasan ada orang suka dia. Itu yang jadi macam tu. Hei dengar sini saya cakap, lagi-lagi yang perempuan ni, cakap lelaki kita jangan percaya sangat. Manis awal-awal je, bila dah taknak dia tinggal jugak kita. Lelaki ni semua tak boleh pakai. Jadi awak semua yang perempuan ni jangan perasan sangat bila diorang cakap sayang. Sayang punya sayang nanti dah kahwin kena tinggal. Korang nak buat apa? Kalau kerja pun takde. Tau makan duit lelaki je. Kalau dah jadi macam tu jangan menyesal lah. Sekarang boleh lah perasan nak couple ape semua. Chat dengan jantan semua nanti dia kena tinggal jangan menyesal" bebel Kristal.

"Dia bebel saje dah satu masa. Aku datang sekolah bukan nya dengar dia menghina pelajar dia" kata jiyu dalam diam.

Gadis mungil itu berani cakap tanpa ragu kerana dirinya duduk di belakang sekali.

Kristal memandang isabella yang berada di hadapannya dengan pandangan tak suka.

"Mana KK kamu?"

"Saya tak sempat nak print. Printer rumah saya rosak. Saya dah ajak mak saya pergi kedai fotostat tapi mak saya sibuk" terang Isabella.

[𝙊𝙂] 𝙏𝙊𝙓𝙄𝘾 𝘾𝙄𝙍𝘾𝙇𝙀Where stories live. Discover now