Bab 33: memoria

519 21 0
                                    

P.O.V. Ahnaf

Sudah 10 jam kehilangan Cahaya dan aku masih bercelaru. Lokasi terakhir yang sepatutnya menjadi tempat persembunyian utama Bashir sudah tiada sesiapa di sana. Ibarat seperti bangunan lama yang telah lama dikosongkan. Pasti dia dah berpindah lebih jauh ke tempat lain.

" Ahnaf," Bonda mendekati aku yang sedikit tidak terurus. Sejak daripada malam tadi aku tak mampu nak melelapkan mata kerana bimbang keselamatan anak dan isteri.

" Berehat. Biarkan Zavian dan yang lain ambil alih," Pujuk bonda. Aku tersenyum nipis.

" Mana mungkin Ahnaf boleh tidur dalam keadaan genting macamni, bonda. Kalau Ahnaf lambat sesaat..." Aku tidak mampu untuk meneruskan ayat aku. Aku tak boleh nak memikirkan soal kemungkinan yang masih belum berlaku. Aku kena percayakan kuasa Allah. Pasti akan ada hasil dalam pencarianku. Kuncinya adalah sabar dan taqwa.

" Bonda dah pesan jangan biarkan Cahaya mengandung. Kenapa Ahnaf tak fikir kemungkinan begini boleh terjadi? Ahnaf nak bahayakan keselamatan kandungan Cahaya ke?" Soal bonda bertubi-tubi.

Sekali lagi aku senyum tapi senyuman aku kelihatan hambar. Bibirku menggeletar mengetap menahan esakan. Aku tak sebodoh itu mahu merisikokan keadaan Cahaya yang sudah berbadan dua.

" Bonda, ada sebab kenapa Ahnaf kerap kali ingin bersama dengan Cahaya. Ahnaf tahu masa ini telah tiba dan Ahnaf yakin Ahnaf akan selamatkan Cahaya dan Armani tanpa terhasilnya luka di kulit mereka. Tapi Ahnaf tak yakin yang Ahnaf akan pulang ke pangkuan bonda dan mereka dengan selamat. Sebabtu Ahnaf nak berikan hadiah terakhir kepada Cahaya. Hadiah di mana roh yang ditiupkan ke dalam janin tersebut akan hidup bersama menggantikan kehilangan Ahnaf,"

Penjelasan aku membuatkan bonda terdiam dan tergamam. Dia tak sangka aku akan terfikir dan bertindak sejauh ini.

" Kenapa kena fikir macamtu??"

" Sebab Ahnaf tahu Bashir takkan sentuh Cahaya jika dia dah dapat Ahnaf nanti. Cahaya dan Armani cuma umpan untuk Ahnaf datang serah diri kepadanya," Aku tidak mampu memandang ke arah bonda yang tajam menikam anak mataku. Aku segera tertunduk dan hanya menekur lantai.

" Ahnaf tak boleh nak menafikan kenyataan bahawa Cahaya akan terima semua ni." Bonda berkata tegas. Hanya kami sahaja yang berada di bilik mesyuarat keluarga bawah tanah.

Sejak bonda masuk ke sini, mereka yang lain bergerak ke tempat lain memberi ruang kepada kami anak beranak untuk berbual.

Aku mengusap belakang tangan bonda. Menghilangkan kegusaran pada wajah itu. Bonda tahu yang Bashir bukan calang-calang manusia untuk dilawan. Kalau tak macam mana dia dapat membunuh orang dengan senang sekali dengan hanya menggunakan tangan dia sahaja?

" Ahnaf nak minta maaf segala dosa-dosa yang Ahnaf terbuat pada bonda. Ahnaf memang bukan anak yang baik untuk bonda dan arwah walid. Ahnaf tahu Ahnaf banyak sangat kekurangan untuk menjadi anak bonda dan walid," Adakah ini ucapan maaf yang terakhir aku kepadanya?

" Jangan cakap macamtu, Ahnaf. Segala perbuatan kamu itulah yang sebenarnya apa yang kami dah corakkan kepada kamu. Kalau Ahnaf buat salah kami yang salah." Dia mencium kedua belah pipi aku dengan linangan air mata. Aku tak boleh tunjukkan yang aku lemah kepadanya. Aku hanya tersenyum tawar.

Tak ada apa nak ditangisi kerana air mataku sudah kering dalam empangan. Sudahnya aku kena kental hati untuk membawa mereka pulang dengan selamat.

" Mama boy," Cilaka kau lah, Kazar. Sejak bila dia kat sini?

" Diam lah anak yatim piatu," Herdik aku kasar.

Bonda menggeleng. Dia rasa memang perbalahan kami sesama sepupu ni memang dah tertulis sejak dari azali lagi kot. Jarang sekali nak tengok kami berbaik.

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now