🦋❝𝙋𝙖𝙧𝙩 31 ᵕ̈ ೫˚∗:

19 4 6
                                    

This is a new part for you: jyj98_ THEDREAMVERSE

"Saya nak tanya ni, hari Isnin haritu awak semua balik pukul berapa?" Soal Kristal seongsaengnim kepada semua anak muridnya.

"Kitaorang balik awal. Pukul 3:30 petang. Kenapa saem?" Balas Jaehyuk.

"Korang ada kena tulis nama ke? Sebab semalam mina seongsaengnim ada tanya saya betul ke saya suruh pelajar yang balik awal tulis nama. Ada pelajar cakap saya yang suruh tulis nama kalau siapa yang balik awal. Saya terkejut sebab saya tak tahu apa-apa. Katanya kes ni dah lama dari semesta 1. Awak semua ada dengar tak mana-mana pelajar yang bagitahu pasal ni? Senior dulu ke? Sebab saya memang tak tahu apa-apa tapi tiba-tiba kena tuduh macam tu. Takkan lah saya ambio kerja orang atasan pulak. Lain lah kalau saya yang bertugas pada hari tu" jelas Kristal seongsaengnim.

Semua pelajar di dalam kelas 6A-1(2) berdiam diri kerana masih memproses luahan hati Kristal mengenai tuduhan yang dibuat ke atasnya.

'Padan muka! Tuduh orang bukan main sangat dulu. Kan dah kena batang hidung sendiri'

"Awak takde dengar ke pasal ni? Cakap je saya cuma nak tahu sebab katanya kes ni dah lama" sambung Kristal.

"Kitaorang tak pernah dengar pulak pasal ni masa semesta 1 tapi kalau semesta 2 kitaorang ada dengar lah sebab ada sehari tu memang pakcik guard tu suruh kitaorang tulis nama sebab balik awal. Kitaorang tanya siapa yang suruh lepastu dia kata ada seorang cikgu tingkatan enam yang suruh" ucap Niki.

"Kami ikutkan je lah apa yang pakcik tu suruh. Takde lah nak tanya lebih-lebih" sambung Yeonkyu.

"Baiklah. Nanti saya tanya pak guard tu"

Kristal mengangguk setelah mendengar informasi penting yang diberikan oleh Niki.

Hari semakin berlalu. Nama Kristal makin tersebar ke pelusuk sekolah. Guru itu sering menjadi topik hangat dalam setiap perbualan warga sekolah.

Kristal jugak tidak bersikap seperti biasa. Guru cantik itu sering termenung di dalam kelas dan sesi pengajarannya tidak berjalan lancar. Kristal sering hilang fokus dan terlihat murung setelah namanya buruk. Guru-guru tingkatan selalu bercakap di belakangnya.

'Adakah ini karma yang telah diberikan oleh tuhan terhadapnya?'

"Lately ni kan Hyun perhati je, Kristal saem banyak termenung kan? Dia mengajar pun tak fokus"

Chaehyun membuka topik untuk sesi spill the tea mereka.

"Haah lah. Dia banyak termenung. Shu tengok saem macam kesian tapi haih" balas Shuhua.

"Tak payah kesian sangat. Itu balasan untuk dia setelah apa yang dia dah buat dekat kelas kita" herdik Yeoreum sarkas.

"Gosip apa ni? Aku nak join jugak!" Ucap Mashiho lalu menyempit di antara Jiyu dan Yuri.

"Badan kau tu kalau kecik takpelah nak menyempit. Sedar diri sikit badan kau tu lagi besar dari aku!"

Jiyu merungut lalu menolak Mashiho sehingga terjatuh dari kerusinya.

"Aduhhh" ringis Mashiho.

Jiyu mengabaikan ringisan Mashiho akibat dorongannya tadi.

"Aku lupa nak bagitahu, semalam masa kita habis makan tengah hari, kita kan ada terserempak dengan Kristal seongsaengnim. Dia duduk dekat bawah pondok tu" ucap Yuri.

"Yang dia panggil kau tu ke?" Teka Yunjin.

"Haah" balas Yuri.

Mari kita imbas kembali kejadian itu...

[𝙊𝙂] 𝙏𝙊𝙓𝙄𝘾 𝘾𝙄𝙍𝘾𝙇𝙀Where stories live. Discover now