A D Z R I E L | 12

7.6K 509 25
                                    

     MATA Naaila kekal merenung kepada Adzriel yang sedang duduk di hadapannya. Entah, Naaila sendiri tidak tahu. Sepasang matanya itu seolah-olah digam kerana kekal melekat ke arah raut wajah yang keruh itu.

     Rambut Adzriel kelihatan kusut. Raut wajah jejaka itu pula kelihatan serabut. Naaila kemudian memuntahkan pandangan kepada gelas yang berisi air kosong di hadapan meja. Tidak terusik langsung.

     Naaila melepaskan keluhan kecil. Selepas pasti bahawa Adzriel sudah tenang, dia terus suruh Adzriel duduk di ruang tamu. Sudahpun dia ambilkan segelas air kosong dan disuruh Adzriel minum, tetapi tiada langsung apa-apa reaksi yang terbit daripada lelaki itu.

     Apa yang buatkan Adzriel jadi macam ni? Jujur, ini adalah kali pertama dia lihat Adzriel berubah macam ni. Ketakutan. Kegerunan.

     Adzriel mengepal tangannya membentuk penumbuk. Dia memejamkan mata. Masih cuba menenangkan diri mungkin?

     Naaila mengeluh buat kali kedua. Kenapa ini, Ya Tuhan?

     "Riel... sekurang-kurangnya minumlah air tu. Nanti kau sakit macam mana?" tegur Naaila dengan lembut. Kali ini, benar-benar dia risaukan akan keadaan Adzriel yang kelihatan tidak terurus itu.

     Ya, betul. Naaila risaukan Adzriel. Naaila sendiri pelik kenapa dengan dia sekarang ni. Kenapa harus aku risaukan dia?

     Jujur dari hati Naaila, melihat keadaan Adzriel begini membuatkan hatinya seolah-olah dicengkam keperitan. Dia tidak suka tengok Adzriel menderita. Dan dia ingin tahu, apa yang dipendam oleh jejaka itu?

     Dia juga sudah menghubungi Aqlan. Suruh abang sulungnya itu pulang untuk lihat keadaan kawannya ini. Masih terngiang di telinga Naaila nada suara Aqlan yang panik dan mula bimbang mendengar apa yang terjadi kepada Adzriel.

     Nampak sangat Aqlan cepat-cepat nak balik. Seolah-olah abangnya itu tahu apa yang Adzriel sedang hadap.

     Tak apalah. Sekejap lagi mungkin dia akan tanya Aqlan sendiri.

     Melihat Adzriel yang masih tidak memberikan sebarang reaksi, Naaila bangun dari sofa kayu yang didudukinya. Dia mencapai gelas di atas meja itu sebelum punggung dia labuhkan di sofa di sisi Adzriel. Penghadang sisi sofa itu menambahkan jarak di antara mereka.

     "Adzriel, minum aku cakap." Kali ini, nada suara Naaila sedikit meninggi. Tegas sedikit dan tiada kompromi.

     Perlahan-lahan Adzriel toleh ke sisi. Matanya bergerak merenung wajah Naaila terlebih dahulu sebelum anak matanya menurun, merenung pula gelas yang disuakan Naaila.

     Adzriel menyambut huluran itu dari tangan Naaila. Hujung gelas itu dibawa ke bibir sebelum anak tekaknya mula bergerak, perlahan-lahan meneguk air itu.

     Melihatkan itu, bibir Naaila mengorak senyum. Akhirnya.

     Bunyi gelas diletakkan ke atas meja bergema. Adzriel menarik tangannya kembali setelah meletakkan gelas itu ke atas meja. Belakang tubuh dia sandarkan pada sofa. Wajahnya dipusingkan ke sisi, memandang raut wajah cantik milik Naaila.

     Anak mata Adzriel bergerak merenung setiap inci wajah gadis di hadapannya ini. Dahi, kening, mata, hidung dan bibir. Segalanya sempurna.

     Senyuman tiba-tiba melebar di wajah Adzriel. Segala rasa kusutnya tadi terbang entah ke mana. Seolah-olah kejadian tadi tidak pernah berlaku.

      Eh? Naaila mengangkat kening. Senyum-senyum pulak mamat ni? Tadi bukan main macam mayat hidup.

     "Kau dah okey ke?" soal Naaila. Prihatin. Walaupun tiba-tiba rasa nak sepak si Adzriel yang senyum-senyum secara tiba-tiba juga.

𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | CWhere stories live. Discover now