🦋❝𝙋𝙖𝙧𝙩 45 ᵕ̈ ೫˚∗:

16 3 0
                                    

This is a new part for you: jyj98_ THEDREAMVERSE

Di suatu tempat, semua ahli BPP serta guru penasihat sedang menjalankan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan majlis yang sesuai untuk menyambut pelajar tingkatan enam atas sebelum mereka meninggalkan sekolah itu.

"Sesiapa ada cadangan untuk majlis yang sesuai kita buat untuk tingkatan enam atas?"

Kim seongsaengnim memberi pertanyaan kepada semua ahli-ahli BPP yang berada di hadapannya.

"Apa kata kita buat annual dinner macam sebelum ni tapi tahun ni kita buat lain sikit"

Seorang pelajar perempuan bernama Naoi Rei mengemukakan cadangannya dengan lantang dan jelas.

"Lain macam mana tu?"

Seorang pelajar lelaki bernama Yang Jungwon bertanya dengan bingung.

"Kalau sebelum ni kita buat annual dinner biasa je kan? Jadi untuk tahun ni kita gabungkan acara dinner dan prom night. Untuk acara pertama kita buat acara annual dinner. Nanti kita decided lah dekat dinner tu nak buat dekat mana. Kalau prom night kita boleh pakai dewan sekolah"

Rei mengemukakan idea nya lagi.

"Aku rasa dinner kita boleh buat dekat tempat letak kereta cikgu. Lepastu dah habis acara dinner, kita pindahkan diorang dekat dewan untuk acara promosi night pulak"

Kim Sunoo memberi cadangannya pula.

"Idea yang bagus tu. Nanti aktiviti untuk prom night kita buat lah video khas untuk diorang dan kita tayangkan dekat dewan nanti"

Setelah lama berdiam diri, seorang remaja lelaki berambut light brown membuka mulutnya. Panggil saja Inhong. Lee Inhong.

"Lepastu kita buat cabutan bertuah! Selain tu, kita boleh buat pertandingan. Macam pertandingan outfit terbaik ke, anugerah couple of the year ke. Last sekali kita akan pilih King & Queen Of Prom Night. Setuju tak?" Cadang Rei.

"Aku sokong!" Ucap Jungwon.

"Bagus idea kau! Sangat bernas!" Balas Sunoo.

"Jadi semua setuju dengan idea Rei, Inhong dan Sunoo? Ada sesiapa nak bagi cadangan lain?"

"TAKDE SAEM!" jawab Karina.

"SAYA SUKA IDEA DIORANG SAEM!" Balas Yeji

"MESTI GEMPAK PUNYA ACARA TU NANTI" jawab Ryujin.

"Baiklah kalau macam tu saya tutup cadangan ni. Kita dah boleh dah buat kertas kerja dan decide tarikh yang sesuai nak buat. Saya rasa kita buat lepas ujian semesta 1 habis lah. Tak cepat tak lambat"

Semua ahli BPP mendengar taklimat yang diberikan oleh Kim seongsaengnim.

Sesekali mereka mencatat sesuatu informasi penting yang diberi oleh guru penasihat itu.

"Sampai sini sahaja mesyuarat kita pada kali ini. Semua boleh bersurai"

Kim seongsaengnim melangkah keluar dari bilik mesyuarat setelah mengemas semua barangannya.

Pada malam itu, grup WhatsApp untuk pelajar tingkatan enam atas sedang heboh setelah Rei, selaku Setiausaha Badan Perwakilan Pelajar memberi pengumuman.

Pada malam itu, grup WhatsApp untuk pelajar tingkatan enam atas sedang heboh setelah Rei, selaku Setiausaha Badan Perwakilan Pelajar memberi pengumuman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[𝙊𝙂] 𝙏𝙊𝙓𝙄𝘾 𝘾𝙄𝙍𝘾𝙇𝙀Where stories live. Discover now