A D Z R I E L | 50

5.5K 309 45
                                    

     SEPASANG matanya sekadar memuntahkan pandangan kosong ke luar tingkap. Tingkap yang tertutup rapat itu ditembusi dengan pandangannya tanpa berkelip walaupun sekali. Kalau matanya itu boleh sasarkan laser, rasanya tingkap itu sudah retak.

     Fikiran Naaila menerawang jauh. Dirinya seolah-olah tidak lagi jejak ke dunia realiti. Sejak dua menjak ini, pendengarannya sentiasa terngiang-ngiang dengan suara Adzriel. Gelak tawa Adzriel. Suara Adzriel yang lunak dan lembut setiap kali berbicara dengannya.

     Tubir mata Naaila berkaca-kaca. Walaupun kolam mata itu bakal punah sebentar lagi, reaksi Naaila tetap kosong tanpa riak. Hanya termenung jauh ke luar tingkap.

     Dia rindukan Adzriel. Rindukan Adeena, anaknya yang sudah pergi menghadap Ilahi.

     Sejak Naaila mengalami mimpi berjumpa dengan ayah, ayah ada ungkap nama budak perempuan dalam mimpi itu Adeena. Dia yakin, itulah anaknya selepas doktor sendiri sahkan dia mengalami keguguran.

     Naaila membawa wajah ke hadapan. Dia menunduk. Tangannya diangkat lalu dibawa ke perutnya yang kempis. Mengusap perlahan.

     "Adeena Sabiha. Nazief Muzaffar."

     "Hah?"

     "Kalau lelaki, Nazief Muzaffar. Kalau perempuan, Adeena Sabiha."

     Kolam mata Naaila akhirnya runtuh. Air matanya menitis sekali, mengalir di pipinya. Suara Adzriel masih kuat bergema di kotak fikirannya. Dia terlalu rindukan Adzriel. Rindukan suara Adzriel. Rindukan pelukan hangat suaminya. Rindukan panggilan "cinta" yang sentiasa terbit di bibir suaminya.

     Tetapi sekarang, Naaila hilang segalanya. Anak perempuan mereka turut pergi meninggalkan dia keseorangan di sini.

     Sungguh, Naaila rasa dia sudah tidak punya siapa untuk bergantung harap. Afina pula entah ke mana. Rasa sakitnya dengan tindakan adiknya itu masih menghantui diri. Entah macam mana dia akan menghadap Afina nanti sekiranya ditakdirkan mereka bakal berjumpa lagi.

     Sudah masuk seminggu sejak Naaila terkandas di hospital ini. Doktor masih tidak benarkan dia pulang kerana kondisi tubuhnya yang lemah sejak keguguran. Doktor sarankan agar Naaila berehat dulu di hospital. Dan sekarang keadaannya bertambah baik, alhamdulillah.

     Cuma hatinya dicarik sejuta. Hatinya yang tidak baik. Dia kehilangan semua orang yang dia sayang. Adzriel, Adeena, Afina.

     "Adik?"

     Naaila tersentak apabila satu suara garau menyentak halwa telinganya. Langsung Naaila mengangkat wajah.

     Aqlan melemparkan senyuman manis buat adiknya. Zareef yang turut berada di situ merapati Anggerik yang lena bersebelahan katil Naaila.

     Benar. Naaila dan Anggerik terkandas di hospital sama-sama, ditempatkan dalam wad yang sama. Anggerik perlukan rehat kerana tangannya yang cedera parah. Selama seminggu ini, Zareef rajin juga datang melawat Anggerik.

     Aqlan hanya memerhati Zareef yang sedang berkerut wajah sambil mulut bergerak-gerak, cuba mengejutkan Anggerik dari lena. Terlihat Anggerik yang terpisat-pisat matanya, cuba dibuka.

     Sesungguhnya Naaila dan Aqlan sudah tidak hairan atas layanan baik Zareef kepada Anggerik. Rupa-rupanya selama ini, Anggerik lah yang berada di sisi Zareef.

     Hendak dijadikan cerita, bagaimana Anggerik kenal Zareef? Anggerik sendiri terserempak kali pertama dengan Zareef ketika berlanggaran di hadapan rumah Naaila ketika dia cuba memerhati Adzriel dari jauh. Sejak itu, Zareef tidak mampu sorok lagi identitinya daripada Anggerik. Dia terpaksa jelaskan segalanya bahawa dia adalah abang Adzriel.

𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | CWhere stories live. Discover now