🦋❝𝙋𝙖𝙧𝙩 38 ᵕ̈ ೫˚∗:

20 4 10
                                    

This is a new part for you:

Kini, dewan mewah yang sangat luas itu sudah dipenuhi dengan pelajar tingkatan enam sekolah YG Highschool. Suasana di sana sangatlah meriah dengan perbualan semua murid dan juga guru-guru tingkatan enam.

Di sana terdapat juga lautan manusia yang memakai pakaian yang memiliki pelbagai jenis warna seperti hitam, putih, merah jambu, biru, hijau dan lain-lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di sana terdapat juga lautan manusia yang memakai pakaian yang memiliki pelbagai jenis warna seperti hitam, putih, merah jambu, biru, hijau dan lain-lain.

Para pelajar sudah duduk di kerusi mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh guru-guru. Sebelum majlis dimulakan, Jungkook selaku guru yang bertugas untuk menjadi cameraman dalam menyiarkan majlis graduasi secara langsung di akaun youtube sekolah dengan sengaja mengeshoot secara random wajah-wajah pelajar yang sedang menunggu majlis dimulakan.

Pelbagai gelagat pelajar yang dapat mereka lihat melalu skrin besar yang terdapat di dewan hotel itu.

Jungkook menghalakan lengan kamera ke arah keita yang sedang memegang telefonnya lalu dihalakan ke arah kamera.

Di skrin telefon tersebut terpapar sepotong ayat 'Bila majlis nak mula, saya dah lapar ni saem' yang bergerak . Aksi itu mengundang tawa semua orang.

"Terazono keita sila tahan perut awak sikit lagi. Selepas majlis ni kita akan makan. Awak jangan risau. Saya dan cikgu-cikgu awak takkan biarkan awak semua pulang dalam keadaan yang lapar"

Teguran yugyeom membuatkan semua pelajar tertawa kepada keita yang sudah malu.

"BAIK SAEM" Jerit keita.

Ada juga tingkah pelajar yang sudah terlelap kerana majlis masih tidak bermula sejak tadi.

"Wei hwan! Muka kau masuk kamera woi"

Hyunjun menyiku lengan Junghwan yang sudah terlelap di sebelahnya. Junghwan yang merasa terganggu pun dengan segera bangun. Wajah nya yang baru bangun tidur telah tertangkap oleh kamera.

"So junghwan sila bangun dari mimpi Indah anda"

Yugyeom berucap menggunakan mikrofon di tangan kanannya.

Junghwan yang menyedari wajah bangun tidurnya terakam oleh kamera dengan segera menyembunyikan wajahnya di belakang

"AHAHAHAHAHAHAHAHA"

"Habislah muka kau hwan, yang tengok live dekat rumah semua gelak" ejek Juseok.

"Diamlah hanat! Aku malu ni" maki Junghwan yang masih menyorok di belakang Hyunjun.

Selain itu, kamera tersebut juga merekam pelajar perempuan yang duduk di belakang.

"Hyun, kamera rakam muka hyun" tegur shuhua.

Chaehyun yang sedang fokus berborak dengan Yuri pun dengan segera menoleh ke arah kiri. Seketika suara sorakan pelajar menggema.

Gadis itu merasa malu kerana wajahnya terakam kamera.

[𝙊𝙂] 𝙏𝙊𝙓𝙄𝘾 𝘾𝙄𝙍𝘾𝙇𝙀Where stories live. Discover now