A D Z R I E L | 17

7.4K 499 37
                                    

     TERASA pipinya dielus lembut dengan berus. Naaila sekadar memerhatikan pantulan dirinya melalui cermin. Tubuh sudah siap tersarung dengan gaun putih miliknya. Jari-jemari bermain-main antara satu sama lain. Gemuruh.

     Afina tersenyum puas apabila selesai menyapu blusher pada pipi Naaila. Pipi Naaila kelihatan comel apabila disapu dengan blusher berwarna merah jambu itu. Tangan Afina mencapai pula gincu berwarna merah muda. Penutup gincu itu dibuka lalu dioles pada bibir mungil kakaknya.

    "Siap!" Afina menutup gincu itu. Dia merenung Naaila melalui pantulan cermin. Kedua-dua bahu kakaknya itu dipegang lembut.

     Naaila tersenyum melihat wajahnya melalui cermin itu. Haih, adiknya itu memang pandai solekkan orang. Natural saja solekan dia itu. Tidak terlalu tebal.

     Mata Naaila dipakaikan dengan contact lens berwarna hitam, menyebabkan mata Naaila semakin bulat dan bundar. Comel. Eyeshadow pula berwarna silver dan ada sedikit taburan glitter di situ. Kata Afina, Naaila tidak perlukan bulu mata palsu kerana bulu matanya sudah sedia melentik dan panjang. Semula jadi. Hanya dipakaikan mascara.

     "Pandai Fina makeupkan. Terima kasih," ujar Naaila seraya memusingkan tubuh menghadap Afina. Senyumannya dibalas Afina.

     "Alah, tak boh lah dok terima kasih dengan Fina. Akak tu kakak Fina. Kakak Fina ni nok jadi isteri orang dah," balas Afina. Mulut dicebik manja. Buat-buat menangis.

     Naaila ketawa. Ya, hari ini ialah harinya. Hari yang menjadi bukti dia sah menjadi hak mutlak seorang insan. Adzriel Rafiq Syahputra.

     Dalam masa yang sama, Naaila berdebar. Dalam hati juga tidak percaya dia akan jadi bini orang tak lama lagi. Haih, bersediakah dia untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri?

     Insha Allah, Naaila. Dengan izin Allah, Allah akan permudahkan segalanya. Semoga Allah permudahkan urusan hari ini.

     "Naaila?"

     Naaila dan Afina menoleh ke muka pintu. Kedua-duanya melemparkan senyuman manis buat mak yang turut tersenyum melihat dua anak daranya itu. Mak turut mengenakan baju kurung berwarna putih. Walaupun umurnya menginjak tua, mak kelihatan ayu dalam persalinan kurungnya itu.

     "Naaila..." Mak melangkah ke arah Naaila.

     Naaila yang memahami turut bangun dari kerusi sebelum tubuh mak berada di dalam dakapan. Mak menghamburkan air matanya. Belakang si anak diusap lembut. Afina yang memerhati hanya tersenyum.

     "Moga berkat Allah temani perjalanan hidup kamu, nak. Mak doakan Naaila dan Adzriel yang molek-molek." Mak berbicara dalam esaknya. Bahu Naaila ditolak lembut sekaligus dakapan dileraikan.

     Naaila membalas dengan anggukan. Nak menangis rasanya tapi terpaksa tahan. Rosak pula solekan nanti.

     "Jom, mak, akak. Tetamu dah tunggu tu." Afina berkata seraya melangkah ke arah pintu. Menunggu mak dan Naaila.

     Naaila menarik nafas dalam lalu dihembus perlahan. Mengumpul kekuatan dan cuba menutup gementar.

     Bismillah... Naaila melangkah keluar dari bilik diikuti mak dari belakang.

     Sebaik sahaja tubuh melepasi pintu bilik, terkaku seketika Naaila apabila melihat Adzriel dan Aqlan yang baru sahaja keluar dari bilik di hadapannya. Mak dan Afina memberi isyarat mata kepada Naaila agar cepat sedikit supaya tidak membuat tetamu menunggu lama.

     Aqlan menepuk kejap bahu Adzriel sebelum tersengih penuh makna. Dia yang kelihatan segak dengan baju Melayu putih merenung Naaila sambil memberi isyarat mata. Langkah terus diatur berlalu dari situ, membiarkan saja Adzriel dan Naaila.

𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | CWhere stories live. Discover now