A D Z R I E L | 20

8.1K 431 15
                                    

FLASH yang terpancar daripada kamera pihak forensik menyilaukan keadaan. Pita kuning turut disita di hadapan pintu masuk bilik 1701 itu. Darah turut mengalir di pintu berwarna putih itu dan dinding di dalam bilik. Seolah-olah terpercik.

Giliran Adzriel untuk memainkan peranan sebagai seorang anggota polis. Mata jejaka itu kekal tajam merenung ke serata penjuru bilik itu. Mayat seorang gadis yang telah terbelah dua dadanya itu kelihatan ditutup seluruh jasadnya menggunakan plastik hitam oleh salah seorang anggota polis. Di sebelah anggota polis itu pula, kelihatan Aqlan sedang berdiri di sisinya sambil berbicara dengan anggota polis itu. Mungkin sedang menyiasat tentang mayat gadis itu. Sudahlah gadis itu dalam keadaan telanjang tanpa seurat benang.

"Tuan Inspektor."

Adzriel tersentak tatkala suara itu menerjah ruang pendengaran. Dia menoleh ke sisi dan mendapati salah seorang anggota polis sudah berdiri di sebelahnya. Terlihat teg nama yang disangkut pada uniform kecil itu. Raziq.

"Kami dah pun periksa kedua-dua mayat mangsa. Mayat wanita dan lelaki ini, kedua-duanya mati dalam keadaan yang sama. Seperti kes-kes sebelum ini yang kita kendalikan, jantung mangsa direntap dan dada terbelah dua," ujar anggota polis bernama Raziq itu.

"Tapi Tuan, untuk kes kali ini, kami jumpa sesuatu." Tangan Raziq yang tersarung kemas sarung tangan getah itu menghulurkan sehelai kertas.

Berkerut dahi Adzriel melihat kertas di tangan Raziq. Dia menyambut huluran Raziq sebelum kertas itu bertukar tangan. Kertas itu sedikit ronyok namun tertera tulisan yang tertulis dengan cecair merah pekat.

Bau hanyir menerobos masuk ke lubang hidung. Adzriel menutup hidungnya. Darah.

Mata Adzriel kemudian bergerak membaca satu perkataan yang tertulis di situ.

SOON

Soon? Maksudnya? Tak lama lagi?

"Riel!"

Adzriel mengangkat wajah ke arah Aqlan yang memberi isyarat tangan supaya datang ke arahnya. Adzriel kemudian mengangguk sekali ke arah Raziq, sebelum langkah diatur ke arah Aqlan yang berdiri di depan cermin meja solek bilik itu.

Sampai sahaja di sisi Aqlan, Adzriel tergamam. Apa yang menjadi lauk di depan mata, buatkan lidahnya kelu untuk mengeluarkan sebarang kata. Meja solek itu diconteng dengan darah.

MATI!

Kemudian mata Adzriel melorot ke bawah, membaca pula satu huruf yang tertera di bawahnya.

Z

Huruf Z. Apa maksud huruf Z?

"Nampak macam pembunuh ni nak beritahu sesuatu dekat kita." Dahi Aqlan jelas berkerut sambil mata tidak berkelip merenung contengan itu.

Adzriel tidak menjawab. Tidak menafikan bahawa memang betul dan tersangat jelas contengan itu menunjukkan bahawa pembunuh itu ingin memberitahu sesuatu.

Z. Hanya satu huruf itu yang terlakar di situ menggunakan darah. Seolah-olah petunjuk. Adakah Z itu melambangkan namanya?

"Kau fikir tak apa aku fikir, Lan?" Adzriel bersuara setelah sekian lama dia mendiamkan diri. Riak wajahnya berubah seakan-akan baru menyedari sesuatu. Anak matanya bergerak ke bawah.

Aqlan tidak menjawab. Hanya menoleh ke arah Adzriel sambil menantikan butir bicara lelaki itu.

"Pembunuh itu tahu yang kita akan datang ke sini. Sebab itu dia tulis semua ni, supaya kita nampak apa yang dia ingin tunjuk." Adzriel menelan liur kejap.

"Dia... nak tunjuk dekat aku, Lan."

"Maksud kau?" tanya Aqlan. Kenapa pula begitu? Petunjuk yang ada sekarang cuma perkataan MATI dan huruf Z sahaja. Bagaimana Adzriel boleh simpulkan bahawa pembunuh itu ingin memberikan petunjuk kepadanya?

𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | CWhere stories live. Discover now