A D Z R I E L | 3

10.7K 604 39
                                    

     BEBERAPA saat berlalu. Sunyi melanda di antara mereka. Adzriel masih tidak berkelip mata merenung ke dalam iris mata coklat cair itu. Terkelip sekali mata gadis itu bersama bulu mata yang melentik cantik. Dan saat itu, entah kenapa jantung Adzriel seakan berdegup laju.

     'Bidadari mana ni, Ya Allah? Aku cair! Sumpah, aku cair!' Adzriel mengetap bibir. Geram pula lihat iris coklat cair itu sedang merenungnya dalam.

     Tudung bawal merah jambu cair yang melilit melitupi kepala gadis itu mengerbang dibelai angin. Dan itu menambahkan lagi kecantikan gadis di hadapannya ini.

     Naaila yang masih kaku itu kekal merenung anak mata milik Adzriel. Mulutnya sedikit melopong. Entah terkejut sebab salah orang, atau terkejut kerana bidadara kiriman Tuhan mana yang berada di hadapannya ini.

     Bidadara? Ya! Bidadara ini seakan-akan dihantar dari syurga. Mata jejaka itu sangat redup sehingga jiwa Naaila disentuh ketenangan. Sehingga dia sendiri tidak ingin melarikan pandangan daripada mata jejaka itu.

     'Dia ni memang nak peluk aku sampai subuh ke?' Adzriel menelan liur. Rambutnya yang beralun itu mengerbang ditiup angin.

     'Tuhan, redupnya mata dia. Tenangnya bila lihat.' Kata-kata itu hanya bergema di dalam hati Naaila.

     Eh, Ya Allah! Seakan-akan baru bangkit daripada mimpi, Naaila baru tersedar kedua-dua tangannya masih melingkar erat di pinggang lelaki itu. Terus dia membeliakkan mata lalu tangannya ditarik melepaskan dakapan. Naaila menoleh ke sisi sambil menggigit bibir. Mata dipejam. Pipinya terasa hangat. Malu!

     "Kau kenapa peluk aku ni? Kau siapa?" nada suara Adzriel sedikit tinggi. Saja. Hanya ingin menutup debaran yang melanda di dada. Padahal mata tak berkelip langsung tengok wajah gadis itu. Muka pula sengaja dikerut garang.

     Soalan itu membuatkan Naaila menoleh ke hadapan. Terbulat matanya mendengar nada suara itu. Amboi, kasar nampak? Oh, orang KL! Patutlah tak pernah nampak muka dia langsung kat kampung ni. Lagipun, tak dengar langsung loghat Terengganu yang terbit dari bibirnya.

     "Eh, dia yang terpacak depan rumah kita, dia pulak yang tanya kita siapa," Naaila mengerutkan kening. Adzriel di hadapannya itu dipandang atas bawah. Hmm, hensem betul mamat ni. Siapa lah dia ni agaknya?

     Mendengar jawapan Naaila, giliran Adzriel pula yang terbulat mata. Eh, nak main kasar jugak? Nada suara macam memerli pun ada. Eh perempuan ni sindir aku ke? Dia yang tiba-tiba datang peluk, aku pulak yang kena?

     "Tak, tak. Kau tu dah kenapa gatal sangat tiba-tiba peluk aku macam orang miang?" Ha! Amek kau! Lagipun betul apa? Orang gila je peluk stranger tiba-tiba.

     Tapi kan, hmm... Adzriel memandang gadis itu dari atas sampai bawah. Bibirnya kelihatan terherot-berot sebelum matanya kembali terangkat memandang wajah gadis itu. Cantik. Siapa kau ni eh?

     Oh, nak berdebat dengan aku ya, orang KL ni? Hei, ni Naaila Malaiqa lah! Dia sendiri pernah belajar 2 tahun di Universiti Malaya dulu di Kuala Lumpur. Apa ingat dia tidak boleh faham bahasa KL ke?

     "Hei, suka hati je panggil orang miang. Yang kau ni, kenapa berdiri depan rumah aku? Kau nak skodeng siapa? Jangan cakap kau nak skodeng mak aku? Orang gila je taste dia mak orang. Mak aku tak ada siapa boleh sentuh ya!"

     Fuh! Setepek dia bagi mat! Terkelip-kelip mata Adzriel dibuatnya. Mulut pula separa terbuka tidak percaya. Biar betul? Serius lah dia kena tuduh nak rembat mak orang?

     'Baik aku rembat kau sebelum aku kena rembat dengan si Lan sebab aku rembat mak dia!' Tak mampu diluahkan oleh Adzriel.

     "Aku..."

𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | CМесто, где живут истории. Откройте их для себя