Bab 21: New family

682 30 0
                                    

Kemunculan Aunt Suzan ke Malaysia disambut dengan penuh beradat. Walaupun dia bukan lagi salah seorang anggota keluarga Malek, tapi sanak saudara bonda dan Ahnaf tetap melayan mereka seperti salah seorang daripada mereka.

Beberapa anak buah Ahnaf berbaris di hadapan pintu masuk dengan berpakaian serba hitam dan merah; warna rasmi organisasi mafia mereka.

" Sayang, pergilah duduk dalam bilik. Awak tak payah sambut pun tak apa. Ini bukan majlis rasmi keluarga."

" Ish. Saya nak tengok juga keluarga yang akan menjaga Khairul dan Kamarul tu. Macam mana kalau anak-anak tu tak suka duduk dengan mereka?" Aku berpakaian jubah seperti apa yang aku sering pakai. Siap bersolek nipis lagi bagi menutup wajah pucatku.

" Kalau mereka menderita kerana diabaikan, memang Aunt Suzan akan teman suaminya di underground juga." Balas Ahnaf mendapat ketawa besar daripada aku. Pantas aku menutup mulut apabila beberapa biji mata memandang tepat ke arah aku.

" Mana stokin??"

Aku menunduk ke bawah dan melihat kaki aku yang telanjang sedang memakai selipar berbulu berbentuk arnab.

" Saya cabut. Hehehe,"

Ahnaf berlari naik ke atas dan membawa turun sepasang stokin pink bercorak khinzir. Mana dia dapat aku pun tak tahu.

" Pakai stokin ni sebab perangai sayang pun sama macam oink oink," Kata Ahnaf sambil memakaikan aku stokin. Aku mencubit pipinya kerana berani dia panggil aku babi?!

" Sakit sayang!"

" Abang tu lah suka hati nak oink oink kan saya,"

" Assalamualaikum, everyone. Amberlee, long time no see. How are you, darling?" Aunt Suzan menghampiri bonda dengan senyuman manis dan lebar. Dibelakangnya setia 2 anak perempuan yang berperwatakan kosong dan senyap.

Kami hanya memerhati mereka berborak dalam bahasa arab. Aku ni bab-bab macamni memang k.o.

" Meet my forever daughter in law, Cahaya Inara." Bonda memandang aku dengan seoles senyuman manis.

" Ahnaf's angel?" Dia memelukku lalu menghadiahkan ciuman di kedua belah pipiku.

Aku tersenyum malu lalu mengangguk. Macam mana ramai yang tahu pasal ni? Ahnaf ni memang tak main-main bila dia tunggu untuk memperisterikan aku sampai semua orang pun tahu. Ahnaf di sebelah hanya diam tidak bersuara.

" Subhanallah. Our little boys," Aunt Suzan mengusap pipi Kamarul yang berada di dukunganku dengan wajah terkesima. Khairul di belakang Ahnaf memeluk erat kaki lelaki itu.

" Khairul, meh sini," Ahnaf menarik tangan Khairul supaya anak itu ke depan mereka. Khairul menarik tangannya balik lalu menggeleng laju.

" Ustaz, mereka ni siapa?" Berita tentang kematian umi pun dah bagaikan satu kejutan terbesar buatnya sehingga demam budak itu seminggu. Ini pula tiba-tiba diberitahu yang ada keluarga yang akan menjaga mereka sampai ke besar.

Ahnaf menunduk menyamai paras mereka. Kepala itu dibelai. Anak ini banyak ujiannya semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

" Ini lah keluarga baru Khairul dan adik. Nenek Khairul,"

" Nenek?? Ini bukan nenek ayah,"

" Tapi ini nenek umi,"

Dengar cerita daripada Hamidah Khairul tak pernah bertemu dengan atuk dan nenek kandungnya. Tanpa dia tahu, Hamidah telah pun dibuang keluarga selepas dia mendirikan rumah tangga.

" Nenek umi?" Dia musykil lah. Ingat dia bodoh sangat ke tak tahu keturunan Hamidah dan wanita kaya di hadapannya itu berbeza?

" Khairul sweetheart, come here," Pujuk Aunt Suzan. Khairul perlahan-lahan menapak mendekati.

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now