Bab 13: mengidam

618 31 2
                                    



Dah dua bulan aku hidup dengan rutin harian begini. Pada mulanya memang penat sangat tapi lama-kelamaan badan aku boleh terima dengan kerja keras ni. Sejak kekurangan pekerja di Cahaya's Dream dan madrasah membuatkan aku terpaksa bekerja dua kali ganda daripada sebelum ni.

Dan disebabkan hal ni aku dah malas sangat nak keluar rumah selepas pulang bekerja kerana sebelum-sebelum ni aku akan membawa Cahaya Inara dan Cahaya Armani bersiar-siar melihat pemandangan malam KL seminggu sekurang-kurangnya sekali.

Alhamdulillah. Cahaya memahami keadaan aku dan tidak banyak kerenah dan soal. Dia hanya membantu aku merehatkan minda dengan kehadirannya yang mencuit hati.

Sudah menginjak pukul 2 pagi. Aku terasa ada seseorang yang menggerakkan tubuhku. Aku mencelik seraya ternampak Cahaya yang tersedar dan bangun daripada tidurnya.

" Abang, saya lapar. Nak sambal ikan bilis boleh? Tekak saya rasa teringin sangat," Pintanya. Aku berkerut. Minta pada pukul 2 pagi?? Ya ampun, sayang. Kenapa waktu-waktu macamni?

" Tunggu esok pagi boleh? Nanti abang masakkan,"

" Nak sekarang, abang. Saya lapar." Desaknya. Aku mengeluh halus. Shit. Aku tak pernah sekali pun mengeluh depan Cahaya apabila dia minta sesuatu. Kenapa aku mengeluh benda yang mudah macamni?

" Sayang, faham abang boleh? Abang penat ni. Setiap hari abang tak henti-henti buat kerja. Dari pagi sampai ke petang non stop," Pujuk aku masih mengawal nada daripada bertempik keras.

" Abang dah tak sayang saya. Abang dah tak sayang baby," Dia bangun lalu berjalan pergi keluar daripada bilik. Aku mengeluh lagi.

Aku mengekori dia dari belakang. Dapur ditujui seraya kuali dikeluarkan. Sejak tahu masak ni dah tak nak minta tolong kita dah sekarang. Aku hanya memerhatikan dia yang masih tak perasan akan kehadiran aku.

Minyak dimasukkan dan sementara menunggu minyak panas dia mengambil bahan-bahan untuk membuat sambal ikan bilis. Bahan-bahan tumis sudah siap aku buat dalam bekas besar. Senang tak payah bazir masa nak potong-potong setiap kali nak masak.

" Sayang," Aku langkah mendekati.

Dia mengerling seraya menjeling tajam. Dia tak nak hiraukan aku.

" Duduk tepi," Arah aku tegas. Senduk di tangannya aku ambil tapi dia merampas semula.

" Tak payah susahkan diri. Tadi kata penat sangat kan? Pergilah tidur. Saya masih boleh buat kerja di dapur lagi. Pergilah," Dia menolak dada aku. Aku menangkap tangannya pantas.

" Apa ni?! Saya tengah masak lah. Awak tak nampak ke??"

" Sayang, nak derhaka dengan abang ke?"

Cahaya merengus kasar. " Itu je lah awak tahu. Derhaka isteri je. Itu je lah cara awak nak selamatkan diri."

" Sayang, mengucap. Abang tahu abang salah sebab biarkan isteri abang berlaparan. Janganlah marah macamni. Tak elok untuk baby,"

" Awak ambil berat pasal saya sebab baby je ke? Kalau saya tak mengandung mesti awak tak kisah apa yang saya katakan kan?" Cahaya sudah menempik di tengah malam. Air matanya jatuh. Hati tisunya mudah terkoyak sejak kandungan dah masuk 3 bulan.

Aku menggeleng perlahan. Aku tak salahkan dirinya jika angin tanpa mengira masa dan tempat. Kehamilan ni bukan sahaja buatkan dia yang beremosi. Aku pun turut terkena tempias pembawakan budak. " Abang faham awak cepat terasa sebab awak mengandung. Tapi cuba bawa bersabar. Benda boleh berbincang. Jangan menangis sebab abang. Abang tak suka tengok air mata awak jatuh,"

Dia sedikit tenang daripada tadi tapi dia masih tak mahu minta pertolongan daripadaku. Aku ditolaknya supaya menjauhi dirinya. Aku hanya akur cuma aku duduk memerhatikannya melakukan kerja. Sambil mengacau sambal tumis dia mengelap air matanya.

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now