Bab 40: Lupa II

766 23 0
                                    

Armani berjalan senyap-senyap sehingga ke arah Ahnaf yang sibuk termenung di buaian laman depan rumah.

" Abah,"

" Uish!" Dia tersentak bangun apabila Armani semakin mendekatinya.

" Hei, pergi ke mak kau semula lah. Aku bukan bapak kau." Ujar Ahnaf tiada perikemanusiaan.

" Abah! Abah!" Rengek Armani apabila dia tidak dilayan. Hairan dia apabila Ahnaf dah tak layannya seperti dulu.

" Tsk!" Ahnaf berdecit. Dia memandang sekeliling. Dia ingin mencari bayangan sesiapa yang dekat dengan mereka namun malangnya hanya mereka sahaja yang ada.

" Mak jenis apa dia ni tinggalkan anak dia seorang-seorang??"

" Abah..." Dia memeluk kaki Ahnaf dan menyembamkan mukanya ke kakinya. Ahnaf terkujat sedikit. Dia memerhatikan dengan tubuh kaku. Terasa seperti bulu romanya naik tiba-tiba.

" Anak abah Cahaya Armani!"

Dia memegang sisi kepalanya. Denyutan di kepala membuatkan dia terasa sakit.

" Abah... Nak abah," Pinta si kecil itu lagi.

" Adoi! Bising lah!" Tanpa dia sengaja, kakinya tersepak Armani menyebabkan gadis itu terjatuh ke atas tanah.

Tangisan kuat Armani kedengaran bergema menarik perhatian orang yang berada dalam rumah.

" Ya Allah, Armani?!" Aku datang memeluknya yang menggigil ketakutan. Lantas mataku mencerlung ke arah Ahnaf.

" Apa yang awak dah buat kat dia ha?! Dengan budak pun awak nak berkasar?!"

Ahnaf mencerlung ke arah aku. " Anak kau ni lah yang menyibuk menyondol kat kaki aku! Mak jenis apa kau ni tinggalkan dia seorang diri? Kau ni pandai buat anak tapi tak reti nak jaga!" Herdik Ahnaf membuatkan aku panas hati.

Aku menampar bahunya. " Jaga sikit mulut eh! Anak yang awak cakapkan ni anak awak juga. Benih awak sendiri! Jangan cakap macam orang tak ada otak lah,"

Ahnaf menahan marah kerana aku boleh nampak uratnya timbul di dahi dan lengan. Tangannya menggigil sampai aku yang takut kalau dia akan naikkan tangan.

Dia memegang sisi kepalanya lagi. " Anak aku?! Aku takkan mengaku lah anak-anak ni darah daging aku sendiri! Sebab aku takkan serahkan benih aku pada perempuan murah macam kau! Entah jantan mana kau serahkan tubuh kau selama ni lepastu kau nak cakap ini anak aku?! Kau dengan anak-anak kau ni boleh pergi mam-..."

Pang!

" Biadap. Kau nak hina aku, kau hinalah, Ahnaf! Tapi jangan sesekali hina anak kita. Bapak jenis apa kau ni?!" Aku tak dapat nak menahan perasaan geram aku. Aku terus meninggalkan dia yang tercengang di tempatnya.

" Nak bonda tambah penampar kat pipi kamu tu lagi?" Tanya bonda. Ahnaf tergamam melihat mutiara jernih yang jatuh ke pipi syurganya.

" Kamu dah melampau lah, Ahnaf. Ini ke balasan kamu untuk dia selepas dia dah berkorban nyawa melahirkan zuriat kamu?! Bonda kecewa! Arwah walid kecewa!"

Ahnaf tersentak apabila arwah walid dibangkitkan. Bibirnya menggigil tapi tiada perkataan yang terkeluar daripada bibirnya.



Aku dah tak kenal siapa Ahnaf Hadi lagi. Tiada apa yang mampu mengubati kesakitan yang aku rasakan dalam hati ini.

Hati aku mati sama seperti perasaan cinta antara kami.

Aku kalau boleh mahu mengelak daripada bertembung dengannya. Wajahku dingin sentiasa jika aku berdekatan dengannya. Tuduhan yang melampau itu asyik tergiang-giang di fikiran. Membuatkan aku mahu muntah.

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now