Bab 28: Nightmares

610 22 0
                                    


" Kenapa tinggalkan Armani seorang-seorang? Abang dah pesan kan sebelum ni? Dah kalau asyik kepala berbalut silap hari bulan boleh bocor kepala anak kita," Omelan aku bermula dengan nada dikawal marahnya.

Kami berada di hospital kepunyaan keluarga Kazar. Kami semua berada di dalam wad yang menempatkan Armani. Kepalanya luka kerana terjatuh tangga. Dan sekarang Armani masih menangis tersedu sedan kerana sakit dijahit bahagian kepala.

" Kau membebel macam mana sekalipun bendanya tetap dah berlaku. Tak payah nak marah bini kau sangat. Benci betullah bila lelaki sibuk nak salahkan perempuan dalam hal ni. Nak sangat anak tapi bila bab-bab macamni kau letak kesalahan atas bahu dia seorang," Tegur Kazar membuatkan aku terdiam seribu bahasa.

Kazar ni memang pencinta wanita sikit. Sebab tu Chaira dijaga dengan baik sekali. Anak-anak mereka pun sungguh sayangkan dia sehingga tak betah untuk berpisah dalam jangka masa yang lama.

" Tadi bukan main berlawan mulut pasal syurga neraka dengan dia. Backup pula dah?" Soal Jibran di birai katil. Tangannya sibuk membelai kepala Armani untuk memujuk.

" I'm a professional guy. Bukan macam kau. Waktu atuk mati pun kau boleh buat lawak pasal kematian dia," Sudah diungkit pula waktu zaman dulu kala.

" Semua orang tengah sedih. Aku hiburkan lah sikit,"

" Siapa kata aku sedih? Tak ada tak ada," Aku menggeleng laju. Aku tak tipu bila aku cakap yang aku tak sedih apabila mendengar berita kematian atuk walaupun aku salah satu cucu kesayangannya.

Aku siap ketawa apabila mendengar Jibran membuat lawak tentangnya. Sehingga mendapat cubitan keras daripada bonda.

Aku menoleh ke arah Cahaya yang sedang menggigit kukunya. Memang habit dia jika dia dilanda keresahan, ketakutan atau malu.

" Sayang, jangan gigit kuku tu. Kotor,"

" Saya dah pakai sabun mahal abang," Balas dia mendapat ketawa halus daripada aku.

" Abah? My baskin robbins?" Armani dengan wajah yang basah dengan air mata meminta daripadaku dengan huluran tangan.

Aku tergigit lidah. Jadi betullah Armani minta aiskrim tadi? Tak pasal-pasal aku dah terfitnah Cahaya.

" Err abang ingatkan awak yang minta, sayang."

" Kan saya dah cakap. Abang tak percaya. Suka sangat fikir saya gunakan Armani untuk minta sesuatu. Kenapa? Saya dah tak boleh tumpang sekaki ke dengan rezeki anak? Huh abah selek," Dia terus berjalan keluar daripada wad tersebut.

Aku pantas mengejar langkahnya.

" Eh? My ice cream?" Suara Armani kedengaran lagi sambil memandang ke arah pakcik-pakciknya.

" Uncle will buy you baskin robbins but make sure you'll be a good girl tonight. Okay?" Ujar Kazar dengan senyuman nipis. Chaira di sebelah tersengih suka melihat bayi comel seperti Armani.

Rindu nak dukung bayi kerana anak-anak semua dah besar menginjak 5 tahun.

" Someone's trying to kill her,"

Kazar, Chaira dan Jibran terus memandang ke arah Jibril yang bersuara. Apa yang nak membunuh Armani?

" Logic, guys. There's no way Armani can reach the door knob. So how's she can get out and falls down the stairs?" Jibril memberi buah fikirannya.

" You're... right. How?" Chaira membalas kehairanan.

" Do we have to tell Beast about this?"

" No. We all know there is no one in that house feel envy of them except Celina's family. If Beast know about this, he will kill them."

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now