Bab 4: kecilnya dunia

784 36 0
                                    

" Ustaz, nah. Umi bagi tanda terima kasih," Aku menoleh ke arah Khairul bersama mangkuk tingkat di tangan. Aku menyambut dengan senyuman terima kasih.

" Kenapa umi bagi? Ustaz tak perlukan balasan. Cukup doa untuk kesejahteraan hidup ustaz dan keluarga ustaz," Balas aku. Aku tak mampu nak menerima sesuatu daripada orang. Ada yang lebih memerlukan daripada aku.

" Ustaz ambil je. Umi masak sedap tau."

" Khairul, ustaz nak tanya satu soalan. Ayah Khairul kerja apa?"

" Umi kata ayah berniaga. Tapi tak tahu lah niaga apa sebab ayah takkan balik beberapa hari dalam seminggu."

Niaga apa sampai tak balik rumah beberapa hari?

" Jadi semalam ayah memang ada di rumah lah?"

Khairul hanya mengangguk. Sungguh polos muka anak ini menjawab pertanyaan aku yang serupa mak enon bak kata Cahaya. Aku mengizinkan dia balik ke tempat dia semula. Mangkuk tingkat di tangan aku pandang. Jarang benar aku ambil pemberian dari seseorang. Almaklumlah budak dingin kan dulu.

Makanan itu aku bawa ke dalam pejabat. Pengajar-pengajar di dalam sana menyambut kehadiran aku dengan senyuman hormat. Aku membalas dan mempelawa mereka makan sekali.

Kami sama-sama makan kerana lauk yang Khairul bagi ni banyak sangat bagi aku seorang. Lagipun lepas habis kelas aku dah berjanji dengan Cahaya nak bawa dia makan malam di restoran. Harini biarlah dia berehat. Ganjaran buat isteri solehah.

Alhamdulillah. Sedap masakan Puan Hamidah ni. Biasalah kan. Makanan free, dikongsi bersama pula tu. Lagi lah sedap.

Selesai kerja di madrasah pada harini, kami pun pulang. Sebelum mengunci pagar, aku terpandangkan Khairul yang masih lagi menunggu.

" Tunggu ayah ke?"

" Umi, ustaz,"

Aku menghampiri Khairul dan duduk di sebelahnya. " Cuba bagitahu ustaz, kenapa bukan ayah yang ambil? Kesian umi penat jalan kaki dengan mengandung tu."

Khairul menoleh ke arah aku dengan wajah yang aku kurang tafsir. Seperti ada satu rahsia yang Khairul cuba tak nak bagitahu.

" Ustaz Rosli pernah cerita kalau kain yang selalu perempuan pakai di muka macam umi tu sebenarnya untuk menutup wajah daripada dilihat lelaki-lelaki yang bukan mahram bagi perempuan tu, nak mengelak daripada terkena fitnah dan salah satu cara untuk mendekatkan diri Allah. Apa hukum bila perempuan tu pakai tanpa sebab?" Soalan yang agak bijak bila terkeluar daripada mulut seorang budak 8 tahun. Penyusunan ayatnya sangat baik dan teratur jadi mudah untuk aku faham.

" Kain yang Khairul cakap tu purdah. Bila mereka pakai purdah dengan niat yang betul itu dapat pahala tapi kalau tak ada sebab tu ustaz tak pasti lah. Takut jatuh hukum yang salah pula. Tapi ustaz nak betul-betul pastikan apa niat perempuan tu nak pakai purdah. Mesti ada sebab. Takkan saja-saja?"

Belum sempat Khairul menjawab, uminya sudah memanggilnya untuk pulang. Kami serentak bangun lalu berjalan menghampiri Puan Hamidah.

" Puan jalan kaki lagi ke?" Tanya aku dengan wajah yang serius. Kadang-kadang aku ni boleh tahan angin juga bila melihat benda yang tak patut aku tengok terjadi di hadapan mata.

" Nampaknya macamtu lah, ustaz. Suami saya busy tak sempat nak ambil dia di sekolah," Jawab Puan Hamidah seperti ketakutan.

" Kalau puan tak kisah, saya boleh hantarkan dia sampai ke rumah. Tak elok kalau puan asyik berjalan jauh sangat dengan keadaan yang sedang mengandung ni. Isteri saya mengandung dulu pun rasa macam nak pitam bila dah hampir kandungan 6 bulan." Jelas aku terperinci agar Puan Hamidah faham dengan sikap ambil berat aku.

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now