A D Z R I E L | 56

6K 314 23
                                    

     "KAU..."

     Laju Aqlan memeluk tubuh Adzriel, membuatkan seluruh tubuh Adzriel kaku. Aqlan mengalirkan air matanya setitis. Bahu sahabatnya itu ditepuk sekali.

     "Kau... memang kawan tak guna! Kau pergi mana selama ni, kerbau? Aku rindu kau tahu tak?" Aqlan menghamburkan rasa di bahu Adzriel. Dah kenapa dia rasakan tubuh Adzriel semakin tegap? Selama setahun Adzriel menghilang ni buat perkelahan dekat gim ke?

     Adzriel menepuk dahi sendiri. Dia pula yang malu dengan sikap Aqlan sekarang.

     "Aku ada je bernafas kat bumi ni. Mana ada aku pindah pergi planet Zuhrah. Dah, oi! Sudah! Geli!" Adzriel menggeletiskan tubuh, cuba melonggarkan pelukan Aqlan.

     "Aku kisah apa kau geli ke apa? Kau tahu tak, bosan betul hidup aku masa kau tak ada. Aku tak ada partner nak siapkan kerja kat balai. Terkontang-kanting aku buat seorang. Bukannya nak datang balai tolong aku. Aduh!" Aqlan menggosok kepalanya yang diluku Adzriel. Terus pelukan terlepas. Dia mendongak sambil berkerut kening memandang Adzriel.

     Adzriel memutarkan bebola matanya. Ish, banyak drama la mamat ni! Ingat ni Akasia TV 3 ke apa?

     "Pergi mana mung Riel? Mak mati-mati ingat mung dah pergi tinggalkan mak," ujar mak perlahan. Berkaca-kaca matanya merenung raut wajah kacak menantunya.

     Adzriel menoleh ke arah mak. Terus dia mencapai tangan mak lalu disalam. "Riel tak pergi jauh pun, mak. Duduk dekat rumah bos Riel je. Sekarang Riel dah balik. Mak jangan risau ya?"

     "Duduk rumah bos? Kau duduk rumah Tuan ke?" sampuk Aqlan sambil mengerutkan dahi sendiri. Macam mana dia boleh tak tahu benda ni?

     Adzriel mengangguk sebelum tersengih sumbing. Terus Aqlan melopongkan mulut. Maksudnya Tuan Azwar bersubahat dengan Adzriel juga selama ni? Wah, bijak betul! Patutlah Tuan Azwar tayang riak selamba ketika pengebumian Adzriel. Pelik juga dia kenapa Tuan Azwar tidak berduka cita dengan pemergian Adzriel dulu.

     Digula-gulakan begitu saja, sobat.

     "Riel..." Zareef langsung mendakap erat tubuh Adzriel. Adzriel hanya diam sambil tersenyum senang.

     "Abang dah agak malam semalam yang datang rumah tu Riel. Sangkaan abang betul. Abang ingat abang mimpi je. Yang pergi lari kenapa?" ujar Zareef sambil melepaskan dakapan. Bahu adiknya itu ditepuk-tepuk perlahan.

     "Habis tu? Takkan Riel nak kantoikan yang Riel masih hidup?" Adzriel menggaru kepala yang tidak gatal.

     Zareef menjeling. Masalahnya kantoi dah pun kan semalam? Masalah betul adik aku ni.

     Rupanya selepas dirawat di hospital setahun lalu, Adzriel dipindahkan ke wad kecemasan setelah nadi jantungnya berhenti. Entah macam mana, masuk sahaja ke wad kecemasan, nadinya berdegup semula. Kuasa Allah. Doktor dan jururawat yang berada di situ menghembuskan nafas lega.

     Ketika itu, apa yang ada di fikiran Adzriel hanyalah Tuan Azwar. Lantas dia menghubungi Tuan Azwar lalu memberitahu tentang keberadaannya di hospital. Apabila Tuan Azwar datang hospital, terus dia menawarkan Adzriel untuk tinggal sementara bersamanya. Dia juga bersetuju dengan cadangan Adzriel untuk palsukan sijil kematian.

     Nasib baik Tuan Azwar jenis memahami. Adzriel sendiri yang mengatakan dia ingin lihat perubahan Afina dan Zareel. Tuan Azwar turut tahu surat rayuan itu ditulis oleh Adzriel sendiri, dibantu seseorang.

     Selama setahun Adzriel tidak pernah sehari pun tidak lawat rumah mak untuk lihat keadaan Naaila. Tidak terlupa juga Aqlan, Afina, Zareel dan Zareef. Secara sembunyi dia lakukan tanpa disedari mereka.

𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | CWhere stories live. Discover now