🦋❝𝙋𝙖𝙧𝙩 46 ᵕ̈ ೫˚∗:

6 1 0
                                    

This is a new part for you: jyj98_ THEDREAMVERSE

"Ji, aku panas betul dengan perangai si budak belakang ni. Aku suruh dia print kerja kursus kita untuk bagi Kim saem check hari ni lepastu suruh saem proceed tapi DIA TAK PRINT WEI!! URGHHH GERAMNYA AKU"

Jiyu baru sahaja masuk ke kelas dengan beg sekolah digalas di bahunya pun terheran-heran dengan tingkah Yuri yang sudah naik angin di pagi hari.

"Calm down bestie~ kalau yer pun nak luahan perasaan bagi aku duduk dulu"

Gadis mungil itu dengan segera duduk di kerusi lalu beg sekolah berwarna hitam miliknya diletakkan di atas meja.

"Haaa apa ceritanya ni? Kenapa lagi dengan budak tu?" Soal Jiyu.

Yuri menarik nafas sebelum mengeluarkan semua amarah yang telah dipendam sejak malam semalam.

"Aku suruh Yeoreum print kerja kursus kita untuk bagi Kim saem check hari ni. Kalau saem dah kata okay boleh suruh saem proceed terus dan kita tinggal binding dan buat slide untuk pembentangan tapi MASALAHNYA DIA TAK PRINT WEI. BERBUIH MULUT AKU INGATKAN DIA. Bila aku tanya dia dengan santuy nya balas alamak Yuri aku lupa lah nak print. Printer kawan aku rosak. Itu je alasan dia"

Jiyu menghela nafas kasar. Ini bukan kali pertama gadis itu buat perangai sebegini. Makin menjadi-jadi pula perangai si Yeoreum ni. Haritu dah ditegur tapi main left-left group pulak.

"Takpelah kau tolong print kan boleh? Kita hantar minggu depan hari Isnin. Nanti waktu bm aku cakap dekat saem yang kita tak bawak kerja kursus tu" Ucap Jiyu.

Yuri mengangguk.

"Boleh wei. Kalah nak tunggu dia memang lambat lah. Sebelum dia sendiri mengaku dekat aku yang dia mintak tolong kawan dia Karina kelas 6A-3(2) tu untuk print. Aku saje tanya dia bayar tak lepastu dengan slumber badak sumbu dia kata tak bayar sebab Karina tak mintak pun. Eyyy aku sikit lagi nak tegur dia direct tapi cepat-cepat aku tahan"

"Dia ni hidup takde common sense ke? Takkan benda basikal pun nak kena ajar? Ink printer tu bukan beli pakai air liur. Kau ludah je dekat orang tu terus dapat ink Printer. Kalau murah takpe jugak" bebel Jiyu.

Gadis mungil berkulit putih itu sudah menggelengkan kepalanya kerana tak habis fikir dengan perangai manusia yang bernama Lee Yeoreum.

"Ink printer dah lah mahal. Lagi-lagi yang ink berwarna tu. Memang lah Karina tak cakap apa-apa, tapi kau boleh fikir sendiri kan?" Timpal Yuri.

"Kenapa tak pergi je kedai fotostat? Tak payah bagi alasan dekat aku rumah kau jauh. KKau tumpang Karina kan, kau boleh je kau cakap dekat Karina masa otw nak balik rumah tu, tolong singgah sekejap dekat kedai fotostat untuk print kerja kursus bm. Dia mesti faham punya. Kalau pasal duit, kenapa tak mintak je kitaorang duit. Kumpul sorang sikit tu untuk print. Kalau tak boleh print cakap tak boleh. Tak payah Iya Iya kan je. Hidup ni penuh alasan je. Kalau tak menyusahkan orang takpe" ujar Jiyu kesal.

Hari semakin berlalu dan waktu yang dinanti-nantikan oleh para pelajar pun sudah tiba. Cuti sekolah akan bermula selama seminggu bermula pada hari Sabtu minggu ini.

 Cuti sekolah akan bermula selama seminggu bermula pada hari Sabtu minggu ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 17, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[𝙊𝙂] 𝙏𝙊𝙓𝙄𝘾 𝘾𝙄𝙍𝘾𝙇𝙀Where stories live. Discover now