A D Z R I E L | 29

5.7K 361 32
                                    

DAHI berkerut sekejap. Mata terpisat-pisat cuba dibuka apabila terasa mentari yang terpancar masuk melalui tingkap bilik menampar kornea mata. Naaila melindungi mata menggunakan tangannya. Silau.

Terasa mata sudah boleh dibuka seluasnya. Perlahan-lahan Naaila bangkit dari baring. Menoleh ke kiri dan kanan dalam keadaan mamai, otak masih sedang bergerak untuk mencari fungsi.

Naaila menoleh ke sebelah. Ruang yang sepatutnya menempatkan Adzriel kosong. Pelik. Dah pergi balai ke?

Kepala kemudian menoleh ke sisi. Mata terpaku pada sebuah novel English yang tidak pernah dia ada sebelum ini kini berada di atas meja kecil bersebelahan katilnya. Rasa pelik menyelinap dalam diri. Terus Naaila mencapai buku itu lalu dibuka perlahan kulit buku itu. Buku ini nampak baru, maksudnya ia baru dibeli.

Tetapi siapa punya? Dia tidak pernah ada buku ini.

Sebaik sahaja tangannya menyelak muka surat pertama, terdapat tulisan tangan seseorang di muka hadapan itu. Tangan Naaila berhenti menyelak. Mata mula menari-nari membaca setiap bait perkataan yang ditulis menggunakan pen hitam itu.

Good morning, cinta. I am sorry sebab pergi kerja awal tanpa kejutkan isteri abang. Naaila nampak penat, abang tak sampai hati nak kejut. So, here's a good morning gift for you. Hope you like it, my ulat buku wife.

Abang dah masakkan breakfast untuk Naaila. It's a pancake made by your handsome husband. Special with bananas and strawberries, just for my special wife. Please eat before you do anything. Love you, tikus.

- Riel

Gelak Naaila meletus. Dia menggeleng kepala sebelum buku itu kembali diletakkan di atas meja. Ada-ada saja suami dia ni!

Selesai membersihkan diri dan mengemas bilik, Naaila melangkah keluar ke dapur. Mak entah ke mana awal-awal pagi ni. Semalam mak ada beritahu dia akan tolong Mak Milah di gerai. Alang-alang dah lama tak jumpa, bolehlah dia bantu apa yang patut di gerai. Mungkin sudah bergerak ke gerai kut. Batang hidung Aqlan pula tidak kelihatan. Aih, sudah tentulah Aqlan ikut Adzriel ke balai. Kerja.

Maka, hanya dia seorang saja di rumah sekarang. Naaila menggaru kepala yang tidak gatal. Rasa bersalah pula bangun lambat.

Kaki melangkah ke meja makan. Tudung saji yang masih menghiasi meja diangkat. Senyuman terhias di bibir Naaila melihat sepinggan penkek yang tersedia di atas meja. Penkek itu kelihatan agak tinggi. Terdapat beberapa potong strawberi dan pisang yang disusun cantik di sekitarnya. Tidak kurang juga madu yang melimpah cantik di atas penkek itu. Haih, Adzriel ni.

Hampir melompat Naaila bila terasa ada tangan yang melingkar di pinggangnya. Tetapi bila terasa ada dagu yang runcing menongkat pada bahu, Naaila menghela nafas lega.

Adzriel tersenyum simpul. Puncak hidung bertemu leher sang isteri. Dia memejamkan mata. Damai menjentik hatinya.

Nasib baik lah laki sendiri. Ini kalau ada yang masuk hospital dek tercekik tudung saji ni, naya aku nanti.

Naaila menoleh ke sisi. "Abang? Cakap pergi kerja dah?"

"Mhm. Tadi pergi. Sekarang abang balik kejap. Rindu Naaila," jawab Adzriel. Nada suaranya dileret manja. Rangkulan pada pinggang Naaila dieratkan.

Lah? Naaila tergelak kecil.

"By the way, thank you," ucap Adzriel sekali.

Hm? Naaila mengangkat kedua-dua keningnya. Terima kasih untuk apa?

Seakan-akan mengerti dengan kebisuan sang isteri, Adzriel mengangkat wajah. Perlahan dia berbisik lembut di telinga Naaila.

"For giving me the best night."

𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | CTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang