A D Z R I E L | 25

5.9K 318 24
                                    

     HARI keempat barulah Naaila dibenarkan balik ke rumah. Alhamdulillah, lukanya sudah semakin sembuh. Rasa sengal-sengal juga semakin hilang. Hanya tinggal kesan parut pada abdomennya hasil tikaman. Betapa gembiranya Naaila bila doktor beri kebenaran untuk pulang. Seksa jiwa raganya duduk di hospital walaupun cuma beberapa hari. Argh!

     "Tak payah, Naaila. Biar abang yang buat." Adzriel mencerlung mata tajam kepada Naaila yang mengemas beg pakaiannya.

     Dari tadi isterinya itu bersungguh betul kemas barang. Dah lah baru lepas sembuh. Tak boleh buat kerja berat-berat. Buatnya kalau sakit balik macam mana? Satu hal pula kena tempah lagi seminggu duduk wad. Ha, merana lah duduk hospital. Dah jadi macam rumah kedua.

     Tangan Naaila yang baru meletakkan barang-barang peribadinya ke dalam beg baju terhenti. Tubuhnya ditegakkan sebelum dipusingkan ke arah Adzriel.

     "Alah, sakit kat perut. Lagipun dah sembuh. Bukannya patah tangan atau terseliuh kaki. Boleh lagi nak buat kerja," kata Naaila sebelum tersengih. Dikelip-kelipkan mata agar kelihatan comel. Biar Adzriel cair. Hehehe!

      Mata Adzriel yang tajam tadi berubah membundar. Jujur hatinya lembut lihat wajah Naaila. Namun cepat-cepat dia menggelengkan kepala. Ish tak boleh, tak boleh! Isteri kau sakit, Riel. Jangan biarkan dia dominasi kau!

     "Tak payah. Duduk sini. Biar abang yang buat. Tak baik tau ingkar arahan suami."

     Ha sudah! Kali ni dia guna kuasa veto suami pula. Naaila menjulingkan mata. Okey, fine!

     Sebaik sahaja Naaila melabuhkan duduk di atas sofa di tepi tingkap, terus Adzriel memasukkan baju-baju Naaila ke dalam beg. Tidak terlupa juga botol air, ubat gigi dan berus gigi. Baju yang tidak dilipat lagi, terus Adzriel melipatnya sebelum disusun kemas ke dalam beg.

     Naaila hanya menjadi pemerhati. Ish, nak aje dia tolong suaminya kemas. Rasa berdosa pula biarkan suaminya buat kerja seorang diri. Namun apakan daya...

     Ingkar arahan suami kan berdosa.

     Kedengaran bunyi zip ditarik sebelum beg itu dizip sepenuhnya. Siap! Adzriel melangkah merapati Naaila yang masih menunggunya.

     "Jom balik," kata Adzriel seraya memunggir senyuman. Dia berpusing tubuh.

     Tindakannya termati apabila terasa tangannya ditarik. Terus Adzriel menoleh sebelum matanya menunduk, memandang tangannya yang berada di dalam genggaman Naaila. Matanya kemudian bergerak ke atas, merenung pula ke arah isterinya.

     "Abang, abang tak nak cerita lagi ke apa-apa pasal keluarga abang?" Takut-takut juga Naaila bertanya. Macam mana kalau Adzriel tak nak cerita?

     Tapi sampai bila? Dia isteri Adzriel. Dia ingin tahu apa yang Adzriel pendam. Dia tak nak lihat Adzriel sengsara seorang diri lagi.

     Sangkanya Adzriel akan naik angin. Tetapi melihat sahaja Adzriel melemparkan senyuman dan melabuhkan punggung di sisinya, sangkaannya meleset sama sekali.

     Adzriel mencapai jari-jemari Naaila sebelum digenggam lembut. Dia tersenyum lagi.

     "Nak abang cerita?"

     Naaila mengangguk. Mestilah nak! Apa saja tentang suaminya, dia nak tahu. Dia nak kenal Adzriel lebih lagi. Terutamanya ini melibatkan keluarga mentuanya. Takkanlah dia tak nak ambil tahu?

     Adzriel menarik nafas.

     Anugerah Cemerlang Pelajar Nombor Satu Dalam Kalangan Murid.

     Itulah apa yang terpapar pada pingat emas yang kecil itu. Dengan lambang sekolah berwarna merah bercampur biru yang menjadi keutamaan pada pingat tersebut. Adzriel tersenyum. Mesti ibu dan ayah gembira dengan pencapaiannya.

𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | CWhere stories live. Discover now