Bab 15: individu misteri

569 27 1
                                    


" Assalamualaikum, mama,"

" Waalaikumussalam, Cahaya anak mama. Datang pun." Aku menyalami mama di muka pintu. Sementara Ahnaf pergi kerja, baik aku sibukkan diri di rumah mama. Boleh gossip!

Armani pula Ahnaf yang akan menjaganya memandangkan Hamidah dah sarat. Jadi tak mampu nak menjaga Armani yang kuat semangatnya.

" Harini mama ada buatkan minuman khas untuk ibu mengandung. Resepi turun temurun,"

" Eee... Mesti tak sedap," Aku sudah membuat muka. Sewaktu sedang berpantang pun macam-macam makanan pelik mama buatkan. Aku dah serik.

" Budak ni. Rasa pun tak lagi. Insha Allah kena dengan tekak. Hamidah pun suka, takkan kamu tak suka?"

" Hamidah?" Sejak bila dia datang ke sini? Tak beritahu apa-apa khabar pun. Sejak makan tengah hari haritu terus senyap tak mencarinya melalui whatsapp atau call.

Kelihatan Hamidah sedang menikmati juadah yang mama buat. Sungguh berselera dia makan. Saat dia ternampak aku terus dia melambai-lambai menyambut kehadiran aku.

" Cahaya! Jom lah makan sama. Mama kau masak sedap sangat. Rugi kau tak makan,"

" Rugi apanya? Berpuluh tahun aku duduk dengan mama. Semua benda masakan mak nenek keturunan dia aku dah rasa tau," Balas aku selamba. Seperti ketam mama mencubit lengan aku dengan manja. Tak boleh lah kuat-kuat. Tengah mengandung ni plus kalau lebam nanti cik abang marah. Hehehe.

" Ni confirm kau suka. Air delima campuran madu asli dan kayu manis," Dia meletakkan segelas air berwarna merah itu.

Ya Allah, nak loya tekak aku. Dengar pun dah pelik. Siapa yang campur delima dan madu berserta kayu manis, nyah??

Aku mencapai gelas itu lalu meneguk sikit bagi menjaga hati mama. Sedegil-degil aku pun aku tetap buat apa yang mama suruh. Setakat air delima ni bukan boleh bunuh aku.

" Sedap lah juga," Komen aku mendapat segaris senyuman daripada mama.

" Alhamdulillah. Kalau macamtu minum lah lagi. Mama ada buat banyak. Nak bawa balik bagi Ahnaf minum sekali pun boleh. Tak ada hal,"

Aku menyembunyikan senyumanku. Tiba masa aku nak kenakan Ahnaf sejak sekian lamanya. Kalau aku kena rasa benda-benda tak sedap, Ahnaf pun kena rasa juga.

Apa haritu dia kata? Pantang sama-sama eh? Ha jom abang. Mari kita rasa sama-sama.

" Apa yang disengihnya lagi? Habiskan air tu. Lepasni ikut mama pergi rumah Mak Andak kamu untuk mengurut,"

" Kenapa pula?"

" Suami kamu lah suruh mama tengok-tengokkan kamu. Muka sejak dua menjak ni pucat semacam. Dia risau tengok kamu tak sihat macamni. Itu yang mama nak bawa kamu pergi mandi bunga di atas bukit Tunggul,"

" Lah tak payah lah sampai nak kena mandi bunga. Cahaya dapat tidur separuh hari pun dah rasa bertenaga. Hehehe," Cahaya Inara kaki tidur!

Mama memeluk bahu aku. Pipi kami bertembung dan berlaga apabila mama merapatkan wajahnya ke wajahku. " Ahnaf sayangkan kamu, Cahaya. Dia selagi ada 1001 cara untuk menjaga kamu, dia akan gunakan kesemuanya sehabis mungkin,"

" Betul tu, Cahaya. Kau ikut je lah kata suami kau. Bila lagi kau nak merasa mandi air bunga?" Celah Hamidah pula. Dia telah menghabiskan makanannya dalam pinggan.

Sejujurnya aku lega melihat Hamidah yang kelihatan sihat sekarang. Kalau sebelum ni aku perasan cengkung sahaja badannya.

Aku melipat lengan ke dada sambil berfikir sejenak. " Hm ye lah. Balik hari kan? Kesian Ahnaf seorang-seorang di rumah kalau Cahaya kena stay sana. Jadi cacing kepanasan pula dia nanti,"

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now