A D Z R I E L | 7

8.3K 502 14
                                    

     ADZRIEL hanya memerhati Naaila yang hanya menunduk di sebelahnya. Selepas kes tadi, dia tekad untuk teman Naaila pulang ke rumah. Dan sekarang, mereka berjalan beriringan. Hanya bisu yang menguasai suasana.

     Naaila yang kekal menunduk itu melepaskan keluhan. Sejujurnya, dia masih ada rasa takut dan gentar dalam diri lepas dia dikejar tadi. Tapi dia pun rasa hairan juga. Lelaki misteri tadi hilang dalam sekelip mata saja.

     Apa benda dia tu? Shazam?

     Adzriel menggosok-gosok belakang tengkuknya. Rasa kekok sungguh dengan kebisuan yang melanda mereka berdua. Nak cakap tapi apa topik yang patut dia bualkan?

     Dua saat berlalu sebelum Adzriel melakar senyuman lebar. Hah, dia tahu nak buat apa!

     "Oi, tikus!"

     Langkah Naaila termati. Dia menoleh kepada Adzriel di sebelahnya dengan dahi berkerut seribu.

     Sengihan dilemparkan oleh Adzriel. Ha, ada pun reaksi daripada perempuan ni. Ingat dah jadi mayat hidup.

     "Kau tahu tak kau buruk sekarang? Memang kena dengan tikus mondok."

     Bukan. Kau comel sebenarnya, Naaila. Getus hati kecil Adzriel.

     Eh lelaki ni apahal bhai? Terkelip-kelip mata Naaila merenung Adzriel yang sudah memeluk tubuh sambil menjongketkan sebelah kening. Huh, pahal?

     Baru je Adzriel selamatkan dia tadi dan berlembut dengannya, tiba-tiba nak buka gelanggang WWE ke apa?

     Melihat saja tiada reaksi daripada Naaila, Adzriel tidak berputus asa. Dia mengherotkan bibirnya sekejap.

     "Oh, baru aku perasan. Kau pendek gila. Sama macam tikus. Muka pun kecik!" Adzriel ketawa.

     Naaila meluaskan mata. Oh, nampaknya memang Adzriel nak ajak dia berMuay Thai kat sini lah ye?

     "Jangan lah nak murung sangat. Sumpah kau buruk gila macam ni," Adzriel tersengih lagi. Entah kenapa tangannya tiba-tiba gatal pergi tampar lembut awning tudung sarung coklat milik Naaila.

     Okey, ni memang geram! Awning jangan buat main ya! Kau nak bergaduh dengan perempuan, jangan awning okey! Sudahlah hampir satu jam dia nak bentukkan tudung dia ni.

     "Dasar kambing! Tak payah main tudung lah!" Naaila merengus kasar. Tangannya dinaikkan membetulkan kembali awning tudungnya.

     Senyuman semakin lebar di wajah Adzriel. Akhirnya! Keluar juga suara Naaila! Alahai... rindunya dia nak dengar suara comel ni.

     Eh?

     "Tak nak. Aku nak kacau jugak," Adzriel kemudian menarik-narik pula hujung tudung Naaila di belakang. Berkali-kali!

     "Hoi! Kau ni!" Naaila kemudian mengangkat kaki menghadiahkan tendangan padu pada belakang kaki Adzriel.

     Adzriel mengaduh. Kakinya digosok-gosok. Perit. Mak ai, ni tendang ke tikam? Perempuan ke lelaki yang tendang dia ni? Dahi Adzriel berkerut sekejap.

     Namun bibirnya tetap melukis senyum melihat wajah Naaila yang sudah tidak murung itu. Ha, inilah Naaila yang dia kenal. Yang marah-marah je. Bukan yang tadi. Masam mencuka sungguh. Macam mak tiri Cinderella!

     Seboleh-bolehnya Adzriel ingin buat Naaila lupakan kes tadi. Dia tak sanggup nak lihat wajah muram Naaila. Dia cuma nak Naaila marah. Itu dah cukup untuk lihat diri Naaila yang sebenar-benarnya.

     Mata Adzriel merenung Naaila yang sudah berjalan terlebih dahulu di hadapannya. Bibir Adzriel meleret senyuman nakal.

     Naaila yang berjalan di hadapan tanpa menoleh ke belakang meraung kecil. Terasa tudungnya ditarik dari belakang, tetapi kali ini agak kasar namun masih lembut. Habis tudungnya ke belakang.

𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | CWhere stories live. Discover now