🦋❝𝙋𝙖𝙧𝙩 33 ᵕ̈ ೫˚∗:

35 4 120
                                    

This is a new part for you: jyj98_ THEDREAMVERSE

"Jiyu, kau dah ambil tag rumah sukan kita ke belum?"

Yeonkyu bertanya sebaik sahaja dirinya melihat Jiyu yang baru sahaja tiba di sekolah.

"Belum. Aku tak tahu nak ambil dekat siapa. Semalam Oh seongsaengnim kata ambil dekat dia tapi aku tak tahu dia dekat mana" balas Jiyu.

"Sekarang pukul berapa?" Soal Yeonkyu.

Jiyu melihat jam SmartWatch yang melingkar di pergelangan tangan kirinya.

"7:30 pagi"

"Kalau macam tu, jom kita pergi cari oh seongsaengnim sekarang. Pukul 8 pagi dah mula merentas desa" ajak Yeonkyu.

"Hyunjun mana? Dia ketua rumah sukan. Aku cari dia dari tadi tapi tak jumpa"

Kepala Jiyu menoleh ke arah kiri dan kanan mencari keberadaan si ketua rumah sukan.

"Kau tak payah lah cari si Hyunjun tu. Dia baru nak gerak dari rumah dengan Rakwon dan Junseok. Kalau kita nak tunggu dia sampai memang lambat lah"

Yeonkyu membuang nafas kasar ketika mengingat Hyunjun yang baru ingin gerak dari rumahnya.

"Ck! Mentang-mentang rumah dekat dengan sekolah...suka hati je dia nak datang pukul berapa"

Jiyu merungut kesal mendengar kata-kata Yeonkyu mengenai Hyunjun. Yeonkyu mengangguk tanda dirinya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh gadis itu.

"Jom lah kita cari Oh seongsaengnim. Nanti lambat pulak" ajak Jiyu.

"Kajja~"

Kedua remaja berbeza jantina itu pun jalan berdampingan dalam misi mencari Oh seongsaengnim.

Yeonkyu dan Jiyu berkunjung ke semua tempat. Dari bilik guru tingkatan enam sehingga lah khemah yang sudah dinaikkan di padang sekolah mereka. Sudah hampir 10 minit mereka berdua mencari si guru tampan itu tetapi masih tidak menjumpainya.

"Mana saem ni. Kita dah pergi semua tempat tapi masih tak jumpa jugak. Kaki aku lenguh dah ni padahal belum berlari lagi"

Jiyu merungut sambil bercangkung di tepi dewan sekolah bersama Yeonkyu yang masih berdiri di sebelahnya. Nampaknya lelaki itu sedari tadi sibuk dengan telefon pintar di tangannya.

Jari jemari yang panjang nan lentik itu pantas menari-nari di atas skrin telefon pintarnya seperti sedang menaip pesan kepada seseorang.

"Yeonkyu! Kau duduk dulu, rimas aku tengok kau berdiri ni"

Jiyu menarik hujung jaket kalis air berwarna hitam silver lelaki itu menyuruhnya duduk. Kini, kedua remaja itu sudah duduk di tepi longkang yang terletak berdekatan dewan sekolah mereka.

Monochrome~

Tiba-tiba sahaja telefon pintar Yeonkyu berbunyi menandakan seseorang menelefonnya.

"Hello"

Yeonkyu menyapa pemanggil di seberang sana.

"Hello, woi kyu! Kau dekat mana? Kau tak ambil lagi kan tag rumah sukan korang?"

"Belum. Kau dekat mana woo? Aku ada dengan Jiyu ni. Dari tadi kitaorang cari Oh saem sebab nak ambil tag tu lah"

"Aku ada dekat padang dah ni. Saem dah suruh berkumpul. Datang sini cepat! Tag rumah merah dekat aku. Aku cari si Hyunjun tak jumpa-jumpa"

[𝙊𝙂] 𝙏𝙊𝙓𝙄𝘾 𝘾𝙄𝙍𝘾𝙇𝙀Where stories live. Discover now