A D Z R I E L | 36

5.2K 304 16
                                    

     "GOOD morning, abang," ucap Naaila selepas mengatup pintu bilik. Bangun pagi tadi Adzriel masih enak lena berlayar di alam mimpi. Waktu subuh tadi, Adzriel sendiri yang kejutkan dia untuk solat subuh berjemaah. Selepas mereka solat sama-sama, langsung Adzriel sambung lenanya.

     Fikir Naaila, Adzriel sudah okey dengan apa yang jadi dan lupakan semuanya. Namun sangkaannya meleset sekali apabila Adzriel sekarang ini tidak membalas sapaannya. Suaminya itu ralit membetulkan kolar baju T nya di hadapan cermin.

     "Hmm." Hanya itu yang dibalas oleh Adzriel. Sekadar jawab acuh tak acuh.

     Naaila mengetap bibir. Okey, sesi memujuk! Langsung Naaila menapak mendekati suaminya yang masih ralit membetulkan kolar baju.

     "Naaila buatkan." Naaila mencapai kolar baju Adzriel, membantutkan tindakan Adzriel. Tubuh Adzriel diputar menghadapnya.

     Adzriel sekadar merenung wajah Naaila yang sibuk membetulkan kolar bajunya. Menyedari dirinya seperti diperhatikan, anak mata Naaila terangkat, membalas renungan milik Adzriel. Terus Naaila menyimpul senyum manis.

     Gulp! Adzriel menelan liur sendiri. Terus dia menoleh ke arah lain sambil berdehem. Dalam hati sudah berbunga-bunga melihat Naaila yang berusaha cuba memujuknya. Namun sengaja dia ingin merajuk lebih lama. Nak lihat sejauh mana Naaila akan pujuknya.

     "Handsome suami Naaila hari ni. Nak pergi mana?" soal Naaila dalam nada yang menggoda. Sengaja! Rambut Adzriel yang jatuh di dahi diusap lembut.

     Ya Tuhan! Kuatkan iman aku! Tolonglah! Adzriel menggenggam penumbuk erat, cuba menahan diri. Sabar, Adzriel. Bawa bersabar. Kau tengah merajuk sekarang ni!

     "Kerja." Sepatah saja Adzriel menjawabnya. Walaupun suaranya kedengaran beku, nadanya masih lembut.

     Tersenyum Naaila yang mendengarnya. Serta-merta dia menjingkitkan kaki, lantas pipi suaminya itu dikucup sekali.

     Tersentak Adzriel dibuatnya. Tertelan liur sendiri. Jantungnya berdetak hebat. Terkedu Adzriel sambil tidak berkelip memandang Naaila yang sudah melemparkan senyuman kepadanya.

     "Naaila dah siapkan sarapan. Nanti keluar makan tau? Naaila tunggu..." Sengaja Naaila meleretkan suaranya. Biar gugat iman suami aku! Merajuk lagi kan? Ha ambik kau!

     Terus Naaila melangkah keluar dari bilik. Sebelum dia menutup pintu, sempat dia mengenyitkan mata terhadap Adzriel. Terus pintu bilik dikatup.

     Fuh! Adzriel menghelakan nafas lega. Langsung tubuhnya hilang imbangan. Sebelum sempat tubuhnya longlai jatuh ke bawah, tangan Adzriel memaut dinding, menahan tubuhnya jatuh. Ya Allah Naaila, memang tahu kan macam mana nak cairkan abang?

     Adzriel menegakkan tubuh semula. Dia berdehem sebelum baju yang tersemat kemas di tubuh dibetulkan. Dia memejam mata sekejap. Cuba menenangkan diri dan ritma jantung yang berdetak laju.

     "Okey, Riel. You can do this!"

     Sebaik sahaja melihat kelibat sang suami yang memunculkan diri di meja makan, terus Naaila menggamit Adzriel untuk duduk. Lengan suaminya ditarik lembut sebelum tubuh Adzriel didudukkan ke atas kerusi.

     Adzriel terpinga-pinga. Mata sekadar memerhati tindak-tanduk isterinya yang menciduk nasi goreng ke dalam pinggan.

     Naaila tersenyum simpul. Selesai mengisi pinggan dengan nasi goreng, terus dia maju ke arah Adzriel. Tidak letak langsung pinggan itu di hadapan Adzriel dan masih erat memegangnya.

     "Let me feed you," ujar Naaila sambil menyimpul senyum. Dia harus memujuk suaminya. Sebab itulah awal-awal lagi dia minta Aqlan bawa Afina dan mak sarapan di luar. Aqlan yang seakan-akan memahami, tidak terkata apa. Tahu Naaila perlukan ruang untuk mengubati hati Adzriel.

𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | CWhere stories live. Discover now