A D Z R I E L | 33

5.1K 331 22
                                    

     BIBIR memuncung sedepa. Tak puas hati? Sedih? Kecewa? Ah, semualah! Kening Naaila bertemu merenung skrin telefon pintarnya. Sekejap bibirnya mengherot, sekejap bibirnya memuncung, memang tidak puas hati sekarang ni.

     Dia mengeluh perlahan. Ini Terengganu. Bukan Kuala Lumpur. Kenapa pesta buku kena jauh sangat?!

     Hiks! Naaila rasa nak menangis. Tahun lepas sudahlah dia tak dapat nak pergi pesta buku sebab dia berada di sini. Padahal sudah lama dia menginginkan kakinya ini dijejakkan ke syurga pembaca itu. Dia ingin beli buku dan baca hingga tak ingat dunia. Dia sudah penat buat pre-order. Sekurang-kurangnya promosi ada bila beli di pesta buku berbanding pembelian secara dalam talian.

     Lagi-lagi penulis kegemarannya bakal hadir di sana nanti esok hari. Berganda lagi rasa sedihnya. Naaila melepaskan keluhan lagi. Dia membaringkan sisi kepalanya atas lengannya yang melunjur di atas meja makan itu.

     Jam di dinding dilirik. Pukul lima petang. Nanti mesti Adzriel balik dari balai, bersama dengan Aqlan. Dia kena masak makan malam.

     "Mung ni bakpe Naaila? Dari tadi dok keluh." Mak menegur seraya mengambil tempat di hadapan Naaila. Pelik pula dengan sikap anak perempuannya ini.

      Sememangnya dari tadi dia perasan skrin telefon anaknya itu memaparkan poster pesta buku yang terletak di Kuala Lumpur. Anak sendiri. Mestilah dia tahu Naaila itu kaki buku. Dan bukannya dia tak tahu Naaila kecewa tak dapat ke sana.

     Kenapa? Pesta buku je pun? Hanya pembaca yang faham.

     Naaila melakar senyuman. "Tak ada apa, mak. Ni, mak nak makan apa? Naaila nak masak makan malam nanti. Sekali untuk Riel dengan abang Lan."

     Mak tersenyum. "Riel telefon mak tadi, kabo dah beli makan malam. Naaila tak payah masak."

     Lah? Terkelip-kelip Naaila dibuatnya. Haih Adzriel ni.

     "Ha, memang tak payah masak. Riel dah beli semua."

     Satu suara menyentakkan Naaila dengan mak. Serentak mereka berdua menoleh ke belakang. Pandangan mereka bertemu dengan Adzriel yang sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk. Dia mendekati mereka dengam sebungkus plastik bersaiz sederhana di tangan.

     Plastik itu diletakkan atas meja. Bau enak makanan itu menyebabkan Naaila terkecur liur. Dari bau ini dia sudah dapat cam.

     Nasi dagang! Hiks, sedapnya bau!!

     "Nah, untuk Naaila," ujar Adzriel sebelum meletakkan satu lagi plastik bersaiz kecil di hadapan Naaila.

     "Apa ni?" Naaila menjenguk isi plastik tersebut. Woah, ayam Korea ku!

     Ini yang buat dia semakin sayang dengan Adzriel! Adzriel kalau nak beli makan, suaminya itu takkan pernah lupa kegemarannya yang satu itu. Tapi sudah tentu, ada batas masanya. Kadang-kadang jika seminggu itu dia teringin nak makan ayam Korea tiga kali, Adzriel akan menasihatinya. Tak boleh makan banyak sangat. Sekurang-kurangnya sebulan dua kali sahaja. Lagipun tidak sihat makanan itu.

     Naaila tersengih hingga menampakkan gusinya. "Terima kasih, abang."

     "Mestilah. Untuk isteri ab- Hmph!" Adzriel mengerutkan dahi bila seketul ayam Korea yang kecil disumbatkan dalam mulutnya.

     Aqlan merengus. Puas hati dia!

     "Ambik kau! Tak payah nak bersawit kat sini lah. Aku dengan mak ada kat sini," kata Aqlan sambil menjulingkan mata ke atas.

     "Mak ni dah pernah bercinta. Lagipun umur pun dah tua dah. Mung tu la, Lan. Bila nak ada?" perli mak sambil tersenyum sumbing.

     "Makkk...." Aqlan memuncungkan mulut. Ish, semua tak menyebelahi dia! Tunggulah dia ada nanti, memang dia tayang kat Buletin Utama!

𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | CWhere stories live. Discover now