🦋❝𝙋𝙖𝙧𝙩 21 ᵕ̈ ೫˚∗:

23 4 45
                                    

This is a new part for you: jyj98_ THEDREAMVERSE

Sekarang semua pelajar kelas 6A-1(2) sedang sibuk menolong Kristal menyusun kerusi untuk majlis sambutan hari guru yang akan diadakan esok.

"Eh korang, siapa boleh tolong saya beri hadiah kepada semua guru semasa majlis hari guru esok? Saya nak minta dalam empat orang"

Kristal kini berdiri di hadapan semua pelajar perempuan di kelas itu.

"Chaehyun tolong saem boleh?"

Kristal memandang chaehyun sambil tersenyum manis kepada gadis tinggi lampai itu.

"Boleh, tapi saya nak Jiyu ikut saya"

Kristal mengangguk.

"Boleh. Kamu pergi panggil Jiyu kejap"

Chaehyun berjalan ke arah Jiyu yang sedang duduk bersama Yuri dan Yeoreum di kerusi yang telah disusun.

"Jiyu!"

Chaehyun memanggil Jiyu sambil tersenyum lebar.

Jiyu yang sedang bersembang bersama Yuri dan Yeoreum pun menoleh ke arah Chaehyun. Kedua sahabatnya yang lain ikut menoleh.

"Kenapa?"

"Ikut Hyun kejap. Saem nak jumpa"

Jiyu mengangkat kening kanannya bertanya.

'Mesti ada sesuatu ni'

Chaehyun yang faham akan respon yang diberi oleh Jiyu pun langsung menarik lengan gadis itu.

"Ishh ikut Hyun kejap je. Saem nak minta tolong"

"Asal nak minta tolong aku pulak?! Punya berlambak lagi manusia dekat sini kenapa mesti aku?!"

Jiyu merungut kesal tapi tetap pasrah diheret Chaehyun.

"Saem ini dia Jiyu"

Setelah sampai di hadapan Kristal, gadis mungil itu menampilkan wajah dinginnya.

Kristal memandang Jiyu dengan senyuman yang lebar di wajahnya.

'Bila ada benda je baru baik-baik macam ni'

"Jiyu, esok Jiyu dan Chaehyun tolong saem boleh? Tolong agihkan hadiah pada semua guru? Saem dah minta tolong Yunjin dan Shuhua untuk beri hadiah pada Pengetua dan PK yang lain. Awak berdua bagi pada semua guru kecuali yang tadi tu. Boleh?"

Kristal berkata sambil memegang tangan Jiyu. Chaehyun sedari tadi memerhati kedua-duanya dalam diam.

Jiyu hanya diam tanpa memberi sebarang balasan. Mata tajam gadis mungil itu menatap lurus ke dalam mata Kristal tanpa menampilkan sebarang ekspresi.

Chaehyun yang menjadi pemerhati sejak tadi pun mencuba mencairkan suasana.

"Boleh saem. Kami berdua boleh tolong"

"Terima kasih ya kamu berdua. Esok pagi tunggu saem dekat dewan tau. Ini dia senarai semua guru yang kamu berdua perlu bagi. Nanti sorang bagi hadiah, sorang lagi tick nama cikgu yang dah dapat hadiah. Kalau buat macam, awak berdua takdelah keliru dengan cikgu mana yang dah dapat dan mana yang belum"

Kristal menghulurkan dua helai kertas kepada Chaehyun dan disambut baik oleh gadis itu.

"Baik cikgu"

"BAIKLAH SEMUA PELAJAR KELAS 6A-1(2), AWAK SEMUA BOLEH BALIK DAH. TERIMA KASIH SEBAB TOLONG SAEM SUSUN KERUSI"

setelah itu, mereka semua keluar dengan tergesa-gesa untuk pulang ke rumah.

"Jiyu pegang lah kertas ni. Nanti kalau Hyun yang pegang, takut tertinggal esok. Saem marah pulak nanti"

[𝙊𝙂] 𝙏𝙊𝙓𝙄𝘾 𝘾𝙄𝙍𝘾𝙇𝙀Where stories live. Discover now