A D Z R I E L | 54

5.3K 331 15
                                    

     KECOH sehingga ke Buletin Utama mengenai kes Zareel dan Afina yang ditarik hukumannya kerana sehelai surat rayuan. Masih kekal misteri sehingga hari ini setelah empat hari berlalu tentang siapa yang menulis surat rayuan tersebut. Buat sementara, mak ajak Zareel duduk di rumah mereka. Alang-alang Zareef dah menumpang sekali.

     Rumah mereka yang sebelum ini sunyi sepi sejak ketiadaan Adzriel, kembali meriah dengan kepulangan Afina. Tambah lagi dengan kehadiran Zareel. Sejak itu, hubungan Zareef, Zareel, Aqlan, Afina dan Naaila semakin rapat. Mak sungguh tersenyum gembira melihat perubahan mereka yang satu itu.

     "Reel! Apa benda ni?! Orang suruh siang ikan guna pisau, bukan lesung!" Suara Aqlan naik dua oktaf di dapur itu. Memerah mukanya bengang melihat Zareel yang terkebil-kebil memegang lesung batu di tangan kanan manakala tangan kirinya seekor ikan siakap. Katanya mahu masak tiga rasa.

     "Lah, chill la. Mana aku tahu macam mana nak siang ikan. Kau suruh aku siang pakai pisau, bukan ajar aku macam mana nak siang dia!" Zareel mencebikkan bibir. Peluh di dahi dilap dengan belakang tapak tangannya. Aduh, banyak bunyi betul la Inspektor Aqlan kita ni! Membebel kalah perempuan!

     "Ha, itu la kau. Zaman sekolah dulu aku nak ajarkan kau tak nak. Sibuk ponteng kelas tambahan. Pergi hisap rokok belakang sekolah." Zareef yang mendengar celoteh mereka berdua tergelak. Dia menggeleng-gelengkan kepala.

     Spontan Zareel menoleh ke belakang. Kisah lalu jangan diungkit la nyah. Matanya menjeling ke arah Zareef yang sedang mengupas kulit bawang putih di meja makan.

     Eee, kacak aje! Tapi tugas kupas kulit bawang. Haha!

     "Bakpe kecoh ni boh?" sampuk Afina yang melangkah masuk ke dalam rumah dengan besen biru di tangan. Jelas kelihatan sayur-sayur bayam yang memenuhi besen itu. Mesti baru lepas periksa kebun sayur mak. Mak pun sedang tanam sayur di luar lagi.

     "Tak tahulah dia orang ni. Bingit betul!" Naaila yang sedang mengacau kari di dalam periuk membebel. Dari tadi Aqlan bising sebab Zareel. Yang Zareel pun, logik akal sikit! Tak pernah dibuat orang lagi siang ikan pakai lesung batu bang oi!

     "Kau cakap siang ikan pakai pisau kena potong bahagian perut dia untuk keluarkan isi dalam. Baik guna lesung batu terus," kata Zareel lagi. Terteleng kepalanya ke kiri sambil membelek-belek ikan siakap di tangannya.

     "Dah apa kehey nya pulok mung nak siang pakey lesung?" Hairan pula Aqlan mendengarnya. Dia bercekak pinggang di sisi Zareel.

     "Daripada susah-susah kena korek isi dalam perut ikan ni, baik kau lesung je dia. Hancur ikan tu, senang isi keluar. Ye dok? Aduh!"

     Zareel menggosok kepala yang diluku kasar oleh Aqlan. Langsung dia menoleh ke arah Aqlan dengan jelingan helang. Sakit gila!

     "Natang ni. Daripada kau lesung ikan tu, baik kau lesung otak sendiri. Dah kalau hancur ikan tu dibuatnya, baik kau buat laksa. Tak payah blend. Free-free aje dah hancur. Bak sini pisau! Aku ajar, mung tengok," kata Aqlan seraya menjeling Zareel. Pisau di sisi Zareel dicapai.

     Zareel terkulat-kulat sendiri. Mulalah acara tutorial menyiang ikan daripada Aqlan.

     Sepanjang sesi pembelajaran siang ikan, Zareel seperti anak murid dan Aqlan seperti guru. Aqlan menerangkan bagaimana perut ikan dipotong terlebih dahulu sebelum korek isinya melalui insang dan menolaknya keluar. Mulut Zareel melopong menandakan dia faham dengan jelas.

     Zareef dan Afina tergelak melihatnya. Tak habis-habis bunyi 'ooo' dari bibir Zareel.

     "Assalamualaikum!"

𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | CWhere stories live. Discover now