A D Z R I E L | 41

4.7K 313 7
                                    

     "ASINGKAN gambar yang paparkan wajah pelaku dengan gambar-gambar bukti yang lain."

     Arahan daripada Adzriel, Raziq turuti. Seperti yang diminta oleh Adzriel, beberapa kepingan gambar atau lebih dikenali sebagai polaroid diasingkan ke kiri. Hanya sekeping polaroid yang memaparkan gambar lelaki bertopi kelabu ketika penyiasatan di hotel bilik 1701 diasingkan di bahagian kanan. Tidak terlupa juga gambar-gambar yang memaparkan huruf Z, 2X E, R dan A.

     Adzriel dan Aqlan kini berada di balai. Walaupun Adzriel masih cuti, hatinya turut ingin ikut Aqlan ke balai apabila Tuan Azwar sendiri yang meminta kawannya itu untuk periksa semula setiap bahan penyiasatan.

     Naaila? Adzriel menoleh ke belakang. Tersenyum kecil melihat isterinya yang sedang khusyuk menikmati mee kari di mejanya. Sesekali terlihat Naaila tergelak sendiri sambil mata tidak berkelip merenung skrin komputernya. Layan  Netflix la tu.

     "Wajah ni yang saksi katakan mirip pelaku?" Tuan Azwar memuntahkan soalan sambil meneliti gambar yang diasingkan oleh Raziq tadi. Berkerut dahinya, cuba mengamati wajah itu.

     "Betul, Tuan. Hana sendiri cakap macam tu. Cumanya yang kami pelik sekarang ni, pelaku hud hitam dan lelaki yang bertopi dalam gambar ni, orang yang berbeza. Macam yang kami ceritakan ketika serangan kat hospital hari tu. Takkanlah dia orang ada muka sama?" jawab Aqlan dengan serius. Adzriel hanya mendiamkan diri sambil mengangguk setuju. Mereka berdua kalau masuk mod kerja, memang 100% serius dan tidak main-main.

     Naaila yang sedang mengunyah sambil ketawa menonton Netflix, terhenti mengunyah. Tawanya terus mati. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah sekumpulan pihak polis yang sedang berkerumun apabila mendengar kata-kata Aqlan.

     "Macam mana tu?" Tuan Azwar turut bertaut kening hairan. Dah macam mana pula muka sama kalau orang lain-lain?

     "Lagi satu. Huruf-huruf ni, apa maksudnya?" Raziq menalakan jari telunjuknya pada setiap kepingan gambar yang memaparkan huruf-huruf yang ditulis dengan darah. Semuanya gambar yang ditemui di setiap tempat kejadian.

     "Masih tak dapat tangkap. Tapi kami syak pelaku memang nak beritahu sesuatu. Dia sedang perangkap kita dalam permainan dia sekarang ni," balas Aqlan sambil tangannya mencapai sekeping gambar yang menayangkan huruf Z. Berkerut serius wajahnya sambil meneliti betul-betul gambar itu.

     "Berdasarkan huruf-huruf ni, boleh jadi nama tempat untuk pelaku tunjuk dia berada di mana?" soal salah seorang anggota polis bernama Adam. Sedari tadi dia hanya membisu sambil mendengar perbincangan mereka. Mereka tekad hari ini semuanya harus diselesaikan dengan kadar segera atau pembunuhan mungkin akan terjadi lagi atas mangsa seterusnya.

     "Mustahil nama tempat. Mustahil untuk suspek sengaja beritahu lokasi dia kalau dia tak fikirkan risiko keselamatan diri sendiri. Mungkin sesuatu yang dia ingin kita selesaikan tanpa melibatkan identiti dia. Adzriel?"

     "Tuan." Adzriel berdiri tegak apabila Tuan Azwar menyebut namanya. Ketat wajahnya dengan bibir tidak menguntum senyum.

     "Kau tahu kenapa ada nama kau tertulis dalam kepingan gambar ni?" tanya Tuan Azwar seraya menunjukkan kepada kepingan gambar yang menayangkan nama Adzriel yang ditulis dengan darah ketika di tempat kejadian. Perkataan MATI turut menjadi tanda tanya.

     Adzriel terdiam sekejap. Lama juga dia merenung gambar itu bagai mahu tembus namun akal fikirannya tidak dapat mencerna apa-apa. Manalah dia tahu kenapa namanya tertulis. Apa kaitannya dia dengan pelaku tersebut dia sendiri tidak pasti.

     "Kau yakin kau tak kenal wajah suspek ni?" Tuan Azwar kali ini mengangkat gambar lelaki bertopi kelabu itu. Serius nada suaranya.

     Adzriel membalas dengan gelengan. "Tak, Tuan."

𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | CWhere stories live. Discover now