🊋❝𝙋𝙖𝙧𝙩 32 ᵕ̈ ೫˚∗:

26 4 18
                                    

This is a new part for you: jyj98_ THEDREAMVERSE

"Untuk aktiviti KOKO hari ini saya nak kamu semua penuhkan papan kenyataan mengikut persatuan dan permainan masing-masing. Asingkan enam rendah sebelah kanan dan enam atas sebelah kiri. Pandai-pandai lah awak semua nak isi apa. Yang pasti kena ada carta organisasi dan maklumat mengenai persatuan dan permainan masing-masing. Saya bagi masa dari pukul 8 pagi sampai pukul 10 pagi. Sebelum rehat semua kena siap. Faham?" Arah Oh seongsaengnim.

"FAHAM!" jawab semua pelajar tingkatan enam.

"Kalau dah faham, semua boleh bersurai mengikut persatuan dan permainan masing-masing" pinta Oh seongsaengnim lagi.

Satu persatu barisan mengikut kelas pun beredar dan berkumpul mengikut persatuan dan permainan masing-masing.

"Jiyu kau Naib Pengerusi untuk kelab taekwondo kan?" Tanya Mina.

Kini Jiyu dan ahli kelab Bahasa Korea sedang berkumpul di kelas 6A-3(2).

"Haah. Kenapa?" Balas Jiyu yang sedang sibuk mengeluarkan semua pen berwarna milik Chaehyun.

"Tadi si junghwan cari kau. Dia nak bagi buku kehadiran untuk kelab permainan korang" jawab Mina.

"Dia dekat mana sekarang?" Soal Jiyu.

"Dekat kelas 6A-2(2). Dekat situ budak kelab Bahasa Inggeris berkumpul. Kau pergi lah sana mintak dekat Junghwan buku tu. Kalau dia pegang lama-lama memang hilang lah jawabnya buku kelab korang" balas Mina lagi sekali.

"Aish aku malas betul nak bangun pergi kelas sebelah" Rungut Jiyu lalu bangun dari duduknya.

"Malas malas tapi bangun jugak" sindir Mina lalu keluar dari kelas tersebut setelah mengambil kotak pensil nya.

"Jiyu, nak Hyun teman tak?" Tawar Chaehyun.

"Tak payah. Aku pergi sendiri. Korang buatlah dulu carta Organisasi kelab persatuan kita tu. Aku pergi ambil buku kehadiran dekat Junghwan kejap" ujar Jiyu.

Sepasang kaki pendek itu pun melangkah dengan lebar keluar dari kelas 6A-3(2) dan menuju ke kelas sebelah iaitu kelas 6A-2(2).

TOK! TOK! TOK!

Suara ketukan pintu yang bergema di penjuru kelas itu menarik perhatian semua penghuni di dalam kelas tersebut. Jiyu menampilkan wajah datarnya setelah mendapati semua pasang mata di dalam kelas 6A-3(2) tertumpu padanya.

"PIWEEEETTT ADA AYANG LAH"

Seorang pelajar lelaki yang memiliki eye smile menjerit sehingga suaranya menggema ke seluruh penjuru kelas. Panggil sahaja dia Junseok. Lelaki itu memukul-mukul bahu Jeongwoo teruja.

"EH JIYU~ KENAPA DATANG SINI? NAK JUMPA ABE JEONGWOO KE?" Heboh Heeseung.

"WEI JEONGWOO TU PUJAAN HATI KAU NAK JUMPA TU!" Pekik Rakwon.

"AYANG AKU MANA WOII?! AKU NAK JUMPA AYANG AKU JUGAK" rengek Haruto.

Jeongwoo yang sedari tadi sibuk dengan kertas di hadapannya pun menoleh ke arah pintu kelasnya. Jiyu melangkah masuk dan berjalan menuju ke arah sekumpulan remaja lelaki yang sedang berkumpul di meja belakang kelas.

"Kau buat apa dekat sini Jiyu?" Tanya Jeongwoo.

Jiyu mengabaikan pertanyaan Jeongwoo lalu tangan kananya terhulur ke arah Junghwan yang sibuk mewarna sesuatu di atas kertas.

Hyunjun yang peka pun dengan segera menyiku lengan Junghwan yang masih sibuk dengan aktiviti mewarnanya.

"WHAT THE FU- Eh jiyu~? Buat apa dekat sini?"

[𝙊𝙂] 𝙏𝙊𝙓𝙄𝘟 𝘟𝙄𝙍𝘟𝙇𝙀Kde ÅŸijí příběhy. Začni objevovat