🦋❝𝙋𝙖𝙧𝙩 42 ᵕ̈ ೫˚∗:

9 3 0
                                    

This is a new part for you: jyj98_ THEDREAMVERSE

Kini, kesepuluh sahabat itu sudah selamat sampai di rumah Hantu yang terdapat di Lost World of T*mbun. Di sana terdapat lorong untuk para pengunjung beratur untuk menunggu giliran masuk rumah hantu tersebut.

Rumah hantu pertama yang akan mereka masuk bernama 'Reapers Passage'.

"Memandangkan kita ada sepuluh orang jadi kita main lat ta li lat ta li tam plom untuk build team"" cadang Yoshi.

"Okay!" jawab semua.

Semua bersetuju dengan cadangan tersebut.

"Aku harap Yoshi masuk team aku!" Kata Jihoon yakin.

"Cuba bayangkan kalau Jiyu dan Yoshi satu team dan lagi satu team tu semua yang penakut mesti legend hahaha" ucap Junkyu.

"Aku doa harapan kau tak termakbul" sampuk Hyunsuk.

Kesepuluh remaja tersebut memulakan permainan itu untuk menentukan ahli untuk setiap kumpulan. Hasilnya, Jiyu, Haruto, Jihoon, Jeongwoo dan Hyunsuk satu kumpulan. Junkyu, Yuri, Chaehyun, Yeoreum dan Yoshi satu kumpulan.

"Apahal yang penakut semua masuk kumpulan satu" ucap Yoshi.

"Adik boleh ke handle diorang tu? Yang dekat situ semuanya penakut" ejek Junkyu.

Jiyu melihat wajah satu persatu rakan sekumpulan nya lalu menghela nafas. Makin bertambah kerja nya pulak untuk menjaga anak orang daripada manusia bertopengkan syaitan di dalam.

"Aku tak takut eh! Kalau aku nampak hantu tu, aku tumbuk je" ucap Jihoon.

"Okey nanti kau duduk depan. Kau kan lagi tua" ucap Jeongwoo.

"Eh asal aku pulak?! Hyunsuk tu ada. Dia lagi tua dari aku. Suruh dia duduk depan" tolak Jihoon.

"Ah takde takde. Aku taknak duduk depan. Suruh ruto duduk depan. Dia tinggi"

Hyunsuk dengan segera menyorok di belakang Jiyu yang badannya lebih mungil daripada dirinya.

'Tak sedar diri betul'

"SHIREO! Aku taknak duduk depan walaupun korang bagi aku 1 juta" tolak Haruto.

"Alooo kita berpisah dengan Jiyu"

Chaehyun melihat Jiyu yang berdiri di hadapan sedih kerana mereka tidak berada di dalam satu kumpulan yang sama.

"Tak payah sedih lah. Kejap lagi jumpa balik" balas Yuri.

"Alaaa kita berpisah dengan ayang" rungut Haruto.

"Diam lah to. Jijik aku dengar" sindir Yeoreum.

Setelah mendengar itu, Haruto memandang Yeoreum sinis.

"Adik okay kalau sorang je perempuan? Atau adik nak salah sorang kawan adik teman adik dalam kumpulan?" Soal Junkyu.

Dirinya risau jika adik perempuannya tidak selesa kerana si mungil seorang sahaja berjantina perempuan di sana.

"Bagus kau tanya tu hyung. Hyun kau tukar tempat dengan aku. Aku nak satu kumpulan dengan ayang aku. Syuhh! Syuhh! Orang single pergi sana" usir Haruto.

Chaehyun dengan perasaan kesal segera berpindah tempat dan menyertai kumpulan satu iaitu kumpulan Jiyu.

"Hyun doa kan korang putus tak lama lagi baru tau!" Geram Chaehyun.

Jiyu terkekeh lalu menepuk-nepuk bahu gadis tinggi di sebelahnya setelah mendengar sumpahan seorang Yoon Chaehyun.

"E-eh janganlah macam t-tu! Aku tak boleh hidup tanpa bebeb aku hiks"

[𝙊𝙂] 𝙏𝙊𝙓𝙄𝘾 𝘾𝙄𝙍𝘾𝙇𝙀Where stories live. Discover now