A D Z R I E L | 14

7.2K 442 12
                                    

     BUNYI siren bomba memonopoli pasar malam itu. Beberapa anggota bomba sedang memadamkan api menggunakan hos air yang disediakan daripada kenderaan bomba mereka. Jeritan beberapa anggota bomba juga turut bergema, mengarahkan orang ramai supaya jauhi tempat kebakaran.

     Tuan Irshad turut ada di situ selepas beberapa jam yang lalu dimaklumkan oleh Aqlan sendiri akan kes ini. Apa lagi? Naik hantulah ketua mereka itu.

     Saat Tuan Irshad menunjukkan muka di sini, Aqlan dan Adzriel sudah menarik nafas dalam-dalam. Bersedia menerima ceramah tidak berbayar daripada ketua mereka itu. Haish, pishang!

     "Ni apa ni? Apa benda ni?!"

     Seperti yang dijangka, Tuan Irshad terus melampiaskan amarahnya terhadap Aqlan dan Adzriel. Ketika itu, ada juga beberapa anggota polis turut hadir bagi membantu apa-apa yang patut. Tuan Irshad, Aqlan dan Adzriel sedang duduk di atas kerusi masing-masing. Meja di hadapan mereka juga sedikit rentung akibat terkena api. Nasib baik masih kukuh.

     Kertas di tangan Tuan Irshad dilemparkan ke atas meja dengan kasar. Terhinjut sedikit bahu Adzriel sebelum dia mengurut dada. Aqlan sekadar memejam mata. Redha.

     Kut ye pun jangan la lempar kertas macam nak bunuh orang. Kalau yang dilempar itu kapak, mahu terbelah dua meja itu.

     "Tak sampai sebulan kamu berdua duduk sini macam-macam berlaku. Ni apa ni? Tengok ni. Sayur-sayur penjual habis rosak sebab terjatuh. Barang-barang penjual yang sepatutnya masih baru habis rosak semua. Ni apa pula? Pasar malam terbakar? Apa punya berita yang sampai ke telinga saya ni?"

     Haih... susah. Terpaksa Aqlan dan Adzriel menadah telinga hingga bernanah.

     "Tapi Tuan, suspek tu ada kat situ. Dia lari laju sangat tadi. Macam Ying dalam kartun Boboiboy!" Adzriel menyampuk bodoh.

     Sekejap Adzriel menyeringai apabila terasa lengannya ditampar sekali. Apabila menoleh ke sisi mata sudah menyambut jelingan maha tajam Aqlan sebagai amaran.

     Dalam situasi serius macam ni pun nak main-main? Aku hempuk juga kepala dia ni kang! Aqlan mengeluh berat.

     "Ada masa kita boleh bergurau. Ada masa kita serius. Macam bila awak tengok Maharaja Lawak Mega, awak gelak. Kau tahu kumpulan Sepahtu tu? Ha kelakar kan?" ujar Tuan Irshad. Entah kenapa tiba-tiba dia tergelak. Macam betul-betul kelakar.

     "Oh, Sepahtu! Ish mestilah tahu. Saya suka tengok lawak dia orang tau!" Lagi sekali Adzriel membalas sekaligus menempah maut.

     "Ye, Tuan! Lagi-lagi masa mereka perform Hari Raya tu. Manyak kelakar wo!" Giliran Aqlan pula menunjukkan bengapnya. Tadi pandai pula suruh Adzriel serius.

     Dan Aqlan dan Adzriel meletuskan tawa. Diikuti juga dengan Tuan Irshad. Siapa je tak kenal Sepahtu? Pelawak paling profesional pada abad ini.

     "Nampak saya main-main ke sekarang?" Tuan Irshad mematikan tawa sebelum dia memanahkan pandangan malaikat maut kepada kedua-dua inspektor di hadapannya.

     Rasa nak penggal kepala dua ekor ni tapi kena sabar.

     Terus tawa Aqlan dan Adzriel mati. Kedua-duanya berdehem membetulkan suara. Wajah kembali serius.

     Tuan Irshad mengeluh perlahan. Tangannya naik memicit pelipisnya. Pening betul dengan sikap dua orang ni!

     "Sekarang ni saya nak kamu berdua maklumkan. Apa yang jadi sebenarnya tadi? Ada apa-apa benda yang kau orang dapat?" tanya Tuan Irshad dengan nada seriusnya. Kedua-dua jari-jemarinya bercantum antara satu sama lain sambil mata helangnya dipanahkan tajam kepada Aqlan dan Adzriel.

𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | CUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum