Bab 38: 360 darjah

620 19 0
                                    


Ulang alik aku dari rumah ke hospital. Itu pun sebab bonda memaksa. Katanya kesian pada Armani yang terasa diabaikan sejak aku tanpa penat lelah menjaga Ahnaf yang koma di atas katil. Setiap detik yang berlalu sudah tidak ku hiraukan lagi. Entah harini hari apa pun aku dah tak peduli.

Armani aku pandang di sebelah. Anak sekecil ini masih tidak memahami akan kepahitan hidup; hanya tersenyum seperti dunia ini dia yang punya. Sedikit sebanyak membuatkan hati aku tercuit melihatnya.

" Abah. Nak abah," Armani bersuara sambil menunjukkan ke atas katil di mana Ahnaf berada.

" Abah masih tidur. Abah penat sangat. Jangan kacau abah ya?" Pujuk aku selembut-lembutnya.

" Lamanya abah tidur, ibu." Sungguh petah berbicara sekarang. Dah 2 tahun lebih umur dia. Persamaan dengan 4 bulan tempoh Ahnaf terbaring kaku di atas katil.

Terimbau kembali 4 bulan sebelum ni. Doktor berkongsikan keadaan Ahnaf yang berkemungkinan besar takkan bangun dalam keadaan normal seperti sebelum ini. Sama ada cacat kekal saat tersedar atau dia akan sentiasa terbaring dalam jangka masa yang lama.

" Abah nak kalahkan kita lah yang kuat tidur. Jangan jadi macam abah. Tak bangun-bangun." Aku menyimpulkan senyuman kepadanya.

" Cahaya, makan ni. Bonda ada bawa makanan yang kamu pinta," Bonda masuk ke dalam dan membawa bekal ikan pari asam pedas seperti apa yang aku pinta malam tadi.

" Maaf, bonda dah susahkan bonda untuk melayan tekak Cahaya. Sebelum ni Cahaya susahkan Ahnaf ini bonda pula yang kena buatkan," Aku tersenyum hambar. Wap panas yang terhasil membuatkan perutku berkeroncong.

" Susah apanya? Cucu bonda dalam perut ni juga yang minta," Balas wanita itu sambil mengusap perut aku yang semakin membesar.

" Ahnaf ada cakap pada bonda sebelum dia datang ke Abu Dhabi."

Aku terus memandang bonda. Wajah itu kelihatan hiba sekali. " Apa dia tu, bonda?"

" Anak ini hadiah terakhir buat kamu daripadanya andai kata dia pergi. Jagakan amanat ini. Ianya bermakna buat dia,"

Aku spontan menyentuh perutku. Seakan seleraku putus mendengar utusan Ahnaf yang berbentuk wasiat. Mana mungkin aku mampu menerima berita pemergiannya?

" Kalau dia tak kata pun Cahaya tahu. Cahaya takkan abaikan dia. Darah daging kami bukti cinta kami."

" Bonda bukan nak buat kamu sedih tapi bonda kena kuatkan mental kamu supaya kamu dapat menghidapi kemungkinan di masa akan datang."

Aku mengangguk lemah. " Cahaya faham." Kalau nak cakap bonda tak sedih, tipu lah. Ahnaf satu-satu anaknya. Tapi seperti apa yang aku pernah bagitahu. Bonda seorang yang kuat dan tabah.

Selepas makan, bonda meninggalkan aku bersendirian bersama Ahnaf sementara dia membawa Armani bersiar-siar di taman bawah hospital ini.

Tangannya ku capai. Aku tersenyum pilu. Air mata sudah kering untuk ditangisi. Kalau air mata ini jatuh, takkan ada lagi tangan yang akan menyapunya. Tangan kaku itu mustahil akan bergerak dan menghapuskan air mata di pipiku.

" Assalamualaikum, abang. Cahaya rindu abang..."

" Tak adil betul. Cahaya tak sedarkan diri 4 hari je haritu itupun dah buat abang jadi tak tentu arah. Ini abang tak bangun-bangun selama 4 bulan boleh pula? Ingat Cahaya ada masa untuk tunggu abang?" Aku cuba untuk berkomunikasi sebab doktor kata ia bagus untuk perkembangan neuronnya. Jika dia mampu dengar, otaknya akan bekerja seperti orang normal.

Aku mengetuk kepala sendiri sambil ketawa kecil. " Lupa pula. Abang pernah tunggu Cahaya sedar selama 4 tahun. Jadi abang nak balas dendam ya? Suka sangat buat orang terseksa macamni?"

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now