Bab 41: Kemaafan

1K 24 0
                                    


Makin hari Cahaya makin dingin dengan aku. Aku tak mengharapkan apa-apa tapi sakit juga bila aku tengok dia yang masih berdiam diri tanpa mahu bercakap. Hilang seri di wajahnya itu.

" Cahaya, jom kita pergi checkup baby," Ajak bonda. Cahaya memandang ke arahnya lalu tersenyum nipis. Mereka berada di gazebo. Cahaya sedang mengunyah kuaci sambil menikmati suasana pagi itu.

" Cahaya tak ada mood lah, bonda. Kaki Cahaya dah bengkak. Lain kali boleh?"

" Lah. Itulah bonda dah pesan. Duduk je dalam bilik. Jangan asyik turun naik turun naik sahaja. Kalau macamtu nanti bonda suruh Ahnaf urutkan."

Dia menggeleng laju. Kalau boleh dia tak nak bersua muka dengan aku lagi. " Lama-lama surut lah ni. Cahaya ok lah, bonda."

" Tapi..."

" Bonda, Cahaya mengidam sesuatu," Dia menyampuk sebelum bonda sempat nak menghabiskan ayatnya.

" Apa dia tu, sayang? Insha Allah bonda boleh tunaikan,"

" Nak tengok pantai,"

" Tengok pantai je?"

Dia mengangguk laju. Nak juga dia tengok keindahan ciptaan tuhan di bumi arab ini. Mesti cantiknya melangkaui ciptaan manusia.

" Nanti bonda suruh Ahnaf bawa."

" Ish apa pula? Nak pergi dengan bonda. Cahaya mengidam nak pergi tengok pantai dengan bonda. Bukan dengan Ahnaf," Dia memeluk tubuh sambil mengembungkan pipinya.

Bonda ketawa melihat telatah comel Cahaya. " Ye lah. Nanti bonda bawa,"

" Thank you bonda!" Dia kembali ceria sambil menghayunkan kakinya ke depan dan ke belakang.

Bonda meneliti kakinya. Nampak begitu bengkak. Pasti banyak berjalan. Ke mana lah dia pergi? Sudah lah dengan pemakanan yang tidak seimbang dia amalkan. Nak paksa pun tak boleh.

Aku muncul mendekati mereka berdua. Pandangan Cahaya berubah mendatar. Kunyahannya dan kopekannya semakin laju. Matanya tetap memandang ke tempat lain.

" Bonda tadi kata ada nak pergi ke mana-mana kan? Ahnaf boleh hantarkan,"

" Ada sebenarnya. Tapi tak jadi. Tak pun bawa kan Cahaya ke pantai. Dia nak sangat tengok pantai sini."

Aku memaling ke arah Cahaya yang terbeliak memandang bonda. Seakan seperti bonda sedang mengenakan dirinya.

" Kalau macamtu Ahnaf pergi panaskan enjin dulu."

" Erm tak apa lah, bonda. Baby tak jadi nak tengok pantai. Dia rasa macam mengantuk sangat-sangat harini. Huwa!" Dia membuat gaya mengantuk sambil menutup mulut menguap.

Dia bangun lalu melepasi kami. Dia masuk ke dalam rumah tanpa menoleh ke belakang.

" Padan muka. Bini dah tawar hati." Bonda pula meninggalkan aku sendirian. Aku sudah mengeluh halus. Apa yang bersungguh sangat kau nak rapat dengan Cahaya? Bukan ke kau tak suka dia?

" Ahnaf, are you busy?" Tanya Cyra. Aku menoleh dengan kerutan di dahi.

" If you have free time, let's go grab some ice cream,"

" You have aunt Celina to bring you there," Aku terus masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan dia tercengang habis.

Langkahku tiba-tiba terbawa ke ruang dapur. Pintu yang terbuka sedikit aku intai. Bayangan Cahaya yang berusaha memakai stokin kerana perutnya yang membesar itu menyukarkan dia.

Aku menggigit bibir. Kakinya kelihatan sungguh bengkak. Mungkin kerana aku mengenakannya dengan menghantarkan aku segelas susu setiap kali habis ke atas sejak beberapa hari ini.

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now