🦋❝𝙋𝙖𝙧𝙩 3 ᵕ̈ ೫˚∗:

40 4 117
                                    

This is a new part for you: jyj98_

Keadaan kelas 6-1 kini riuh dengan suara-suara penghuni di dalamnya. Ada yang bermain online game seperti mobile legend bagi yang lelaki dan ada yang berbual kosong bagi yang perempuan.

Yang paling bagus, di antara 20 orang pelajar dalam kelas, hanya seorang sahaja yang membaca buku untuk kelas seterusnya sambil menunggu guru masuk.

Yang lain cuma meletakkan buku menampilkan bab yang akan guru matapelajaran seterusnya mengajar di atas meja tanpa ada niat membaca.

"Wei cikgu datang! Simpan telefon korang" Jerit ketua kelas mereka bernama Yoon Jaehyuk dengan cepat menyimpan iPhone 13 nya di laci meja.

Seluruh kelas dengan segera kembali ke tempat masing-masing dan duduk dengan tenang sambil membaca buku.

Ekhem-

Pembetulan, merenung buku.

Tak lama kemudian, seorang guru wanita yang berusia sekitar 30-an masuk ke dalam kelas dengan muka datar. Aura yang beliau keluar membuatkan seluruh kelas merasa tidak senang duduk.

"Selamat pagi cikgu" ucap jaehyuk selaku ketua kelas dan diikuti seluruh kelas.

"Jangan duduk lagi"

Guru bermuka datar yang diberi nama Kristal Jung itu melarang semua anak muridnya duduk. Beliau memandang wajah setiap seorang muridnya.

Sehingga pandangannya tepat ke arah Jiyu yang duduk di tempat duduk belakang. Jiyu yang merasa diperhatikan hanya menundukkan kepalanya. Tatapan yang si guru layangkan membuatnya gelisah.

"Semalam result sem 1 keluar kan?" Tanya Kristal kepada semua anak muridnya.

"YA" dan dibalas serentak oleh mereka.

"Macam mana result? Puas hati? Tadi saya tengok siap ada yang main telefon lagi macam result tu 4 Flat"

Kristal mengeluarkan sesuatu dari fail yang dibawanya. Itu mesti slip untuk keputusan peperiksaan semesta 1. Satu kelas sudah merasa gelisah.

"Saya dah cakap dari awal kan fokus kan bab 4 dulu. Hafal betul-betul masyarakat industri. Soalan senang kot takkan tak boleh jawab. Duduk form 6 ni mana boleh main-main. Form 6 ni tak sama level dengan SPM dulu. Dah namanya pun Sijil Tinggi takkan itu pun tak faham. Ni ada lagi yang 0P dan 1P. Trial haritu pun 0P. Takde peningkatan langsung..."

"Nak surat berhenti tak? Kalau tak boleh bawak berhenti je. Kalau berusaha sungguh-sungguh mesti boleh lulus. Ni dah lah pemalas, kerja pun tak siap, lulus pun entah ke mana. Saya taknak mengajar orang pemalas ni. Kalau rajin tapi lemah saya okay. Dia berusaha nak berjaya. Tapi yang lemah tapi pemalas ni baik berhenti je..."

"Ada sesiapa yang kena paksa ke masuk f6 ni? Kalau ada biar saya call parents. Saya tolong cakapkan. Anak lemah, tak boleh bawak tapi stay f6 jugak"

"....."

"Yuri, kamu belajar tak?"

Yuri menggelengkan kepalanya.

"Patut dapat F. Memang itu yang layak kamu dapat. Dah tau lemah tapi taknak belajar. Ingat otak tu komputer ke boleh scan je semua maklumat. Berhenti je lah. Lagi sikit lagi bagus kelas ni. Saya nak mengajar mana yang nak berjaya je. Kelas ni paling ramai sepatutnya kena lah lebih dari kelas lain"

"Chaehyun kamu hafal sampai tema berapa?"

" tema 1 tapi baru bab 4"

Chaehyun menjawab pertanyaan Kristal dengan mata berair.

[𝙊𝙂] 𝙏𝙊𝙓𝙄𝘾 𝘾𝙄𝙍𝘾𝙇𝙀Where stories live. Discover now