Bab 17: Shocking news

636 30 0
                                    


Sudah masuk hari keempat, Cahaya masih belum sedar. Mungkin kerana dos ada pada satu pil tu membuatkan Cahaya menerima lebihan dadah dalam badan.

Anaar Deen; anak lelaki syurga kami telah selamat bersemadi di tanah perkuburan berdekatan dengan rumah kami.

Penanda yang berbalut dengan kain putih itu aku cium sebagaimana aku mencium anak yang masih belum sempurna jasadnya.

Abah pilih nama kamu sempena nama ibu. Yang bermaksud terang dan bercahaya. Semoga anak ibu abah boleh pimpin kami ke dalam syurga Allah dengan cahayamu, ya sayang?

" Pil yang Pn Cahaya makan ni adalah pil gugur kandungan. Adalah dalam 5-6 biji yang Pn Cahaya telah makan untuk menggugurkan kandungannya yang masih di awal semester."

Jawapan daripada doktor mengakibatkan aku menghentak meja kerjanya dengan kuat. " Tak mungkin isteri aku buat macamtu! Apa ke gila dia nak makan pil tu?! Dia sayangkan anak kami, doktor! Takkan isteri aku tu bodoh sangat nak bahayakan nyawa anak kami?! Jangan main-main dengan aku! Aku boleh saman hospital ni sebab berikan maklumat salah!" Tempikan aku membuatkan manusia di dalam bilik itu menikus ketakutan.

Aku mula menunjukkan tandukku. Dah lama sisi gelap Ahnaf Hadi ni tak menunjukkan dirinya.

" Sabar, encik Ahnaf. Itulah pil yang terkandung dalam botol yang encik bagi pada kami malam tu,"

Aku merengus kasar sambil memikirkan tentang perkara yang doktor kata itu.

" Siapa yang bagi ubat jamu tu??"

" Mama, Ahnaf... T-tapi botol jamu tu sepatutnya pil vitamin ibu mengandung. Mama tak tahu macam mana pil tu boleh tertukar. Lagipun pilnya berbeza."

Aku tersandar pada sofa. Semakin sakit kepala aku memikirkan masalah ini.

" Mama minta maaf... Kalau mama tak paksa Cahaya makan macam-macam, mesti takkan jadi seperti ni," Mama sudah menangis kekesalan. Aku mengusap bahunya.

" Ahnaf tak salahkan mama. Mama jangan sedih. Ahnaf tahu niat mama baik,"

" Mama bagi botol tu pada hari yang sama sewaktu kak long tak sedarkan diri. Kalau dia kena ambil sebiji sahaja pada malam tu macam mana doktor boleh kata yang kak long dah ambil sampai 6 biji?" Suara Fawwaz menyedarkan kami sekali lagi.

" Jadi maksud Fawwaz, kak long dah makan pil tu sebelum ni dari tempat lain?" Tanya aku inginkan kepastian.

" Kalau fikir logik begitulah. Nak tahu bila dan bagaimana tu hanya kak long je yang tahu. Mungkin dia sendiri pun tak perasan. Kalau perkara ni melibatkan kes pembunuhan berancang, siapa orang yang selalu berada dengan kak long?"

Kami berpandangan dengan riak wajah yang terkejut. Hamidah ke?

Aku pantas teringat kata-kata dia pada malam kejadian itu. Semua jawapan ada pada Hamidah.

" Ahnaf?"

Aku tersentak daripada lamunan. Aku menoleh ke arah bonda yang berada di belakang aku dengan pandangan yang kosong. Zavian dan Na'eem; sepupu lelaki yang sudah menginjak 28 tahun dan beberapa anak buah setia berada bersama di sini.

" I don't like you make that face. You look like the old you," Kata bonda tegas.

" I am me, bonda. There's nothing can hide my beast forever," Balas aku dingin.

Bonda seperti tak boleh nak buat apa. Lagipun aku berubah jika berlaku apa-apa pada Cahaya. Cahaya orang yang mampu menjinakkan raksasa dalam diri aku sama juga dengan dia mampu untuk bangkitkan balik raksasa yang dah lama tidur dalam diri ini.

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now