Bab 16: Unrevealed truth

643 30 1
                                    

BERMULANYA CERITA HIDUP SEBENAR AHNAF YANG SELAMA NI DIA SEMBUNYIKAN.

-------------

P.O.V. Ahnaf

" You can do that for me?"

Zavian meneliti dua orang di dalam gambar itu. Dia memandang semula ke arah sepupu yang dah lama tak berhubung dengannya.

" Sure. Just for our greatest leader-..."

" Not in Malaysia. I'm different in here. Way too different from Abu Dhabi,"

Zavian mengangguk akur. Dia datang ke Malaysia pun sebab ada urusan kerja di sini. Jadi alang-alang boleh lah dia berjumpa dengan anak mak saudaranya ini.

" Anything else?"

" Make sure there's a few pair of eyes look after my wife. I feel something bad will happen to her," Ujar aku dengan kegusaran tapi masih dingin wajahnya. Zavian sekali lagi mengangguk akur. Dia bangun lalu bergerak keluar daripada restoran masakan Arab kepunyaan keluarga keturunan kami.

Beberapa detik kemudian, bonda muncul di hadapan pintu restoran dan serentak semua pekerja menyambut bonda dengan penuh hormat sebagai keturunan Tuan Besar Malek.

Aku bangun lalu menyalami bonda penuh hormat. Ini lah kami yang ramai orang tak tahu. Disebalik watak biasa di dunia nyata namun disebalik mata dunia, kami sesuatu.

" Bonda pesan makanan dulu lepastu kita borak. Zavian dah jumpa dengan Ahnaf. Segala maklumat yang kita nak dia akan korek tapi setakat apa yang bonda bagitahu Ahnaf ni tak kuat nak buktikan yang dia bersalah."

Bonda hanya memesan menu kebiasaan dia selalu makan kepada pelayan.

Kedengaran dia mengeluh. Petanda tak baik. " Bonda tak sanggup nak duduk satu rumah dengan Hamidah lagi. Boleh tak kalau Ahnaf bertegas sikit?"

" Nak bertegas macam mana lagi, bonda? Kalau nak yakinkan Cahaya mesti kena ada bukti kukuh,"

" Dia fikir kita ni bodoh sangat ke sampai tak tahu dia lah pembuat onar dalam rumah tu?" Bentak bonda. Aku jarang melihat bonda meletup. Kalau dah sampai macamtu pasti bonda yakin dengan pendiriannya.

Aku kurang percaya dengan apa yang bonda pernah beritahu. Macam mana Hamidah boleh kenal dengan Bashir?? Ada pula bonda cakap Hamidah pergi berjumpa Bashir secara senyap-senyap sewaktu bonda tiada di rumah?

" Bashir dah lama hilang di muka bumi ni. Kenapa tiba-tiba dia nak datang ke sini jumpa Hamidah? Apa kena mengena Hamidah dengan dia sekarang?"

" Dia nak balas dendam terhadap kamu, Ahnaf. Bonda rasa dia mempergunakan Hamidah memandangkan dia orang luar paling dekat dengan kita. Tentang macam mana Hamidah boleh kenal Bashir tu bonda tak pasti. Sebab tu bonda minta Zavian pergi siasat," Jawapan bonda mengundang ketawa sinis daripada aku. Dasar tak sedar diri punya manusia gila harta.

" He killed his own father and now he acts like he's the victim?" Sindir aku dengan penuh jijik.

Bonda tidak menjawab kerana dia sendiri tak tahu macam mana nak halang daripada anak saudaranya itu membuat musuh dengan ahli keluarganya sendiri.

Bonda sebagai anak kedua dari keturunan Tuan Besar Malek iaitu atuk aku mula berasa risau dengan keselamatan kami sekeluarga. Dah banyak kali dia cuba halang agar Bashir tidak melakukan perkara bodoh terhadap keluarganya sendiri.

Beberapa tahun lepas dia dah bunuh Louay sempena hari jadi dia yang ke 18 tahun; anak kepada makcik Maria; adik kepada bonda. Khabar berita yang mengejutkan ini menyentakkan hati kami. Hanya bonda sahaja yang pulang ke Abu Dhabi untuk melawat.

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now